|
Edited by imanda at 14-4-2016 01:08 PM
Cari2 thread macam takde.
Ada yang dah tengok ke rancangan realiti Vivy ni kat astro? So, best tak kisah hidup anak orang kaya ni?
Artikel dari BH takde kat online tp dari Bernama dah keluar seminggu lepas..iols ketinggalan nampaknya, baru keluar gua...
Kenali Fashionvalet Melalui Program Realiti Love, Vivy
KUALA LUMPUR, 8 April (Bernama) -- Laman web membeli-belah dalam talian yang terkemuka di Malaysia, FashionValet melangkah setapak lagi dengan pelancaran program realiti, "Love, Vivy" mulai Isnin (11 April).
Program mengandungi lapan episod yang akan disiarkan pada 9.30 malam di Astro Ria, berkisar kepada kehidupan pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof sebagai usahawan fesyen yang menerajui empayar runcit dalam talian, jenama sendiri "Duck" dan tanggungjawab keluarganya sebagai seorang isteri, ibu dan anak perempuan.
FashionValet.com dalam satu kenyataan berkata dalam setiap episod, penonton akan dibawa melayari dunia FashionValet yang hanya memperkenalkan 10 jenama dan tiga kakitangan semasa mula ditubuhkan pada 2010. Sekarang, laman web itu mempromosikan 500 jenama dan mempunyai 100 orang kakitangan.
Ia berkata penonton juga berpeluang mempelajari fungsi-fungsi utama meliputi strategi pemasaran dan pembelian, khidmat pelanggan dan pembangunan perniagaan.
"Selain memperagakan pakaian yang menambat hati dan pelbagai aksesori, penonton juga akan didedahkan mengenai kempen pemasaran untuk menangani aduan daripada pelanggan bagi memastikan perniagaan yang diusahakan berjaya," kata kenyataan itu.
Menurut Vivy, rancangan ini merupakan yang pertama kali FashionValet membuka pintunya kepada orang ramai kerana penonton berpeluang menyaksikan sendiri operasinya dari A ke Z.
"elanggan mengenali FashionValet melalui skrin komputer apabila melayarinya untuk membeli-belah dalam talian tetapi saya mahu lebih mendekati mereka dan sebab itulah "Love, Vivy" dilancarkan.
"Sekarang peminat dan diharap pelanggan baru akan lebih mengenali kami untuk mengetahui kesukaran yang kami hadapi dan bagaimana kami mengatasinya," kata beliau.
Vivy yang mengasaskan bersama FashionValet dengan suaminya, Fadza Anuar berkongsi pengalaman bagaimana perkongsian suami isteri membawa mereka ke mercu kejayaan dan menjadi contoh kepada pemilik perniagaan lain yang serupa.
FashionValet, yang berhasrat untuk memperkenalkan trend terkini kepada peminat fesyen telah berkembang menjadi laman web runcit fesyen yang terkemuka di Malaysia dan menarik pelanggan dari Eropah, Amerika, Asia, Timur Tengah dan Australia dengan menawarkan pelbagai pakaian, aksesori dan beg tangan.
-- BERNAMA
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|