CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11981|Reply: 63

ADAKAH ADIK ADA PERJANJIAN?..

[Copy link]
Post time 7-4-2016 12:55 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua,

mohon pandangan forumer yang arif.

saya ada 5 beradik. 3 perempuan dan 2 lelaki. Saya anak ke-empat dan last sekali adik saya lelaki. Beza umur kami setahun saja.

Nak cerita pasal adik saya ni. Tahun ni dah 12 tahun dia tak bercakap dengan kami semua adik beradik termasuk mak dan ayah. Cerita bermula dari dia umur 11 tahun. Dia selalu bagitau pada abang ipar yang dia selalu nampak seorang lelaki berserban putih dan berjubah putih datang pada dia. bila orang tu duduk ketinggian dia sama macam manusia berdiri. orang tu nak ajar dia ilmu. tapi since dia kecik lagi, dia buat tak tahu saja. Time ni hubungan dengan kitorang adik beradik masih baik lagi.

Masa umur dia 12 tahun, dia ada join belajar silat tapi tak pasti kat mana. Start daripada tu dia selalu sembayang, dibawah sejadah dia ada beralas kain kuning. Ada juga sekali pernah masuk bilik dia, semua kain kuning...Start dari situ hubungan kekeluargaan makin renggang. Ada sekali dia pernah tumbuk saya kat kepala (naik 2 benjol..huhuuu) sebab tegur dia alas kain kuning...2 tahun kami tak bercakap.

Dipendekkan cerita, semasa tunggu keputusan nak sambung belajar, ayah ada tegur dia ckit jer, tu pon ayah cakap lembut jer dengan dia..dia trus naik angin.Makin nasi pinggan baling keluar dan start dari situ dia dah tak bercakap dengan kami semua termasuk mak ayah.

Dulu masa cuti sem, dia balik juga rumah walau tak bercakap dengan sesiapa. Bila lepas belajar, still balik rumah..Dia kerja pon still dok umah mak walaupon tak pernah bercakap.. Bila dia dapat gaji, duit untuk mak ayah dia letak depan pintu bilik diorang..dia ingat juga kat mak ayah walau tak bercakap.

4 tahun lepas, rumah mak renovate sebab dah usang sangat. Kat sini mula lah pencarian kami. Mak ayah pindah ke rumah lain sementara umah nak siap. Adik pon pindah keluar. Kami semua tak tahu dimana dia tinggal. Tapi kami tahu pekerjaan dia, jadi tak adalah risau sangat. kadang-kadang abang ipar ada terserempak juga dengan dia dekat site.Bila panggil dia buat tak tahu.

Masa saya kawen, dia jemput semua kawan2 dia datang kenduri, tapi dia menghilang ntah kemana.

Setahun lepas tu, saya pernah terserempak dengan adik di Ipoh. Lepas tu hilang jejak..Kerinduan mak ayah pada adik tok sah cakap lah..hari2 sebut..Merata kami cari tak jumpa.

Setahun kebelakangan ni dapat tahu dia kerja di KL. Nak dijadikan cerita, kami dapat jejak dia melalu linkedl. dapat tahu syarikat dia bekerja. Kebetulan kawan abang ipar bekerja di tempat yang sama. Alhamdulillah lega dapat cari.

Kami semua susun strategi nak temukan dia dengan mak ayah. Dah 12 tahun kot. Mak ayah pon eksited nak jumpa dia. Minta tolong dgn kawan abg ipar (kwn adik juga). Elok2 planning, terkantoi. Adik dapat tau. Dia mengamuk pada kawan dia dan juga kami.

Adik message kakak cakap dia tak nak balik jumpa kami semua dan takkan balik lagi. Masalahnya apa salah kami semua??

Bila diselidiki, kawan dia ada bagitau, adik pernah cerita dengan dia yang adik pernah belajar silat and p bertapa di gunung jerai. Tapi ada ustaz cakap dengan adik, apa yang adik belajar salah, trus adik stop belajar. Stop macam tu jer?

Dengan orang lain adik ok jer tapi kalau dengan kami adik beradik, nama kami pon dia tak nak sebut kot..Tak tahu kenapa

Adakah dia ada perjanjian apa2 dengan sesuatu masa bertapa tu? Sejarah keluarga kami pon agak berat..huhuhu


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 01:14 PM | Show all posts
macam salah ilmu je adik tt belajar ni..
cuba tanya ustaz yg terdekat..
tak pun tanya melalui kawan adik tu..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Menarik 2.. sila sambung tt
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 01:37 PM | Show all posts
Seronok. Tak pernah dgr. Cite lagi.

