CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 5660|Reply: 70

[Jenayah] Edisi Anak Polis Tak Menjadi: Anggota ‘polis’ ‘pau’ budak sekolah

[Copy link]
Post time 20-4-2016 06:59 AM | Show all posts |Read mode
Edited by ifanonline at 20-4-2016 07:01 AM

Anggota ‘polis’ ‘pau’ budak sekolahFMT Reporters
|April 19, 2016
Salah seorang lelaki yang kelihatan berpangkat lans koperal telah memeriksa dompet remaja berkenaan manakala seorang lagi anggota duduk memerhati.


PETALING JAYA: Sebuah video menunjukkan dua orang individu berpakaian seperti anggota polis mengambil duit daripada seorang remaja lelaki dipercayai pelajar sekolah viral di laman sosial.

Menerusi video berdurasi 2.46 minit yang dirakam oleh individu dipercayai orang awam, salah seorang lelaki yang kelihatan berpangkat lans koperal telah memeriksa dompet remaja berkenaan manakala seorang lagi lelaki duduk memerhati.

Lelaki terbabit telah memulangkan semula dompet tersebut dan meminta remaja itu mengeluarkan duit untuk diserahkan kepadanya.

Ketika remaja itu hendak mengeluarkan wang, lelaki terbabit telah menarik tangan remaja berkenaan dengan tujuan mahu berselindung daripada dilihat orang ketika remaja itu hendak menyerahkan duit yang dimintanya.

Setelah memberikan wang lelaki terbabit membenarkan remaja itu beredar.

Berdasarkan pemerhatian, remaja itu ditahan oleh lelaki terbabit untuk diperiksa ekoran dipercayai ponteng sekolah.

Tiada sebarang audio pada rakaman yang tersebar itu dan lokasi serta masa kejadian tidak diketahui.

Visual itu telah dikongsikan di Facebook Malaysia Viral Story dengan kapsyen “Budak sekolah pun nak paw, polis sekarang gaji tak cukup ke? Kerana nila setitik rosak susu sebelanga..Mohon PDRM ambil tindakan ke atas anggota tersebut”.

Sementara itu, dalam perkembangan terbaru, Ketua Komunikasi Korporat Polis Diraja Malaysia (PDRM), ACP Datin Asmawati Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu pihaknya memandang serius insiden tersebut yang secara terang-terangan telah mencemar imej dan kredibiliti pasukan, dan mahu memastikan samada dua individu terbabit warga polis Malaysia atau bukan.

Dengan itu, polis memohon kerjasama daripada mangsa dan mana-mana pihak yang menyaksikan kejadian itu atau mempunyai maklumat untuk tampil bagi membantu pihaknya menjalankan siasatan.

PDRM tidak mengamalkan `blue wall of silence’ (tidak akan membisu) dan tidak akan sesekali berkompromi dengan sebarang bentuk salah laku oleh mana-mana warganya.”


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 07:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Lans koperal mana nak cukup gaji kalau pakai kereta evo..belanja awex kfc tiap hari
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2016 07:23 AM | Show all posts
dah lah anak sendiri tak menjadi...nak pau anak orang pula...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:27 AM | Show all posts
adakah ini hasil makanan duit haram?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Typical Malays mana reti bela anak....mengepau je tahu...jual kuih pau macam Cainis mana reti.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Lepasni PDRM nak senang tutup kes dia cakap la Indon menyamar jadi Polis.

Kalau kes mahkamah nk senang tutup kes, polis suruh mengaku je bersalah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-4-2016 07:37 AM | Show all posts
nanti keluar lah statement dr forumer  'bukan semua polis camtu..'

typical...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:40 AM From the mobile phone | Show all posts
Polis ni biasanya nak senang buat kerja je.....yg tak bersalah suruh mengaku bersalah senang tutup kes.

Nanti dia cakap ni semua fitnah, Indon menyamar jadi Polis sesaje je berlakon bawah cctv.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 07:42 AM | Show all posts
berapa banyak lah duit budak tu?
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:45 AM From the mobile phone | Show all posts
redz85 posted on 20-4-2016 07:42 AM
berapa banyak lah duit budak tu?

Kalau dah asal bangsa tak reti berniaga, kerja jadi lanun di laut dan darat...what do you expect?

Sekupang dua kupang pon boleh saja masuk kocek diaorang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Kawan i selalu cakap b*ngsat polis2 ni, RM5 pun nak ngepau sebab dia penah kena tahan polis sangka dia indon & takde lesen. Kalau makan dekat kedai depa expect makan free @ dapat murah tapi selera besar amik lauk best2. Bersepah2 aje i jumpa pak polisi merokok dalam kenderaan jabatan/peronda. Apapun i salute kat abang2 askar. Memang keje takde culas2 (kot)...
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:02 AM | Show all posts
adekah bini/awek polis tu di kalangan porumer?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-4-2016 08:24 AM | Show all posts
oak.balustrade replied at 20-4-2016 07:59 AM
Kawan i selalu cakap b*ngsat polis2 ni, RM5 pun nak ngepau sebab dia penah kena tahan polis sangka d ...

sebab tu kalau nak cari berkahwin, jgn cari anak polis atau berlaki kan polis...tercemar keturunan nanti..

Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:41 AM | Show all posts


Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 08:42 AM | Show all posts
amalan turun temurun
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 09:03 AM | Show all posts
bkn da ade ke benang ni smlm??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2016 09:09 AM | Show all posts
miskin nya polis ni...
bape la yg dia dpt dr budak sekolah tu
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 09:13 AM | Show all posts
ko nasib baik dik kena pow je.. kalau kena blowjob lagi haru kot
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 10:10 AM | Show all posts
kaki ponteng jumpa kaki pow.. selayaknya la..
sebab nak bash polis, budak ponteng sekolah dipandang syumul..
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2016 10:13 AM | Show all posts
sipendiam replied at 20-4-2016 01:13 AM
ko nasib baik dik kena pow je.. kalau kena blowjob lagi haru kot

cap melan dulu baru kerja hembus
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic
“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu” – Aliff Syukri Menyesal Bina Rumah Besar
Raline“Nak ‘Maintain’, Setahun Ratusan Ribu
Views : 27520 Replies : 84
Tahniah Ina ! selamat pengantin baru sekali lagi UPDATE : DAH SELAMAT DIIJABKABUL 8Nov
anony-mousTahniah Ina ! selamat pengantin baru sek
Views : 160936 Replies : 2452
Pelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai ‘rumah busuk’ Aiman Tino sudah meningkat
RalinePelaburan RM250,000 tak sia-sia, nilai
Views : 2409 Replies : 5
Risau bersendirian?
En.KyaireyRisau bersendirian?
Views : 3481 Replies : 17
Masak guna ajinomoto
budi_jentayuMasak guna ajinomoto
Views : 19928 Replies : 92
Hensem boy
CariMalayHensem boy
Views : 3763 Replies : 26
Tak Sangka Mengandung Time PKP
Lavender85Tak Sangka Mengandung Time PKP
Views : 3322 Replies : 28
Murung lepas bapa meninggal remaja usia 16 tahun maut terjatuh dari tingkat 16 kondo
RalineMurung lepas bapa meninggal remaja usia
Views : 17585 Replies : 7
Amira Othman terima notifikasi Fattah?
RalineAmira Othman terima notifikasi Fattah?
Views : 26009 Replies : 9
Jefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan pada jari
RalineJefri Nichol cacah tatu nama Ameera Khan
Views : 12397 Replies : 68

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-2-2025 05:14 AM GMT+8 , Processed in 0.072810 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list