View: 4604|Reply: 42
|
[Tempatan]
Nuan Nuan, nama anak panda gergasi dapat persetujuan China update #31
[Copy link]
|
|
Edited by R2D2 at 7-4-2016 10:29 AM
KUALA LUMPUR: Keputusan Pertandingan Menamakan Anak Panda Gergasi akan diumumkan di Zoo Negara pada Khamis ini.
Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata pertandingan itu yang berlangsung dari 17 Nov hingga 17 Dis tahun lepas, melibatkan 22,830 penyertaan dari seluruh negara.
"Bilangan penyertaan itu lebih tinggi berbanding Pertandingan Menamakan Pasangan Panda yang diadakan pada 2012 dengan merekodkan 2,324 penyertaan," katanya dalam kenyataan pada Selasa.
Wan Junaidi berkata daripada 22,830 penyertaan itu, hanya sembilan nama dipilih oleh penganjur melalui satu saringan yang telus dan sistematik oleh panel juri profesional.
Beliau berkata kesemua sembilan nama tersebut telah dihantar kepada Persatuan Pemuliharaan Hidupan Liar China (CWCA) untuk persetujuan pihak mereka.
"Pihak CWCA amat berpuas hati dengan keputusan pemilihan nama bagi anak panda gergasi tersebut.
"Hampir 50 peratus daripada 22,830 penyertaan yang diterima tidak memenuhi syarat-syarat pertandingan seperti butiran peserta tidak lengkap, faktor umur dan ketiadaan karektor Cina," katanya.
Pemenang utama pertandingan berkenaan akan menerima sebuah kereta Perodua Myvi, manakala motosikal Demak menanti pemenang kedua dan ketiga.
Kerajaan Malaysia menerima sepasang panda gergasi, Xing Xing dan Liang Liang, daripada kerajaan China pada 21 Mei 2014 sebagai tanda meraikan ulang tahun ke-40 jalinan hubungan diplomatik antara kedua-dua negara.
Liang Liang melahirkan anak panda betina pada 18 Ogos tahun lepas, dan anak panda gergasi itu mula dipamerkan kepada pengunjung Zoo Negara pada 17 Nov selepas hampir tiga bulan dikuarantinkan. |
|
|
|
|
|
|
|
@dizeck mesti berbangga dengan kehadiran panda China ini |
|
|
|
|
|
|
|
apa speselmya anak panda ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Mesti nama dia melody chow |
|
|
|
|
|
|
|
khuenn ai pun tertanya2 perihal yang sama
|
|
|
|
|
|
|
|
baru pasal panda je pon dah nak tunjuk sape bos..
tu blum jadi polis dunia lagi tu |
|
|
|
|
|
|
|
mesti bangga jadi panda tu..
nak letak nama anak pun dua negara kena pikir..
bukan calang-calang ni |
|
|
|
|
|
|
|
Bnyk bnde lain lg penting...panda gak yg dipentingkan |
|
|
|
|
|
|
|
jarum2 halusssss kominis mula menjajah negara
|
|
|
|
|
|
|
|
china komunis takpa..jgn cina dap....
|
|
|
|
|
|
|
|
china kominis baik cina dap jahatttttt..yg ceroboh perairan aritu cina dap bkn china kominis
|
|
|
|
|
|
|
|
kecimpret replied at 6-4-2016 02:32 PM
china kominis baik cina dap jahatttttt..yg ceroboh perairan aritu cina dap bkn china kominis ...
Cina dap gadai negara wooo.... hihii |
|
|
|
|
|
|
|
Nama kena ikut style cina: Men Der ma |
|
|
|
|
|
|
|
Satu projek bodoh bijan yg memakan diri |
|
|
|
|
|
|
|
Nak nama anak panda pun kecoh... |
|
|
|
|
|
|
|
nama Najib junior..
Melopong warga PRC |
|
|
|
|
|
|
|
bagi nama lenchai je lar
kt senang |
|
|
|
|
|
|
|
Setakat rakyat bawahan mana la tau kepentingan panda ni pada hubungan malaysia china.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|