CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2218|Reply: 0

Petua Untuk Bibir Lebam dan Hitam!

[Copy link]
Post time 24-2-2016 05:16 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Bibir hitam? Mesti rasa 'down' dan malukan. Yalah, apa kata 'bf' nanti tak pun rasa semacam diperhatikan sahaja. Betul tak?


Maka, anda haruslah rajin-rajin minum air kosong. Jangan culas, sebab ia mampu kekalkan kelembapan bibir. Jadi, ia makin sihat dan lembut sahaja.


Selain itu, anda boleh amalkan petua di bawah untuk hilangkan bibir yang lebam dan hitam:










1. Limau nipis


Jus limau nipis dan juga lenom merupakan agen pemutih semula jadi dan mampu menyingkirkan sel mati pada kulit.


Gosokkan sehiris limau ini pada bibir dalam masa dua minit. Kemudian biarkan ia selama 10 minit.


Bersihkan dengan air hangat. Lakukan selalu agar bibir jadi merah semula.



2. Madu


Madu juga sangat baik kerana mampu mengekalkan bibir yang lembap dan merah.


Campurkan dua sudu madu dengan satu sudu jus limau. Kemudian oleskan pada bibir dan biarkan 10 minit.


Cuci bersih dengan air hangat. Nah, terasa segar sangat!





(Sumber foto: Carian google)





3. Serbuk kunyit


Campurkan satu sudu serbuk kunyit dengan sesudu susu segar. Jadikan ia pes kemudian oleskan pada bibir.


Sering melakukannya boleh mengubah bibir hitam anda kepada kemerah-merahan! - CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.047553 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list