CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2420|Reply: 0

Aktres Gwyneth Paltrow, Martin sah bercerai

[Copy link]
Post time 29-3-2016 12:40 PM | Show all posts |Read mode

Selepas kira-kira dua tahun berpisah, akhirnya Chris Martin, 39, menandatangani dokumen perceraian dirinya dengan aktres, Gwyneth Paltrow, 43, beberapa hari lalu.

Khabarnya dokumen berkenaan sudah pun diserahkan kepada vokalis Coldplay itu sejak 10 bulan lalu, namun baru kini ia ditandatangani penyanyi terbabit.

Menerusi perceraian itu juga, pasangan terbabit dikatakan bersetuju menerima hak penjagaan bersama ke atas dua cahaya mata mereka, Apple, 11, dan Moses, 9.

Selain itu, mereka turut dilaporkan bersetuju untuk membahagikan harta sepencarian berjumlah kira-kira RM1.5 bilion.

Pasangan itu mengumumkan perpisahan mereka pada 2014 setelah berkahwin selama sepuluh tahun. Kedua-duanya bagaimanapun masih mengekalkan hubungan baik demi dua mereka itu.

Selepas berpisah dengan Martin, Paltrow menjalinkan hubungan dengan produser, Brad Falchuk, sejak Ogos 2014, manakala vokalis itu pula kini dilaporkan bercinta dengan aktres Inggeris, Annabelle Wallis.

Sebelum itu, lelaki berkenaan turut digosip bercinta dengan bintang The Hunger Games, Jennifer Lawrence.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:09 AM GMT+8 , Processed in 0.090503 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list