CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2651|Reply: 2

4 Bandar Di Malaysia Tersenarai Antara 10 Bandar Paling Bahaya Di Asia

[Copy link]
Post time 8-4-2016 11:03 AM | Show all posts |Read mode




Oleh : TS LOO






Kepelbagaian dan keunikan budaya yang terdapat di Malaysia sememangnya menjadi daya tarikan buat pelancong asing untuk datang ke Malaysia melawat.


Sungguhpun negara kita terdapat beberapa destinasi pelancongan yang terkenal di mata dunia, namun demikian masalah keslematan di sesetengah negeri turut 'diiktiraf' di peringkat antarabangsa.






Baru-baru ini, Laman Pelancongan Antarabangsa, WorldAtlas.com telah menyenaraikan 10 bandar yang berbahaya di rantau Asia, malangnya negara kita Malaysia terdapat 4 bandar tersenarai berbanding dengan Filipina yang hanya 2 bandar sahaja tersenarai.




Berikut 10 Bandar Paling Bahaya Di Asia:


1) Karachi, Pakistan
2) Kuala Lumpur, Malaysia
3) Petaling Jaya, Malaysia
4) Gurgaon, India
5) Klang, Malaysia
6) Dhaka, Bangladesh
7) Ulaan Baatar, Mongolia
8) Manila, Filipina
9) Bandar Quezon, Filipina
10) Johor Baharu, Malaysia





Berdasarkan huraian yang dibuat oleh laman pelancongan tersebut, sebab utama keempat-empat bandar tersenarai adaalah seperti berikut:


Kuala Lumpur - Tedapat aktiviti jenayah yang serious, penjenayah bukan sahaja mencari peluang untuk bertindak ke atas pelancong asing malah penduduk tempatan.


Petaling Jaya - Kejadian rompakan sering berlaku, termasuk juga kes pecah rumah, pembunuhan dan pergaduhan antara geng kongsi gelap turut kerap terjadi.

Klang - Memiliki bilangan geng kongsi gelap dan kumpulan jenayah yang banyak.






WorldAtlas berpendapat, senarai carta tersebut sebenarnya merujuk kepada hasil kaji selidik yang dilakukan oleh Numbeo.com.


Jelas WorldAtlas , senarai bandar berbahaya tersebut hanyalah perbandingan bandar mengenai statistik jenayah dan tiada satu pun bandar di Asia yang tersenarai dalam senarai bandar-bandar yang paling bahaya di dunia.


Ianya hanya perbandingan dari segi kadar jenayah bandar-bandar utama di Asia, tidak termasuk kawasan-kawasan yang dilanda perang.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2016 11:18 AM | Show all posts
kat PAVILLION masih selamat
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2016 11:40 AM | Show all posts
Kota Kinabalu masih selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:31 AM GMT+8 , Processed in 0.141022 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list