CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1256|Reply: 4

[Tempatan] {5} Boleh daftar cerai secara online di Perak!

[Copy link]
Post time 20-4-2016 03:52 AM | Show all posts |Read mode

Mohd.Nizar ( dua dari kiri) dan Asa’ari (kanan) menunjukkan aplikasi MySolve pada majlis pelancaran aplikasi tersebut di Ipoh semalam.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-4-2016 03:52 AM | Show all posts
IPOH – Perak menjadi negeri pertama yang memperkenalkan aplikasi permohonan cerai secara dalam talian yang dikenali sebagai ‘MySolve’.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri, Datuk Dr. Mohd. Nizar Zakaria berkata, aplikasi itu bukan untuk menggalak­kan pasangan suami isteri becerai, namun sebagai pemudah cara bagi mereka menyelesaikan masalah rumah tangga yang berbangkit.

“Menerusi aplikasi itu, pasangan yang ingin mendaf­tarkan perceraian tidak perlu datang ke Mahkamah Syariah berulang kali kerana semua maklumat berkaitannya sudah disimpan dalam sistem selepas permohonan mereka dibuat,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan ‘MySolve’ di sini semalam.

Aplikasi itu dibangunkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Perak yang boleh diakses menerusi mysolve.perak.gov.my.

Ketua Hakim Syarie Jabatan Kehakiman Syariah Perak, Asa'ari Mohd Yazid berkata, aplikasi MySolve dibangunkan sejak Januari lalu dengan kerjasama Perbadanan Kemajuan Negeri Perak.

Beliau berkata, menerusi MySolve, permohonan cerai boleh diselesaikan selewat-lewatnya dalam tempoh satu minggu berbanding prosedur biasa yang mengambil masa sehingga dua bulan.

Katanya, pasangan yang menggunakan aplikasi itu akan dikenakan bayaran pendaftaran permohonan perceraian sebanyak RM50. – Bernama

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 7.htm#ixzz46IuJ3tZe
Hakcipta terpelihara

p/s senang cerai dari kawin pun bahaya gak...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:08 AM | Show all posts
dah ada bang Tong

http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=985959

@spiderman80  



Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Satu solution yg bagus. Patut banyakkan lagi urusan yg boleh dibuat secara online
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Daftar dimudahkan
Tapi proses perceraian n tuntutan tu mudah tak?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:49 AM GMT+8 , Processed in 0.224285 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list