|
Facebook uji fungsi baru untuk kesan akaun palsu
28 Mac 2016
Facebook
LAMAN sosial Facebook, dilaporkan sedang menguji fungsi baru yang akan memberikan notifikasi sekiranya terdapat sebarang akaun lain yang dipalsukan dengan menggunakan nama serta gambar profil milik para pengguna.
Seperti sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial yang popular di dunia malah ramai pengguna berkongsi gambar serta maklumat peribadi di dalamnya sehingga membuka ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk mewujudkan akaun palsu.
Fungsi baru ini dijayakan oleh algoritma Facebook secara automatik malah pengguna yang menerima notifikasi tersebut boleh memantau sama ada profil tersebut benar-benar palsu atau secara kebetulan berkongsi nama yang sama.
Menurut laporan daripada Amanz.com, Facebook memaklumkan bahawa pihaknya telah menguji fungsi tersebut sejak bulan November tahun lalu dan kini ia telah aktif di kalangan 75 peratus pengguna seluruh dunia.
Difahamkan, Facebook menyasarkan untuk memperluaskan perkhidmatan fungsi baru tersebut dari masa ke semasa.
http://www.sinarharian.com.my/bisnes/facebook-uji-fungsi-baru-untuk-kesan-akaun-palsu-1.502957
|
|