CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 2455|Reply: 24

[Tempatan] Hanya Kerana RM100

[Copy link]
Post time 6-3-2016 09:14 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
SEMASA VIRAL ENG

Hanya kerana RM100
Budiman Mohd Zohdi6 Mac 2016

Sekolah
Gambar Hiasan
TIRAI persekolahan anak-anak masuk bulan ketiga. Undangan ke sekolah-sekolah untuk memberikan sumbangan tunai RM100, Bantuan Khas Awal Persekolahan 1Malaysia (BKAP1M) kepada pelajar terlibat juga masih berterusan.

Saya masih ingat ketika bantuan ini diperkenalkan terdapat segelintir ibu bapa yang memperlekeh. “Dengan RM100, apa yang dapat Waibi?” Saya senyum sahaja. Benarlah kita berhadapan dengan peningkatan kos sara hidup.

Bajet 2016 yang dibentangkan pada 23 Oktober tahun lalu, kerajaan memperuntukkan BKAP1M RM100 kepada golongan yang layak melibatkan 3.5 juta pelajar dengan peruntukan RM350 juta.

Bagaimanapun, peruntukan itu tidak sepertimana tahun sebelumnya apabila kerajaan memperkenalkan syarat baharu kelayakan BKAP1M RM100, iaitu hanya diberikan kepada ibu bapa berpendapatan kasar di bawah RM3,000.

Rata-rata ibu bapa yang saya temui merungut dengan keadaan ini.  “Waibi, dalam kelas anak saya hanya dua orang tidak dapat RM100. Anak saya salah seorang daripadanya. Apabila kawan-kawan yang lain semua dapat RM100 tu, anak balik menangis dan mengadu kepada saya. Kenapa kawan-kawan lain dapat, dia seorang tidak dapat?”

Keadaan ini memberi kesan emosi kepada murid tersebut, yang mana dia rasa dirinya terpinggir dan diketepikan. Saya bimbang kesan emosi murid-murid ini akan bertukar kepada kebencian jika tidak dirasionalkan hanya kerana RM100.

Ada ibu bapa yang anak mereka tidak layak mendapat BKAP1M meluahkan rasa tidak puas hati kepada guru-guru, hingga ke tahap ada yang menuduh guru terbabit memanipulasi keadaan hingga menyebabkan anak mereka sahaja yang tidak dapat bantuan tersebut.

Simpati juga saya kepada para guru-guru sekolah yang menjadi tempat melepas kemarahan ibu bapa hanya kerana RM100 ini. Mungkin ada ibu bapa yang terlepas pandang bahawa merekalah yang mengesahkan pendapatan mereka melalui borang yang dikemas kini melalui Sistem Aplikasi Data Murid (APDM).

Pada saya, kerajaan perlu mengkaji semula syarat baharu yang diperkenalkan ini dengan mengambil kira keadaan kos sara hidup semasa tanpa mengira, sama ada mereka yang menetap di bandar dan ceruk pedalaman. Sesetengah dalam kalangan masyarakat kita beranggapan, wang bantuan kerajaan RM100 yang diberikan kerajaan  itu kecil, tapi bagi mereka yang berpendapatan rendah, nilai itu amat besar ertinya.

Mungkin had kelayakan pemberian BKAP1M ini boleh diperluaskan kepada ibu bapa yang berpendapatan kasar RM4,000 ke bawah supaya golongan ini turut mendapat pembelaan yang sewajarnya. Pada realitinya, golongan ini masih dianggap berpendapatan rendah terutama bagi mereka yang mempunyai tanggungan ramai.

Bayangkan, jika mereka ini bergaji RM4,000 sebulan, tetapi mempunyai empat atau lima anak yang masih bersekolah. Keadaan ini sudah tentu memberi kesan jika dibandingkan mereka yang hanya mempunyai seorang anak dengan pendapatan RM3,000 sebulan.

Mungkin juga polisi asal diguna pakai, iaitu pemberian BKAP1M tanpa had gaji. Setiap murid layak mendapatnya. Mana-mana ibu bapa yang berpendapatan tinggi dan berasakan mereka tidak sepatutnya menerima bantuan seperti itu, bolehlah menyumbang kembali kepada Tabung PIBG.

Di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Panjang, misalnya, dianggarkan setiap sekolah secara puratanya mengalami kemerosotan kira-kira 30 peratus penerima bantuan itu apabila syarat baharu itu diperkenalkan. Pendek kata, ramai ibu bapa mula mempersoalkan bantuan ini. Walhal mereka tahu, mereka tidak lagi layak kerana jumlah pendapatan mereka melebihi syarat ditetapkan.

RM100 yang satu ketika angkanya diperlekehkan rupa-rupanya memberi kesan yang agak signifikan kepada ibu bapa untuk memulakan persekolahan anak-anak mereka. Kalau anak seorang memanglah RM100, tetapi kalau anak lima orang, sudah RM500. Jumlah RM500 ini sudah tentu dapat meringankan beban ibu bapa ketika sesi persekolahan baharu bermula.

Inilah keluh-kesah rakyat akar umbi yang jika kita sebagai pembuat dasar tidak dengar dan ambil peduli, akan menyebabkan mereka berasa diabaikan.

Hanya kerana RM100, ada anak-anak yang balik dari sekolah dalam keadaan murung dan kecewa. Hanya kerana RM100 menyebabkan ibu bapa marah dan rakyat menyalahkan pihak yang terbabit dalam membuatkan dasar ini. Berbaloikah hanya kerana RM100, kita kehilangan kepercayaan daripada rakyat?

