CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8748|Reply: 176

[Tempatan] PAS mahu Najib kekal..tak mahu terlibat singkir PM

[Copy link]
Post time 3-3-2016 05:00 PM | Show all posts |Read mode
PAS enggan terlibat majlis deklarasi singkir PM

Hari ini, 4:10 petang      Hari ini, 4:31 petang



PAS mengumumkan tidak akan bersama dalam majlis menandatangani deklarasi menuntut penyingkiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang dijangka esok.
Setiausaha agungnya Datuk Takiyuddin Hassan berkata PAS mempunyai pendekatan tersendiri khususnya melalui “Blok Politik Ketiga” ke arah mengubah kepimpinan negara melalui “saluran yang demokrasi dan berperlembagaan”.



"PAS menghargai pelawaan Tun Dr Mahathir untuk PAS sama-sama hadir dalam Majlis Menandatangani Deklarasi Menuntut Penyingkiran Perdana Menteri Malaysia yang dijangka diadakan pada Jumaat ini.
"PAS mengambil keputusan untuk tidak bersama dalam program tersebut kerana PAS mempunyai pendekatan ketiga ke arah mengubah kepimpinan negara yang ada hari ini melalui saluran yang demokrasi dan berpelembagaan," katanya.
Sebaliknya Takiyuddin berkata PAS menuntut pentadbiran Najib supaya segera membubarkan parlimen bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan.
"PAS menuntut supaya parlimen Malaysia dibubarkan segera bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan dengan menyerahkan kembali mandat kepada rakyat bagi menggantikan kerajaan pusat hari ini yang terpalit dengan pelbagai skandal dan kelemahan urus tadbir.
"Selaras dengan itu PAS mengajak seluruh rakyat untuk bersama PAS dan blok ketiga sebagai alternatif menggantikan kerajaan hari ini ke arah membina negara Malaysia yang lebih baik, sejahtera dan semerlang," katanya pada kenyataan media.
Menghadap Majlis Raja-Raja
Sementara itu, Takiyuddin berkata parti itu juga berhasrat untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi mencadangkan sebuah Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat isu melibatkan kepimpinan negara.
"Melihat kepada suasana politik, ekonomi dan sosial negara yang amat gawat disebabkan urustadbir negara yang tidak keruan, maka PAS mengambil keputusan untuk menghadap Majlis Raja-Raja bagi menyembah cadangan supaya satu Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi mengadakan siasatan menyeluruh terhadap isu-isu 1MDB, dana politik RM2.6 bilion, skandal SRC International dan isu-isu lain yang berkaitan sebagaimana yang telah dititahkan oleh Persidangan Majlis Raja-Raja baru-baru ini.
"Dalam hal ini juga, PAS konsisten dengan pendekatan budaya politik matang dan sejahtera sebagai suatu formula untuk melakukan perubahan total dalam sistem pemerintahan negara" katanya.




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-3-2016 05:02 PM | Show all posts
dalam keadaan negara sekarang, PAS masih utamakan kepentingan politik dari kepentingan negara
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:03 PM | Show all posts
elok la straight to the point

PAS pun dah kenal lama PKR
dan DAP yang kini dah jadi bekas
laki PAS


Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:04 PM | Show all posts
tapi ada betul gak apa pas kata.....nampak macam lobai tapi suasan yg mengajar mereka....ingat tak peristiwa 16 sept anuwar aritu.....apa jadi pada pas lepas tu....rasa makin teruk pincang dalam pakatan rakyat....mungkin la pas ni ada cara lain dia nak wat...walaupun suara tak la kuat sgt nak banding ngan org lain...tapi apa apa pun...kipidap don cipap...pru nanti tak taq nak sokon lobai ukhrawi atau lobai duniawi
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:05 PM | Show all posts
alhamdulillah

parti islam sokong najib

allah sokong najib
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:06 PM | Show all posts
nak ikut ulama, atau nak ikut mahadeath dan DAP??

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-3-2016 05:20 PM | Show all posts
kucingTomey replied at 3-3-2016 05:04 PM
tapi ada betul gak apa pas kata.....nampak macam lobai tapi suasan yg mengajar mereka....ingat tak p ...

lobai pas sayang duit la yg sokong najib. dah xmau susah2 nak turunkan najib.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:22 PM | Show all posts
kemaruk replied at 3-3-2016 05:06 PM
nak ikut ulama, atau nak ikut mahadeath dan DAP??

kita ikut kaki sembang....ok x??

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 05:23 PM | Show all posts
kucingTomey replied at 3-3-2016 05:22 PM
kita ikut kaki sembang....ok x??

SPM cukup2 makan duduk tepi

jangan sembang dengan golongan intelek

malu la sket
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:24 PM | Show all posts
intelek??hu3.....intelek gugel sebelom nak menyembang kat forum...hu3....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:25 PM | Show all posts
as expected!!...biar negara jahanam yg penting PRU nnt dpt undi melayu




Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by kelapaparut at 3-3-2016 05:29 PM

Pas dah mabuk ketum.. Ramai opis2 mate iols kecewa dgn Pas, absolulety kecewa, jiran2 org kg iols pun dah mati kutu next pru sbb dua2 umno dgn pas depa benci
Depa kata kalau nak hudud hudud kite xmarah,tp pi sokong najib skali yg tu rakyat mluat dgn Pas
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:30 PM From the mobile phone | Show all posts
pas asyik sibuk nk mengundi jah..walhal ada 2 tahun lagi kot mandat.....yg deklarasi ne just buang najb razak..bukannya kerajaan sekarang...
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:34 PM | Show all posts
Edited by AbukRokok at 3-3-2016 05:35 PM

maknanya PAS sokong Najib...senang je...... undi PAS =undi Umno = Undi Najib

"saya xsuka parti umno je bukan xsuka org umno"  

PAS bukan sokong Umno PAS sokong Najib je
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Pas kan talian hayat umno bn sekarang.... pru akan datang pas tanding dikerusi2 yg pembangkang kuat sebelum ni termasuk kerusi kawasan cina yg dap tanding untuk pecah undi dan bn menang....

Cer tanya tengkuk adnan, berapa banyak dah labur kat ulama2 pas untuk ikat leher mereka....
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 05:58 PM | Show all posts
pas bangang... org nk jatuhkan bangang... bangang ni xnk, tp skong si bangang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-3-2016 06:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Takat sign dekralsi boleh jatuhkan PM ke? Buang masa aje kot. Ni tektik tun m nak selamatkan anak-anak Dan kroni aje. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 06:25 PM From the mobile phone | Show all posts
tak penting bagi pas nak join tun dapig pkr semua tu.pas pun bukan bodoh mcm yg di tuduh .pas ada prinsip dan strategi sendiri tak mudah nak jadi lembu
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 07:00 PM | Show all posts
dulu kini selamanya asik kono tipu dgn umno, tak serik2 lg, pisang lah pas,,, terengganu pun xleh tawan, ade hati nk peganag pjaya
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2016 07:07 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar negara melingkop asalkan najib jatuh kekdahnya.
Hahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.548154 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list