CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7300|Reply: 12

Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat

[Copy link]
Post time 18-2-2016 06:07 PM | Show all posts |Read mode
Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat
Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat. Masalah sinki tersumbat pasti akan menyukarkan kerja-kerja membasuh. Air kotor tidak akan dapat mengalir keluar dan anda terpaksa pam berkali-kali ataupun mengeluarkan air dengan cara yang lain.

Ada satu petua yang boleh anda cuba jika sinki anda tersumbat. Anda hanya memerlukan tiga jenis bahan yang mudah didapati di rumah anda.

Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat


Mula-mula sekali anda perlu pastikan semua air yang tidak mengalir keluar, telah di keluarkan menggunakan bekas lain.

Bila dah tiada air bertakung dalam sinki, anda perlu tuang satu cawan serbuk penaik ke dalam lubang sinki.
Selepas itu tuang pula secawan garam.

Kemudian tuang secawan cuka tiruan dan biarkan seketika.

Akhir sekali, anda tuang dengan air panas yang mendidih dan pam beberapa kali.

Cara ini akan menanggalkan semua kekotoran yang tersumbat dalam lubang sinki dan air akan dapat mengalir semula seperti biasa.

Mudah-mudahan Cara Mudah Atasi Masalah Sinki Tersumbat ini dapat membantu anda menyelesaikan masalah ini.

Selamat Mencuba.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
The great baking soda...mcm2 kegunaan
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2016 09:19 PM | Show all posts
Aku pernah cuba cara ni, tapi takdo tambah garam tu, cuma guna baking soda ngan cuka, dah cukup.

Tapi cara ni hanya boleh guna kalo tak sumbat teruk, sebab power dia tak kuat sangat. Kalo dah serius, baik beli ubat anti sumbat kat supermarket. Yg tu memang efektif.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 12:48 PM | Show all posts
waa.. nk try sink umah sewa slalu sumbat.. air turun slow...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 03:46 PM | Show all posts
Based on what I learned during kelas Kemahiran Hidup masa kat sekolah dulu, kalau aliran air sinki jadi slow je, better bersihkan terus bahagian bawah sinki yg ada bekas..jap nak google nama benda tu..

ohh perangkap botol namanya..



benda ni boleh buka...letak baldi bawah perangkap ni dulu baru buka....lepas buka cuci la kat area junction tu... smelly tau.. so better pakai mask siap2..pakai glove...sediakan berus,dawai dan pencuci sental bahagian dalam paip tu...air slow sebab mendapan sisa2 makanan bila basuh pinggan periuk tu dah terenap...
yang perangkap P dan S tu tak pernah jumpa lagi...

tapi cara bersihkannya macam ni..




Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2016 03:49 PM | Show all posts
lepas dah cuci mendapan, untuk maintenance baru buat mcm cara tt sarankan....

2 bulan sekali, letak bicarbonate pastu tuang cuka tiruan kat dalam sinki... nanti dia berbuih pastu tuang air panas...

itu cara kita la...

bicarbonate tu beli kat Daiso, Rm5.30 dapat dalam kuantiti yg banyak... satu paket 350g...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2016 10:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau sumbat tu beyond perangkap botol mmg payah nak rectify. Laki aku selalu beli botol acid ape tah kat kedai hardware...mula2 ok tp lama2 x ok sbb mendak banyak sgt kat keliling paip drainage tu.last2 bukak safety tank kat blakang rumah jolok2 dgn hose baru ok.
Reply

Use magic Report

Post time 16-7-2016 09:05 AM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-7-2016 02:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Elle_mujigae replied at 11-3-2016 03:46 PM
Based on what I learned during kelas Kemahiran Hidup masa kat sekolah dulu, kalau aliran air sinki j ...

Thank u for sharing!
Reply

Use magic Report

Post time 11-8-2016 08:47 AM | Show all posts
penah try gak..terbaik dari ladang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-8-2016 04:53 PM | Show all posts
TAPI KADANG KADANG TU....BILA TERSUMBAT BENDA TU SODA TAKDA...
Reply

Use magic Report

Post time 12-8-2016 08:15 AM | Show all posts
kalu akak2 ni mesti ada..selalu buat kuih mesti ada soda.
Reply

Use magic Report

Post time 1-9-2016 11:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Stress klu sinki sumbat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:36 PM GMT+8 , Processed in 0.233820 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list