March 2, 2016, Wednesday
MIRI: Gelagat seorang lelaki dipercayai kurang siuman bersenam di atas bumbung sebuah kereta menarik perhatian ramai pelanggan sebuah kedai kopi dalam kejadian di Jalan Chia Sze Chin di sini awal pagi semalam.
Menurut pemilik kedai kopi terbabit, lelaki berusia lewat 20-an itu dilihat merayau-rayau di sekeliling kedainya sejak jam 6 pagi semalam.
“Lelaki itu dilihat seperti orang bersenam dengan membuat regangan kaki, melompat di jalan serta berbaring di tengah-tengah jalan.
“Suami saya bimbang keselamatannya memanggil lelaki terbabit masuk ke dalam kedai dan kami memberinya makanan,” katanya ditemui di tempat kejadian.
Namun, setelah menghabiskan makanan dan minuman yang diberi lelaki terbabit memanjat naik ke atas bumbung sebuah kereta jenis Honda City yang diletakkan berhampiran kedainya.
“Melihat keadaan itu, kami cuba menyuruhnya turun namun tidak diendahkannya sehingga polis tiba,” katanya sambil memberitahu lelaki terbabit dipercayai warga Indonesia berdasarkan bahasa pertuturannya.
Sementara itu, beberapa anggota Balai Polis Pusat Miri bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima aduan daripada orang awam berhubung lelaki terbabit. - Sarawak News
p/s ramai yg nampak sihat badan, tak sihat mental...
|