Dari gaya cerita, adik awk ni ok je study dia kan. Rasanya bukan perjanjian, cuma mungkin dia tak nak cerita dekat family pasal imlu salah tu kot. Tak nak korang tanya, jadi dia ambik langkah berdiam diri. Dlm kata erti lain, dia tak nak family dia campur.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 02:08 PM | Show all posts
aku rs la biar la mcm tu...ikot rentak dia
selagi dia x ketepi ibubapa..ok la kan...
memndgkan ko kta adk ko still bg duit segala...
mntk parents ko buat solat taubat...solat hajat mntk adik ko lembut hati..in sha Allah ok la dia nanti tu..
air dicincang xkan putus
aku rs xde kne mengena dgn ilmu ape segala...

kasi smbg critaa...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Macam mana nak log in Guna HP..huhuhu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-4-2016 02:27 PM | Show all posts
dia nak kawin nanti mesti dia cakap balik dgn mak ayah nanti.. insyaAllah doakan dia lembut hati..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 02:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Eh boleh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-4-2016 02:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Dapat info Dari kawan adik

Adik dok citer dengan kawan Dia, Dia ada kakak dok kl(saya la).pastu cakap dengan kawan Dia bila weekend selalu p Umah kakak. Tapi tak pernah sampai pon..huhuhu... Raya cina ritu Dia ambil cuti seminggu kata nak balik kampung, tapi dah 4 tahun kami tak jumpa Dia..Dia p mana pon tak tau

Adik ada beli rumah. Rumah Dia lengkap semua siap Dia buat bilik Untuk mak Ayah.tapi tak pernah telefon Tanya kabar mak Ayah..mak wasap Dia tak pernah balas. Dah 12 tahun..
Saya rasa Dia macam hidup dengan fantasi..cerita mak Ayah pada kawan tapi hakikatnya Dia tak pernah bercakap dengan kami.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:11 PM | Show all posts
umimikhail replied at 7-4-2016 02:39 PM
Dapat info Dari kawan adik

Adik dok citer dengan kawan Dia, Dia ada kakak dok kl(saya la).pastu c ...

seram lah pulak bila fikir balik, kan  
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:42 PM | Show all posts
umimikhail posted on 7-4-2016 02:39 PM
Dapat info Dari kawan adik

Adik dok citer dengan kawan Dia, Dia ada kakak dok kl(saya la).pastu c ...

TT,
ntah2 mak ayah yg die dok cite kt kwn die tu bkn ref ke mak ayah TT.
tp sebaliknye maybe lelaki b'serban putih yg die pnh cite kat abg ipar TT dl tu kot.
lelaki berserban putih & berbaju putih yg dtg kat die tu.

umah kakak die yg die pegi tp xsampai tu pon, rsnye bkn TT tp maybe kakak dlm 'keluarga baru' tu.
i pnh lah dgr dl kat kg i ttg sorg lelaki yg b'wajah molek tp hdp dgn bunian.
i mmg xpasti btl @ x tp ramai yg pnh t'serempak dgn die, akan dgr die b'ckp dgn seseorg.
pnh dgr die ckp 'pimpin tgn ayah, kenderaan byk nie' waktu nak lintas jln.
p'lakuan pon spt sdg memimpin.

so bsr kemungkinan adik TT nie ade dunia laen sehingga die langsung abaikan family die.
kalo dah 12yrs, rsnye perasaan die pon dah ampuh.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 03:43 PM | Show all posts
menarik nie.. keep on posting TT.. nak tahu cite selanjutnya apa jadik kat adik ko..
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 04:11 PM | Show all posts
pelik ni....ngan keluarga sendiri bertahun tak bercakap
kalau hari raya pun, die tak balik ke
macam mane pulak die ngan sedare mare yg lain
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2016 04:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Raya tak pernah balik.. Masa tahun pertama tak balik mak memang sedih..tapi tahun selepas tu mak dah ok..

Dah bertahun tak balik raya..kitorang pon dah biasa tp bila kenangkan mak, sian sedih semua ada

Adik orangnya baik..setiap bulan tak pernah miss bank in duit kat mak Ayah..tapi tak nàk cakap tak nak balik jenguk mak ayah tu yang pelik..ayah saya dah 70 tahun mak dah 60..kami adik bradik takut kalau adik tak sempat minta ampun dengan mak walaupon mak sensentiasa maafkan Dia..12 tahun mak tak pernah berhenti minta doa moga hati adik lembut.
Kawan adik cerita, Dia tak ada girlfriend.. P tengok wayang sensorang. Dengar cerita Dari kawan Dia memang sebak hati tapi bukan kami tak mahu dengan Dia, Dia yang buang kami semua.
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 05:23 PM | Show all posts
umimikhail replied at 7-4-2016 04:38 PM
Raya tak pernah balik.. Masa tahun pertama tak balik mak memang sedih..tapi tahun selepas tu mak dah ...

ape bendalah yg trigger die berkelakuan smpai mcam tu
ade cube tengok2 kt perawat tak, nape die jadi gitu

Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2016 08:01 PM From the mobile phone | Show all posts
umimikhail replied at 7-4-2016 04:38 PM
Raya tak pernah balik.. Masa tahun pertama tak balik mak memang sedih..tapi tahun selepas tu mak dah ...

