CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2617|Reply: 18

[Tempatan] Sorry bahan di jumpai sekejap kata bomb sekejap kata bukan bomb Yang mana betul?

[Copy link]
Post time 9-3-2016 10:29 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 10-3-2016 12:00 AM

Police today detonated two homemade explosives found at popular tourist spot Aquaria KLCC.
Hang Tuah Fire and Rescue Department operations commander Fuad Omar told Malaysiakini the explosives were successfully detonated by a robot handled by the police bomb squad at about 7.45pm.
“The bombs were fashioned out of jars. There was no untoward incident,” he said when contacted.

https://www.malaysiakini.com/news/333452



Skuad bom polis hari ini meletupkan dua bahan letupan buatan sendiri yang ditemui di Aquaria di KLCC yang menjadi tempat pelancongan popular.

Pegawai Jabatan Bomba dan Penyelamat, Hang Tuah, Fuad Omar memberitahu Malaysiakini bahawa bahan letupan itu berjaya diletupkan oleh robot yang dikendalikan oleh skuad bom polis pada kira-kira 7.45 malam.

"Bom diletakkan dalam balang. Tiada kejadian yang tidak diingini," katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainol Samah berkata butiran lanjut akan diberikan kepada media tidak lama lagi.

Fuad berkata seorang pekerja Aquaria KLCC ternampak balang itu pada kira-kira jam 5.30 petang dan meletakkannya berhampiran sebuah tong sampah berhampiran Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Anggota keselamatan KLCCyang mengesyaki sesuatu yang tidak kena kemudiannya menghubungi pihak polis, yang seterusnya menghantar skuad bom.


Pasukan Bomba dan Penyelamat diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga semasa bahan itu diletupkan.

Fuad berkata bom itu diletupkan di taman di hadapan pusat konvensyen itu, selepas kawasan itu dikepung daripada orang ramai.

Menurutnya, anggota polis masih berada di loaksi untuk menentukan bahan yang digunakan untuk membuat bom itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 10:33 PM | Show all posts
nasib security alert
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:34 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR: Polis sahkan dua balang mencurigakan yang ditemui di Aquaria KLCC lewat petang tadi bukan bom. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Tajuddin Md Isa, berkata siasatan awal polis mendapati balang itu adalah bahan uji kaji yang dibawa pelajar sekolah ketika lawatan ke situ. Bekas itu ditemui kakitangan Aquaria kira-kira jam 6 petang dan dibawa keluar oleh pengawal keselamatan sebelum dimaklumkan kepada polis. Difahamkan, balang berkenaan sudah dimusnahkan Unit Pemusnah Bom kira-kira 9 malam tadi.

Selanjutnya di : http://www.bharian.com.my/node/132301?m=1
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 10:34 PM | Show all posts
Habis lah bau bau terrorist sudah meresapi pemikiran ummah malaya sehingga sanggup meletopkan negara sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-3-2016 10:35 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 9-3-2016 10:34 PM
KUALA LUMPUR: Polis sahkan dua balang mencurigakan yang ditemui di Aquaria KLCC lewat petang tadi bu ...

Bukan bom pulak. Sorry.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:35 PM From the mobile phone | Show all posts
balang la tu besar balang jem ja pun
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-3-2016 10:40 PM From the mobile phone | Show all posts
haishhhh balang ujikaji di klcc
uJikaji sperma ?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 10:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Student lahanat mana bawak bahan ujikaji pastu tinggal cenggitu je? Buat huru hara satu kl xpasal2. Moga kau didenda ketuk ketampi luar kelas di kemudian hari kelak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-3-2016 11:05 PM From the mobile phone | Show all posts
copy dari grup ws


