CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: maxim

Yatt Sejadah selamat melahirkan bayi perempuan seberat kira-kira 3 kilogram #241

  [Copy link]
Post time 16-5-2016 10:42 AM | Show all posts


update lgi @maxim x kisah dikutuk


Yatt Hamzah Positif, Kehidupan Dikritik Masyarakat
[size=0.688em]Diterbitkan: Isnin, 16 Mei 2016 5:00 AM


[size=0.75em]Yatt enggan ambil kisah kritikan masyarakat.

[size=0.813em]  (Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Pelakon dan pengacara Yatt Hamzah memberitahu dia tidak pernah melayan kritikan segelintir masyarakat yang sentiasa tidak berpuas hati dengan cara kehidupan Islam yang diamalkannya.

Yatt atau nama sebenarnya, Haryati Hamzah, 36, berkata, mereka yang sentiasa beranggapan negatif itu sebenarnya tidak mengenalinya secara dekat dan menilai menerusi luaran semata-mata.

"Saya malas untuk berbalah dengan mereka yang sentiasa kritik kehidupan saya, sejak dulu lagi saya sering dikritik jadi ia bukan suatu yang baharu.

"Bagi saya mereka yang berbuat demikian tidak kenal saya secara rapat dan kalau mereka kenal siapa saya tentu mereka tidak berkata begitu. Biarlah itu hak mereka untuk bercakap," ujarnya kepada mStar Online.

Yatt berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kritikan masyarakat terhadap kehidupannya kini yang mengamalkan gaya hidup mengikut ajaran Islam.


[size=0.98em]Sementara itu, tambah Yatt, apa sahaja yang dikongsi di laman sosial adalah tentang kehidupan peribadi yang dilalui seharian dan berniat untuk memberi inspirasi kepada orang lain yang ingin berubah menjadi lebih baik.




[size=0.98em]
[size=0.98em]Yatt kini bahagia dengan kehidupan rumah tangga bersama Mohammad Zulfadhli

Bagaimanapun, dia sudah lali dengan kritikan masyarakat dan menganggap ia sebagai lumrah sebagai seorang artis.

"Saya sedar sebagai artis itulah yang saya kena hadapi, masyarakat sering menganggap artis yang sudah berubah sebagai ustazah dan tidak boleh buat salah langsung.

"Apa yang saya kongsi di laman sosial ialah kehidupan seharian saya dan saya tidak berpura-pura. Kalau tidak percaya boleh tanya kawan-kawan rapat dan keluarga saya.

"Saya ini seorang yang suka berkongsi benda yang baik untuk pengikut dan perkara yang saya kongsi itu adalah untuk diri saya sendiri juga," ujarnya.

[size=0.98em]Dalam pada itu, ditanya tentang penerimaan suaminya tentang perkara tersebut, Yatt yang baharu mendirikan rumah tangga tiga bulan lalu Mohammad Zulfadhli Khiruddin, 26, berkata, suaminya lebih tenang berhadapan situasi itu.
[size=0.98em]Katanya, dia juga sudah memberitahu kepada suaminya itu terlebih dahulu agar tidak terkejut apabila dikeji oleh masyarakat apabila menjadi suami kepada seorang artis.
[size=0.98em]"Saya sudah beritahu awal-awal agar jangan terkejut sedia untuk dikeji atau dihina oleh masyarakat lepas berkahwin dengan saya. Saya lihat dia lebih tenang daripada saya," ujarnya.
[size=0.98em]Yatt sebelum ini pernah berkahwin dengan Abdul Mutalib Shukor pada 29 Mac 2009, namun bercerai pada 25 Ogos 2015, hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan anak perempuan Suci Hanania Malika yang kini berusia 6 tahun.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-5-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
mixed replied at 16-5-2016 10:42 AM
update lgi @maxim x kisah dikutuk



Biar je lah si yatt ni. Penat aih nak update tajuk sokmo  
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 12:03 PM | Show all posts
baby sejadah nnt bersalin balut ngan sejadah ke?..lucu2 kome ni
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 01:02 PM | Show all posts
mixed replied at 16-5-2016 10:42 AM
update lgi @maxim x kisah dikutuk

maknanya sheols membaca forum cari??

halu yattttt sajadah
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 02:23 PM From the mobile phone | Show all posts
ehh tajuk! nangis iolls baca
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 02:26 PM | Show all posts
tajuk x menahan uols
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 16-5-2016 02:39 PM | Show all posts

kannn....bertahan sungguh kesejadahan sheols dr kes cerai-kawin pucuk muda-bunting
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 02:56 PM | Show all posts
bahahahahhaha lawak laaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-5-2016 02:59 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 14-5-2016 11:09 PM
Ank yatt tu skang stay dgn yatt atau ex-hubby?
Klu bdk tu dok ngn ex, mesti die sedih mak nk dpt bb ...

yatt kabo anak dia xsaba nak dapat adik gittew..

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 04:01 PM | Show all posts
ffawwaz replied at 16-5-2016 02:59 PM
yatt kabo anak dia xsaba nak dapat adik gittew..

Itu yatt yg kabo..hihi
X semestinye isi hati ank die..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:13 PM | Show all posts
pearl.silver replied at 16-5-2016 04:01 PM
Itu yatt yg kabo..hihi
X semestinye isi hati ank die..

Ummi yatt mendidik anak Suci nya dengan hikmah gituh,,
konsep redha ummi da nikah baru n da peknen..
~memandai je iols ckap yatt bahasakan diri dia ummi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:30 PM | Show all posts
tajuk benang win.. konpiden je meols baca seolah2 tiada vocabulary error di situ..haha..btw, tahniah la yattt
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 05:56 PM | Show all posts
tahniah yatt...

Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 06:29 PM | Show all posts
Yatt dan sejadah berpisah tiada ... Syukurrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:16 PM From the mobile phone | Show all posts
rayna_raynes replied at 14-5-2016 08:36 AM
kalau lelaki Nur Sajat hahahaha

Wakakakakakaka... Choooiii sgt uollsss    
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 10:19 PM From the mobile phone | Show all posts
khairina07 replied at 15-5-2016 07:48 AM
Mcm niat mmg nak nikoh dgn jate ni jah....bercerai lah dgn laki dulu...masa tgk kat romantika dulu y ...

Lepas tu astrok tayang semula..   memula dengan ex hubby.. Habis episode tu tayang episode dengan current hubby lak.. choyy harap tak berlaku la camtu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-5-2016 01:20 PM | Show all posts
http://www.bharian.com.my/node/154504  - yatt tak kisah digelar yatt sejadah
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 01:55 PM | Show all posts
tonez replied at 17-5-2016 01:20 PM
http://www.bharian.com.my/node/154504  - yatt tak kisah digelar yatt sejadah

ternyata yatt pon baca porum nih jgk kan..hye yatt sejadah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 02:12 PM | Show all posts
yatt dan sejadah berpisah teda

dan yg pasti yatt mmg baca porem sbb tu dia taw ttg sejadah bagai
Reply

Use magic Report

Post time 17-5-2016 02:15 PM | Show all posts
hahaha... tajuk mcm hanat sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-5-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.306706 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list