CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 5485|Reply: 54

[Tempatan] Another story in 1992

   Close [Copy link]
Post time 24-3-2016 05:24 PM | Show all posts |Read mode
PADA hari ini dalam tahun 1992, usaha menggugat Kerajaan PAS Kelantan telah melalui tahap yang lebih mencabar apabila berita tentang kereta Lamboghini Daiblo 'dilarikan' oleh Sultan Kelantan didedahkan kepada umum. Isu kereta Lamboghini ini telah berbangkit kerana permusuhan Umno dengan Istana Kelantan yang menyebabkan baginda Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra bertindak membawa keluar kereta tersebut dari Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Subang pada 19 Mac 1992, tetapi mula disensasikan pada 23 Mac 1992. Serangan peribadi terhadap Sultan Kelantan ini berkait rapat usaha Umno menggugat Kerajaan PAS Kelantan yang dituduh oleh mereka menang kerana campur tangan Sultan Kelantan dalam politik kepartian.

Isu Lamborghini ini bermula apabila Sultan Kelantan bertitah kepada Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan dalam bulan November 1991 tentang hasrat Baginda untuk membeli kereta tersebut dari Itali dengan wang Baginda sendiri dengan dikecualikan cukai import. Pada 2 Mac 1992, ketika kereta tersebut telah tiba di Subang, Menteri Kewangan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Kastam enggan membenarkan kereta tersebut dikeluarkan dari Kompleks Kargo sehingga Sultan Kelantan membayar duti import yang dianggarkan bernilai RM2.6 juta. Usaha Sultan Kelantan untuk berunding dengan pihak kastam dan Menteri Kewangan telah gagal sehingga 16 Mac 1992, yang menyebabkan Baginda bertindak pada 19 Mac 1992 untuk mengambil sendiri kereta tersebut di Kompleks Kargo Subang itu.

Isu Sultan Kelantan dimainkan oleh Umno sejak akhir 1990 apabila mereka tewas dalam Pilihan Raya Umum Kelapan pada 21 Oktober 1990 yang didakwa berpunca dari pergeseran Sultan Kelantan dengan Umno dan hubungan rapat Baginda dengan pakatan PAS-APU. Pada 1 Disember 1990, Perhimpunan Agung Umno telah meluluskan usul untuk menyekat Raja-raja Melayu dari terlibat dalam politik, yang diikuti oleh siri-siri penghinaan terhadap Sultan Kelantan seperti perhimpunan haram di hadapan Bangunan Umno Kelantan diketuai Ahli Majlis Tertinggi Umno, Ibrahim Ali yang diikuti pula oleh kenyataan Ketua Penerangan Umno Kelantan, Che Alwi Che Ahmad yang menuduh Sultan Kelantan berpolitik. Far Eastern Economic Review pada 28 November 1991 melaporkan serangan Umno terhadap Sultan Kelantan dan Raja-raja Melayu secara terbuka di media.

Untuk melegitimasikan tindakan Umno terhadap Sultan Kelantan dalam usaha mereka menggugat Kerajaan PAS Kelantan ini, maka isu kereta Lamboghini ini menjadi senjata terbaik Umno. Walaupun isu ini pada asalnya hanyalah isu pentadbiran antara Istana Kelantan dengan Kerajaan PAS Kelantan dan Menteri Kewangan, tetapi pada 23 Mac 1992, rakyat Kelantan dikejutkan oleh pendedahan kepada media kononnya Sultan Kelantan telah 'melarikan' kereta tersebut tanpa membayar cukai. Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 24 Mac 1992 ketika mengulas isu ini menyifatkan ia adalah satu penganiayaan terhadap Sultan Kelantan sekali gus memalukan Kerajaan PAS Kelantan, sedangkan sejak 2 hingga 21 Mac 1992 Kerajaan Kelantan telah berusaha untuk berunding dengan Menteri Kewangan, tetapi ia tidak dilayan.

Mohd Fadli Ghani
Head, House of Resources
Pusat Penyelidikan PAS
23 Mac 2016

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 05:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Masa tu anwar comolot dengan madey......macam sekarang la kot.
Hahahahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
ni kisah legend ni. mase tu top cite tu.katenye smpai kt pintu keluar,guard tgk sultan,nk kata apa?..bukak jgk pagar
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:34 PM | Show all posts
lamboghini daiblo tu ejaan lamborghini  diablo slang kelantan kaaa
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:37 PM | Show all posts
hauk betul pusat penyelidikan  lobai pas
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 05:59 PM | Show all posts
karipap replied at 24-3-2016 05:26 PM
Masa tu anwar comolot dengan madey......macam sekarang la kot.
Hahahahaha

comolot tu berbaik ek
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-3-2016 06:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada apa dengan 1992 ni,kalau tidak silap istana Yang satu lagi tu pun 1992 juga
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 24-3-2016 05:59 PM
comolot tu berbaik ek

Cuba google
Hihihi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 07:16 PM | Show all posts
PAS sebut balik isu ni tuk ape?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Gambar sikit la.....Anuar musa tabal sultan baru bawah pokok....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 07:24 PM From the mobile phone | Show all posts
alesandra replied at 24-3-2016 05:37 PM
hauk betul pusat penyelidikan  lobai pas

Rnd pas are backing up tmj
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Heheh legend sgt cerita diablo nih
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:26 PM | Show all posts
Senja#merah replied at 24-3-2016 06:39 PM
Ada apa dengan 1992 ni,kalau tidak silap istana Yang satu lagi tu pun 1992 juga

taon 1992 ramai awex porem cari.my baru dilahirkandan kebanyakkanyer sgt comey pada hari nih

Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:28 PM | Show all posts
rumah aku memang dekat dgn istana
memang selalu nampak lambo ni laa, kaler biru metallic
last tgok tahun 2001
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:28 PM | Show all posts
sultan ni pun dah kena stroke, tak bergerak, duduk istana jaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 07:29 PM From the mobile phone | Show all posts
revolusi_30 replied at 24-3-2016 07:16 PM
Gambar sikit la.....Anuar musa tabal sultan baru bawah pokok....

Its very clear of how scary tun m is st that time..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-3-2016 07:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cite ni nak amik pengajaran mcm mana?

Kerajaan pas teruk? Kerajaan bn teruk? Anwar ibrahim teruk?
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 07:39 PM | Show all posts
Senja#merah replied at 24-3-2016 06:39 PM
Ada apa dengan 1992 ni,kalau tidak silap istana Yang satu lagi tu pun 1992 juga

dont let good tragedy go to waste gitu,ahaks
tpi,in process,mendapat le kita mahafiraun
Reply

Use magic Report

Post time 24-3-2016 08:11 PM | Show all posts
Hek eleh...bila orang lain ungkit 'kisah 1992', dia pun nak ungkit jugak. Mencapub ke?

Rakyat kebanyakan beli kereta import dikenakan cukai. Dia beli kereta import tak mahu bayar cukai? Celakalah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-3-2016 08:22 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 24-3-2016 08:11 PM
Hek eleh...bila orang lain ungkit 'kisah 1992', dia pun nak ungkit jugak. Mencapub ke?

Rakyat keb ...

Even now they are free of the tax
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:27 AM GMT+8 , Processed in 0.080364 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list