Saya percaya ada yang mendengar keluhan ini.

*YB Budiman Mohd Zohdi Presiden SLR Institute. Fokus kajian terhadap isu kepimpinan, penyelidikan politik dan strategik.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Baik munyer sindir.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 09:30 AM | Show all posts
eh apa da tulis waibi...
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 09:30 AM | Show all posts
tukar.............


smlm edar brim ni, serbu mcm nk mampos..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 09:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ooo waibi tu utk yb ghopenye...hipstur sgt la tu ek
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 09:38 AM | Show all posts
Undangan ke sekolah-sekolah untuk memberikan sumbangan tunai RM100.3.5 juta pelajar dengan peruntukan RM350 juta.


3.5 * 10 = 350 .  Matematik versi baru ni ..

haha lol   the best math ever..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-3-2016 09:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Baru tahun lepas dapat merasa rm100 tupun byr balik kat Cikgu utk duit letrik dapatlah cover 4bln. tahun ni xlayak
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 10:42 AM | Show all posts
anak meols pon same case cam kat atas..

balik skolah nanes2 ckp knapa ibu xgi skolah amik duit seratus..

semua parents kwn2 ade dtg skolah..ibu je xde..

puas la meng'explain'..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 10:46 AM | Show all posts
delsmomm replied at 6-3-2016 10:42 AM
anak meols pon same case cam kat atas..

balik skolah nanes2 ckp knapa ibu xgi skolah amik duit se ...

x dapat pun tapi puas nak jawab soklan anak knp kawan dia yg ayah pakai keta besar dapt kontraktor la katakan juga yg ada kedai sendiri


jawapan mudah sb mak ayah ada slip gaji..moga anak2 makin faham dunia yg berpusing ini...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 10:54 AM | Show all posts
mie07 replied at 6-3-2016 02:46 AM
x dapat pun tapi puas nak jawab soklan anak knp kawan dia yg ayah pakai keta besar dapt kontraktor ...

same la nan kes meol ni..

kwn dia mak ade boutique pakaian, kete beso..

dia bleh plk compare..ckp kwn dia kaye..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Haihh..dunia mmg x kan pernah adil..terima la hakikat itu.i antara cg yg kena agih bkap pd pelajar sedangkan my daughter x layak.janji dorang isi borang bgtau gaji bwh 3000 senang2 dpt 100..minggu seterusnya bila mtk byr pibg rm30..semua diam.now dh masuk sebln mtk byran pibg..semua buat bodoh.what else can i do?
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 11:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Edisi warganegara menyumbang kepada warga IC merah.... puii!!!..

dah la tak bayar tax ..  :
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Ya RM100 amat bermakna kpd ibubapa, kalau bapa yg pergi ambil terutama yang anak di sekolah rendah, belum sampai rumah lagi bapa guna untuk beli dunhill RM17, pastu beli sekampit beras RM35 , last2 nak beli buku kemana peralatan sekolah kemana.
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 11:27 AM | Show all posts
Itu macam ka
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 11:55 AM | Show all posts

esok teman kak ngah dan kaklong ambik brim kat indera.yahooooo!
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 12:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Alamak.. hrp ank i nnti x nangis la x dpt duit.. xpe2 i sediakan rm100 dlm sampul bg je kt dia... hmmm
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2016 12:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerana. Duit. 100.. juga. Ada. Cikgu. Kelas. Kena. Serang. Persoalkan. Kenapa. Anaknya. X. Dapat. T_T
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 12:39 PM From the mobile phone | Show all posts
clarizsa replied at 6-3-2016 12:09 PM
Alamak.. hrp ank i nnti x nangis la x dpt duit.. xpe2 i sediakan rm100 dlm sampul bg je kt dia... hm ...

Bagi je kat sekolah rm100, kalau ramai dapat, suruh sekolah kasik rm100 kat anak boleh x supaye dia x rasa sedih.

Dulu aku pun pelik masa darjah satu apsal member rapat dapat makan free time rehat and aku kene bayar. Hari2 plak tu. Rasa special sgt xpayah beratur bagai. Rupanya member RMT. Hahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 12:40 PM | Show all posts
delsmomm replied at 6-3-2016 10:54 AM
same la nan kes meol ni..

kwn dia mak ade boutique pakaian, kete beso..

klau dulu bayaran asrama pun begitu...ada yg seringgit sehari n 3 ringgit sehari...mie mmg x kisah tapi berat bila anak bertanya...knp kawan se dorm yg kaya raya bayar seringgit dia kena bayar 3 ringgit..mmg perit nak jawab..kalu kita nak kata ayah kawan dia culas nanti timbul rasa lain macam di hati anak...jadi jawapan mudah mie kata ati x usah fikir pasal bayaran ..yg ati perlu fikir ati dtg sini nak belajar jad belajar betul2...

Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2016 12:41 PM | Show all posts
haniryan replied at 6-3-2016 12:30 PM
Kerana. Duit. 100.. juga. Ada. Cikgu. Kelas. Kena. Serang. Persoalkan. Kenapa. Anaknya. X. Dapat. T_ ...

x usah la kerana 100 tu  berbaloh..diaorg ni x fikir perasaan anak2..

Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:40 PM GMT+8 , Processed in 0.142089 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list