CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 910|Reply: 2

[Dunia] Salit Leher Dengan Pisau Cukur Dalam Farmasi

[Copy link]
Post time 14-2-2016 01:11 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
BERITA  |  DUNIA

Lelaki maut kelar leher sendiri di farmasi
Nizam Bakeri, Astro Awani |  Diterbitkan pada Februari 14, 2016 12:06 MYT

Lelaki maut kelar leher sendiri di farmasi
Polis segera bertindak mengepung farmasi berkenaan untuk menghalang sesiapa daripada masuk selepas menerima laporan kehadiran seorang lelaki bersenjata tajam. -Foto YouTube/World TV
NEWCASTLE: Seorang lelaki meninggal dunia selepas mengelar leher sendiri di hadapan para pekerja dan pelanggan di sebuah cawangan farmasi Boots di sini, lapor The Independent.

Lelaki berusia 50 tahun itu dipercayai membunuh diri menggunakan pisau cukur selepas pekerja farmasi enggan menjual Metadon kepadanya.

Metadon biasanya digunakan oleh penagih heroin yang sedang melalui proses pemulihan bagi mengurangkan kesan sindrom sarak (withdrawal syndrome) akibat berhenti mengambil bahan berkenaan.

Anggota paramedik sejurus tiba di tempat kejadian walau bagaimanapun gagal menyelamatkan lelaki tersebut.

Tidak ada pekerja atau pelanggan farmasi yang tercedera dalam insiden itu.

Beberapa saksi turut berkongsi pengalaman dengan media tempatan.

“Seorang wanita yang mendukung bayi berlari keluar dari kedai sambil menjerit,” ujar seorang saksi wanita.

“Apabila polis sampai, mereka terus mengelilingi kedai dan menyerbu masuk.”

Mark Abbott pula berkata, “Polis bertindak begitu pantas. Mereka mengawal situasi dan menghalang sesiapa daripada masuk.”

Jurucakap polis mengesahkan siasatan sedang dijalankan untuk memahami insiden berkenaan.
Kematian tersebut tidak disifatkan sebagai mencurigakan dan laporan sedang disediakan oleh pihak koroner.
Awani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2016 02:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia dah sangap sangat cikki plak tak nak jual. Orang kan tengah 'sakit' tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2016 03:13 PM | Show all posts

Eloklah..

Kurang sekor sampah..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:10 PM GMT+8 , Processed in 0.065771 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list