Untuk makluman Ydh Tuan

OP BUNGA

Kronologi penemuan 2 botol disyaki bahan letupan sebentar td 9/3/2016:

a) Jam 1715 : Seorang cleaner Aquaria telah menjumpai dua botol di Multipurpose Hall Aquaria semasa membuat tugas pembersihan di dewan tersebut;

b) Jam 1730 : Staff bernama AMRI telah memindahkan 2 botol ke tiang di pintu utama KUALA LUMPUR Convention Center;

c) Jam 1740 : Pengawal keselamatan telah memindahkan botol tersebut di kawasan rumput (tiang bendera) hadapan KUALA LUMPUR  Convention Center demi keselamatan pengunjung;

d)Jam 1840 : Pasukan UPB PDRM tiba di lokasi dan menjalankan pemeriksaan diketuai oleh DSP HAMSAH menyatakan berdasarkan kandungan cecair di dalam botol tersebut, ditaksirkan objek tersebut sebagai "low explosive";

e) Jam 1905 : Pasukan UPB membuat persiapan untuk memusnahkan 2 botol yang mencurigakan itu.

f ) Jam 1925 : UPB dalam usaha untuk mendekatkan kedua-dua botol yang disyaki bom supaya tindakan pemusnahan dapat dijalankan serentak ke atas kedua-dua botol tersebut.

g) Jam 1928 : Bomba sampai di KL Convet.

h) Jam 1944 - kedua-dua telah dirapatkan.

i) jam 1946 - pemusnahan telah dijalankan.

j ) Jam 1950 : Forensik menjalankan siasatan.

k) Jam 1955 : hasil pemeriksaan daripada forensik menjumpai serpihan seperti berikut:

-Belerang
-Relay
-Wayar
-Bateri

Untuk makluman tuan, penemuan ini merupakan bahan letupan. Semasa pemusnahan dibuat
Bunyi letupan agak kuat, sekuat mercun bom.

Justeru,  pohon kerjasama semua OCS BF menasihatkan semua anggota mjlnkan rondaan dgn lebih berwaspada dan alert sekitar kawasan yg mungkin mjadi sasaran spt Kaw Sasaran Penting, Shopping Complex dan seumpamanya. Pihak Cawangan Khas akan meningkatkan  rondaan di kawasan berkenaan. terima kasih tuan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 11:09 PM From the mobile phone | Show all posts
budak sekolah mna buat ujikaji buh belerang dlm botol?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 11:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Uik seram makcik

Yang mana satu yang betul ni nak oii
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 11:16 PM | Show all posts
ISIS tak bodoh nak letupkan Aquaria.......ikan yg banyak mati ...buat apa.
Yang hairan ialah laporan mengatakan polis telah letupkan bahan letupan itu,,,,,,hehhehe macam mana bahan yg tak meletup di letupkan,,,,,,guna bom lain untuk letupkan "bom suspect"?



Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 11:27 PM From the mobile phone | Show all posts
BoogieChild replied at 9-3-2016 11:16 PM
ISIS tak bodoh nak letupkan Aquaria.......ikan yg banyak mati ...buat apa.
Yang hairan ialah lapora ...

polis guna robot la. robot tu leh letupkan bahan letupan. dikawal oleh polis.
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2016 11:52 PM From the mobile phone | Show all posts
tri-max replied at 9-3-2016 10:40 PM
haishhhh balang ujikaji di klcc
uJikaji sperma ?

Boleh jd jugak bahan ujikaji, kan selalu convention centre buat research exhibition. Mungkin dah hbis exhibition buang terus kt situ. Aku agak je la. Hehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 12:09 AM From the mobile phone | Show all posts
spankee_fili replied at 9-3-2016 07:05 PM
copy dari grup ws



Hahah setiap kali ada kes
Mesti rajin yg forward mesej kat Tuan ni..

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 06:54 AM From the mobile phone | Show all posts
lorelai replied at 10-3-2016 12:09 AM
Hahah setiap kali ada kes
Mesti rajin yg forward mesej kat Tuan ni..

haaa..tula pasal....yg fwd kat grup iols tu abam polis...
serba salah jadiknya nak percaya ke tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-3-2016 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
"Fuad berkata bom itu diletupkan di taman di hadapan pusat konvensyen itu, selepas kawasan itu dikepung daripada orang ramai."

Diletopkan kat taman berdekatan je?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Ujikaji pakai belerang?
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2016 07:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Dlm berita terkini baru je td cakap bukan bom...
Do not wori..
Malaysia masih selamat..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:31 PM GMT+8 , Processed in 0.091031 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list