View: 6513|Reply: 90
|
[Dunia]
Demi chenta kita akan lakukan apa sahaja untuk orang tersayang.
[Copy link]
|
|
ao Nanshan dan isterinya Liu Lijuan.
ZHENJIANG - CHINA. Yao Nanshan, 57, seorang jutawan China sebelum ini tinggal di Sepanyol, namun kerana cintanya, dia meninggalkan kekayaan dan tinggal bersama seorang petani yang kini isterinya di sebuah perkampungan Zhenjiang.
Kisah cinta kedua pasangan ini bermula ketika Yao melakukan kajian pada tahun 2013 di Yunhe, wilayah Zhenjiang.
Leka dengan pemandangan yang menakjubkan di perkampungan tersebut, dia bersama beberapa rakannya ketinggalan bas dan terpaksa bermalam di kampung itu.
Mereka terpaksa meminta simpati seorang petani untuk bermalam di sebuah rumah penduduk di situ, lapor NetEase.
Di situlah bermulanya perkenalan antara Yao dan isterinya, Liu Lijuan.
Yao tertarik dengan ketabahan ditunjukkan wanita itu yang terpaksa menanggung anak perempuannya yang menghidap penyakit darah serta kehilangan suami akibat kanser perut.
Malah wanita itu juga terpaksa menanggung hutang yang banyak selepas terpaksa membayar perbelanjaan perubatan ketika merawat suaminya.
Yao bagaimanapun kembali semula ke kampung itu untuk meluahkan perasaanya terhadap Liu sebulan kemudian.
Pada mulanya wanita itu enggan menerima lelaki itu kerana tidak mahu menyusahkan lelaki berkenaan, namun kemudian bersetuju dengan lamaran lelaki itu.
Liu bagaimanapun tetap mahu tinggal di kampung itu dan cuba untuk membayar hutangnya dengan sendiri.
Kerana cinta dan sayangnya terhadap wanita itu, Yao akhirnya mengambil keputusan untuk menetap di kampung itu dan menyerahkan kesemua perniagaan kepada anaknya.
Sementara itu, anak lelaki itu pada mulanya menganggap ayahnya gila namun apabila melihat kegembiraan yang dikecapi lelaki itu menyebabkan mereka merestui perkahwinan tersebut.
Pasangan itu berkahwin pada 25 Disember tahun lalu dan turut membuka sebuah hotel untuk menampung perbelanjaan bagi membayar hutang wanita itu.
http://www.sinarharian.com.my/global...ayaan-1.510194
|
|
|
|
|
|
|
|
dua2 pun hauk jah....not interested untuk baca kesah "romantis" mereka ini.dua2 pun tak laku ler tu...sesuai lah
|
|
|
|
|
|
|
|
jutawan mencari ketenangan jiwa |
|
|
|
|
|
|
|
God's greatest gift. .. orang yang tak pernah jatuh cinta tak kan faham. .. |
|
|
|
|
|
|
|
Decaffeinated replied at 16-4-2016 07:19 AM
God's greatest gift. .. orang yang tak pernah jatuh cinta tak kan faham. ..
Yup
Tapi ramai di sini yg kesunyian sebab tu tak faham.....so jadi lah kibod watriuh |
|
|
|
|
|
|
|
Macam2 cara org boleh jatuh cinta
Bertuah la acik ni dpt laki kaya setelah lama menderita |
|
|
|
|
|
|
|
yang kesunyian ,hidup kosong tak merasai nikmat bercinta tak akan faham thread ini. |
|
|
|
|
|
|
|
fairy tale sangat citer nya tapi hopefully dorang akan hidup bahagia till jannah gituh |
|
|
|
|
|
|
|
mesia ni terbalik la...tgo drama melayu..musti pompuan start2 jadi amah...kerani...pastu kawen dgn bos/laki kaya raya... |
|
|
|
|
|
|
|
chori chori chupke chupke..
hehe.. |
|
|
|
|
|
|
|
macam ada movie yang kisah sebegini... lupa pula movie apa... |
|
|
|
|
|
|
|
Yg kata cita ni boring ke atau komen negatif tu... Samada sakit jiwa atau sah tiada fukis, tapi buat ada fukis. |
|
|
|
|
|
|
|
blackwidowbae replied at 16-4-2016 08:55 AM
Makcik nak suami gini lerr
Yang jatuh chenta mati sama makcik, yang tak boleh hidup tanpa makcik ...
Bukan apa, Makcik.
Terus-terang Spidey cakap ya, Makcik jangan marah.
Hampir semua jantan akan dimakan oleh makcik hidup-hidup selepas mereka bersenyawa dengan Makcik, mana lah berani jantan-jantan kat luar nak mendekati Makcik?
Walaupun Spidey pun labah-labah, tapi Spidey pun takut dengan spesis Black Widow tahu?!! |
|
|
|
|
|
|
|
spiderman80 replied at 16-4-2016 09:10 AM
Bukan apa, Makcik.
Terus-terang Spidey cakap ya, Makcik jangan marah.
Hampir semua jantan akan d ...
Makcik transform jadi black widow biler hati inni dipermainkan oleh jantan keparat jah nakkk spidey oii~
Lelaki baik seperti spidey sumpah makcik tak senggatttt or makann ehehe |
|
|
|
|
|
|
|
Aku x percaya pd true love..ntah la..dh byk kali putus harapan.hopeless sudah |
|
|
|
|
|
|
|
pelik juga ..
kalau dah jutawan, knp xgunakan harta dia utk setelkan hutang isterinya..
ni nak kena perlu kerja keras lagi.. |
|
|
|
|
|
|
|
mak_wa95 replied at 16-4-2016 09:27 AM
pelik juga ..
kalau dah jutawan, knp xgunakan harta dia utk setelkan hutang isterinya..
ni nak ken ...
Makwa, artikel tulis si isteri mahu selesaikan masalahnya sendiri. |
|
|
|
|
|
|
|
hehehe saya baca artikal tu hari apa tah..
baru hari ni nak komen pasal tu...kelaut la jawabnya
hebat isteri dia..ada pendirian
|
|
|
|
|
|
|
| |
|