Wah menarik citer TT ni. First time dengar kisah macam ni, dia ignore family tapi masih tak penah culas kirim duit. 1 side bagus tapi another side kesian plak korang dah 12 tahun tertanya2 kenapa adik jadi gitu. Cuba confront dia tapi panggil orang tengah yang dia trust mungkin boleh buat dia bukak mulut kenapa dia jadi lagu tu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-4-2016 11:11 PM | Show all posts
peliknya ....kalau dia betul2 dah di "anakkan" oleh "ibubapa" dia
nape masih ingat yang kandung


semoga TT bertabah and jumpa jalan penyelesaian
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 12:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 4everMore at 8-4-2016 12:54 AM
umimikhail replied at 7-4-2016 04:38 PM
Raya tak pernah balik.. Masa tahun pertama tak balik mak memang sedih..tapi tahun selepas tu mak dah ...


Mlalui pgalamn sy yg x sbrapa ni, cousin sy mhadapi dgn pkara yg lbh kurg mcm ni jugak,cuma cousin sy ni pmpuan tp xde plak nmpk llaki bbaju putih,my cousin nmpk puteri ni bila2 ms je. Ikut faktor umur adik tt ms mnerima ilmu ni pun lbh kurg sama dgn usia dgn cousin sy. Klbihan cousin sy ms ddamping puteri ni adlh dpt mgubati sgla pyakit dan dpt mlihat makhluk Allah swt yg x dpt d lihat dgn mata ksr. Ttp bsyarat,tak boleh kahwin.but xde plak pegi btapa mgkn sbb pmpuan,so bole kontrol pgrakan die.kena usaha ubatkn adik tt dgn ustaz.igt tt, Ilmu yg baik tak kan pisahkn keluarga dgn pgamal.jgn putus asa sbb klu tgk pceritaan tt ni,adik tt dah jauh.. Cousin sy pun dah ok skrg,ilmu ni dr kturunan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2016 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak cerita pasal keturunan saya mungkin ada kaitan dgn perangai Adik.

Sebelah mak keturunan Dari raja Kedah satu keturunan dengan agong sekarang. Monyang dulu pahlawan yang lawan dengan Siam masa Kedah perang dengan Siam. Monyang ada saka.last Turun ke onyang (atuk mak)..lepas tu onyang meningal tak tau Dia p mana tak da sapa nak ambil..Umah mak adalah Umah pusaka onyang.ada Ibu rumah..masa nak renovate rumah ritu mak suh cari daun tujuh lapis kat tiang rumah..saka tu dok situ.tapi kitorang cari tak jumpa..Dia dah lari Kot

Sebelah Ayah pula keturunan aceh + Siam..mak cakap belah Ayah macam2 ada bela..masa tok wan(bapa Ayah) meningal, benda tu cari Ayah, tapi Ayah tak nak, Abg Ayah yang ambil.. Bila kami adik bradik Cuba siasat benda ni dia cari anak bongsu lelaki..
Ayah ada sense pasal adik tapi ayah sendiri tak boleh buat apa2 sebab ayah dah tolak dulu.merata mak Dan Ayah p berubat adik tapi belum diizinkan Allah adik balik kepada kami
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
umimikhail replied at 8-4-2016 08:33 AM
Nak cerita pasal keturunan saya mungkin ada kaitan dgn perangai Adik.

Sebelah mak keturunan Dari  ...

Kena d usahakn jugak tt utk buang benda tu. Mmg makan tahun jugak..sy tgk ape yg cousin sy alami,bkn ssuatu yg mudah..klu yg x fhm akn ckp die gila. Cousin siap attended psychiatry treatment tp still g sekolah sume even ms form 4,amik science stream. Result pun ok,semua kredit cuma tak excellent.Dpt IPTA tp keadaan die x mgizinkn utk die pegi study. cousin mmg suka myendiri bila ade ilmu ni dan kerap bckp dgn ssorg yg kite x nmpk. Sy pun ade test die juga sbb sy mmg penah ganggu kt kg cuma sy x penah bgtau ssiapa pun. Jd,mmg btul pun ape yg cousin ni jwb.
Keturunan dr mana pun kite ni tt,bila ssuatu ilmu tu tak betul dan buat hidup kite ni jauh dr tuhan dan kluarga,baik usaha utk buangkn. Org yg berilmu ni tak perasan yg perangai die ni lain cuma family je bole fhm dan bantu dorg ni.
Tt ni tinggal mana?since adik kt KL,g la bwk g prubtn syfak kt bangi. Sy fhm,nk bwk g berubat pun bkn kerja mudah..tp kene usahakan jugak.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:04 AM GMT+8 , Processed in 0.314265 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list