CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4557|Reply: 11

5 Tabiat Ini Perlu Anda Elak Ketika Memandu Kereta Transmisi Automatik

[Copy link]
Post time 14-3-2016 11:36 AM | Show all posts |Read mode
5 Tabiat Ini Perlu Anda Elak Ketika Memandu Kereta Transmisi Automatik








Memandu kereta bertransmisi automatik lebih mudah jika dibandingkan dengan membawa kereta bertransmisi manual, tetapi ada beberapa perkara yang perlu anda elak supaya kereta anda lebih terjaga.

Satu video yang dimuat naik oleh Jason Fenske dari EngineeringExplained di Youtube, menjelaskan beberapa tabiat buruk memandu kereta automatik yang mungkin boleh membahayakan kereta. Fenske bukan sahaja menjelaskan tabiat yang perlu dielakkan, malah dia juga turut menjelaskan secara teknikal kenapa ia perlu dielakkan




1 - Jangan sesekali menuruni bukit dalam keadaan 'Neutral'.
Menurut Fenske, sesetengah orang mempunyai tabiat meletakkan kereta dalam keadaan neutral ketika menuruni bukit dengan alasan untuk menjimatkan minyak. Namun kata Fenske, enjin zaman moden mempunyai cara tersendiri untuk menjimatkan minyak jadi meletakkan kereta dalam keadaan 'neutral' ketika menuruni bukit untuk menjimatkan minyak adalah mengarut. Malah ia boleh membahayakan kerana anda kehilangan beberapa kawalan terhadap kereta anda ketika ia dalam keadaan 'neutral' (seperti memecut).


2 - Jangan sesekali tukar arah tanpa berhenti.
Di dalam 'point' kedua, Fenske berkata jangan sesekali menukar arah(ke hadapan atau ke belakang) tanpa berhenti sepenuhnya. Jika tidak, anda akan meletakkan tekanan ke atas sistem transmisi yang terpaksa bekerja sebagai brek. Ini boleh menyebabkan sistem transmisi kereta anda rosak.


3 - Jangan sesekali tekan minyak dalam keadaan 'neutral' kemudian pecut.
Mungkin tabiat ini dilihat sebagai trend, tetapi tabiat menekan minyak dan meletakkan kereta dalam 'drive' boleh menyebabkan sistem transmisi anda lebih cepat haus. Dan sistem transmisi sangat mahal untuk ditukar ganti.




4 - Tak ada sebab untuk letakkan kereta anda dalam keadaan 'neutral' ketika menunggu lampu isyarat merah. (Gunakan brek untuk menunggu)
Ketika di lampu merah, Fenske menasihati pemandu supaya menggunakan brek untuk menunggu. Rasionalnya, Fenske berkata kereta lebih mudah bergerak dari keadaan brek jika dibandingkan dari keadaan "neutral" ke "drive".

**Nasihat kami, jika anda perlu menunggu lama, lebih baik letak kereta dalam keadaan 'neutral'. Jenuh kaki nak tekan brek. ;-)

Tapi apa yang perlu anda 'take note' adalah terlalu kerap menukar gear dari 'drive' ke 'neutral' juga akan membawa kesan negatif terhadap sistem transmisi kereta anda.


5 - Jangan letakkan kereta dalam keadaan 'Parking' sebelum ia betul-betul berhenti.
Sekiranya anda mahu 'parking' kereta anda, pastikan ia betul-betul berhenti sebelum meletakkan gear ke mode 'parking'. Jika tidak, anda boleh menyebabkan bahagian (pin pengunci) yang mengunci sistem transmisi anda dari bergerak rosak.


siakapkeli.com

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-3-2016 11:49 AM | Show all posts

info yg bagus...walapun astro....
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 12:21 PM | Show all posts
x guna pun neutral..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 01:09 PM | Show all posts
habis tuh biler masa sy nk gn neutral??? mohon jelasin ke ak dong..
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 02:17 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 14-3-2016 01:09 PM
habis tuh biler masa sy nk gn neutral??? mohon jelasin ke ak dong..

time tunggu lampu hijau kat trafiklight dlm jangka masa lama tu elokla letak kat Neutral...kang letih pula duk tekan brek, utk safety pun ye...
kenyataan diatas tu sesuai utk trafiklight yg sekejap2 je...
masa tunggu seseorang dlm kete pun letak kat Neutral gak....tak perlu letak kat P



Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2016 11:08 PM | Show all posts
zulka replied at 14-3-2016 02:17 PM
time tunggu lampu hijau kat trafiklight dlm jangka masa lama tu elokla letak kat Neutral...kang le ...

terima kasih...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-3-2016 10:49 AM | Show all posts
kalau dari S ke D kena angkat pedal minyak ke?

ke trus je tekan pedal minyak sambil tukar gear?
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2016 05:13 PM | Show all posts
akkula replied at 15-3-2016 10:49 AM
kalau dari S ke D kena angkat pedal minyak ke?

ke trus je tekan pedal minyak sambil tukar gear?

kalau ikutkan tak perlu angkat pedal, tapi utk menjaga gearbok, elok la bagi kelegaan sedikit pada gear utk tukar shift...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-3-2016 12:27 AM | Show all posts
alamak aku suka ltk kat N time turun bukit or nak berhenti.
Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 09:21 AM | Show all posts
otai_g replied at 22-3-2016 12:27 AM
alamak aku suka ltk kat N time turun bukit or nak berhenti.

biar betul bro..letak kat N turun bukit? bahaya woo..boleh terbalik kete



Reply

Use magic Report

Post time 22-3-2016 12:13 PM | Show all posts
Tahun 2016 baru la 'terpaksa' drive keta gear auto ni selepas beberapa belas tahun drive keta manual... jadi kena belajar banyak tips untuk pemanduan auto ni..this thread is one of it... thanks for sharing
Reply

Use magic Report

Post time 23-3-2016 12:00 PM | Show all posts
ya btol, klu parking kat bukit, pastikan tarik handbrake dulu  sblm letak kat P
jgn biar kete 'resting' pada gear parking P, pastu baru tarik handbrake.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.131110 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list