CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2122|Reply: 2

Muka Kacak Tapi Mata Berkedut? Baca Kaedah Ini

[Copy link]
Post time 12-4-2016 04:44 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib Za

Lelaki masa ini pun semakin pandai menjaga penampilan. Antara perkara yang mereka risaukan ialah penuaan.


Malah, ramai lelaki yang nampak lebih tua kerana selalu bekerja keras di samping tak menjaga kulit mereka serapi wanita.


Antara tips penting untuk mendapatkan wajah yang segar dan awet muda ialah mengambil nutrisi yang lengkap, menjaga kelembapan kulit wajah dan juga menjaga kualiti tidur. Selain itu elakkan merokok dan juga pancaran terus matahari ke atas kulit.


Dalam pada itu, antara elemen yang sering dilupakan oleh lelaki dalam penjagaan wajah adalah bahagian mata. Tahukah anda mata andalah zon pertama yang mula melalui proses penuaan.








1. Anda boleh lihat di tepi mata, garis-garis halus mula muncul dan semakin lama makin menebal. Sebab itu, bahagian mata ini sangat penting sebagai faktor anda kelihatan lebih muda dan bersinar.




2. Gunakan krim khas untuk mata yang digunakan pada waktu siang dan malam. Ia dapat melembapkan kulit bahagian mata yang sangat nipis dan sensitif.




3. Selain itu, krim mata memastikan zon tersebut sentiasa kelihatan segar dan bermaya. Antara bahan terbaik dalam krim mata ialah kafein.


Ia mampu menggalakkan pengaliran darah di kawasan mata dan mengurangkan tona gelap serta sembap.





(Sumber foto: Carian google)





Mulai hari ini, cubalah memakai krim mata dan jaga penampilan anda daripada terus dimamah usia. Bak kata pepatah, dari mata turun ke hati. - CARI Infonet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-4-2016 04:17 AM From the mobile phone | Show all posts
guys yg mata ada kedut2 tu nmpk macho
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2016 09:09 AM | Show all posts
my hubby la ni..tepi mata n bagian dahi....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.122286 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list