View: 26111|Reply: 332
|
[Tempatan]
Lebih sejuta pelanggan tinggalkan MAXIS, beralih ke telco lain
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA: Syarikat telekomunikasi, MAXIS Bhd (MAXIS) dilapor kehilangan sejuta pelanggan sepanjang 12 bulan lalu manakala sepanjang tempoh tiga bulan pertama tahun ini, lebih 400,000 pengguna meninggalkan syarikat itu.
Walaupun syarikat mencatatkan peningkatan pendapatan dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, namun tindakan pelanggan meninggalkan syarikat itu mungkin menjadi pengajaran kepada MAXIS untuk lebih berhati-hati dalam menjaga hubungan dengan pelanggan.
Sebahagian besar pelanggan meninggalkan MAXIS tahun ini dikaitkan dengan isu yang menjadi tumpuan di media sosial baru-baru ini yang melibatkan insentif data internet yang disediakan syarikat untuk pelanggan MAXISOne baharu tetapi tidak terpakai untuk pelanggan lama.
Pengguna mobil internet MAXIS dilapor jatuh kepada 8.5 juta pengguna dalam tempoh suku pertama tahun ini berbanding sembilan juta pengguna dalam tempoh yang sama tahun lalu, lapor akhbar perniagaan Malaysia Reserve berdasarkan laporan suku tahunan syarikat itu.
Pendapatan MAXIS meningkat kepada RM484 juta untuk tiga bulan pertama tahun ini berbanding RM477 juta untuk tempoh yang sama tahun lalu, hasil pengurangan operasi syarikat, kata akhbar itu yang memetik penganalisis.
Namun, pendapatan syarikat daripada perkhidmatan prabayar dan pascabayar jatuh 2.5 peratus dan 1.7 peratus kepada RM1.02 bilion dan RM994 juta.
Menurut penganalisis itu, MAXIS terlalu lambat memberi reaksi terhadap perubahan pasaran.
Katanya, pesaing seperti DiGi dan Celcom telah menawarkan pelan lebih murah manakala syarikat telco kecil iaitu UMobile dan TuneTalk telah ‘makan’ pasaran MAXIS.
“Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, MAXIS seperti leka. Syarikat ini terlalu yakin dan selesa serta menganggap pelanggan akan sentiasa bersama mereka,” kata ketua sebuah firma sekuriti di ibu negara yang dipetik akhbar itu.
Akhbar itu melaporkan, berdasarkan analisis, kehilangan pelanggan MAXIS merupakan kemenangan besar kepada pesaingnya.
Sebagai contoh, suku pertama tahun lalu, pelanggan baru DiGi Telecommunications Sdn Bhd meningkat sebanyak 450,000 orang sementara MAXIS kehilangan 377,000 pelanggan.
Baru-baru ini, MAXIS memohon maaf di atas layanan tidak adil dan menawarkan data percuma 3GB kepada pelanggan MAXISOne yang tidak puas hati dengan pelan data internet.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Morten Lundal dan Ketua Bahagian Pelanggan, Dushyan Vaithiyanathan, tampil memohon maaf pada sidang video Facebook secara langsung pada 8 April lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
A'ah. Pelan internet Maxis memang mahal berbanding telco lain...ramai beralih ke cel com skg. |
|
|
|
|
|
|
|
A'ah. Pelan internet Maxis memang mahal berbanding telco lain...ramai beralih ke celcom skg. |
|
|
|
|
|
|
|
A'ah. Pelan internet Maxis memang mahal berbanding telco lain...ramai beralih ke celcom skg. |
|
|
|
|
|
|
|
Padam muka padam muka
Musim kompeni keling rugi |
|
|
|
|
|
|
|
skang byk yg migrate ke Digi, Celcom ngan Umobile |
|
|
|
|
|
|
|
setakat ni aku masih berpuas hati dgn perkhidmatan Maxis |
|
|
|
|
|
|
|
Aku salah satunya |
|
|
|
|
|
|
|
tapi kan kemaruk
dalam artikel tu cakap
pendapatan maxis meningkat
|
|
|
|
|
|
|
|
alya_daniela replied at 22-4-2016 02:29 PM
tapi kan kemaruk
dalam artikel tu cakap
Meningkat sebab dorang kurangkan kos operasi, bukannya sebab peningkatan jualan |
|
|
|
|
|
|
|
Bagus juga jadi gitu. Telco lain ambil pengajaran. Jgn mcm haram jadah kaut duit org. Perkhidmatan mcm siput babi.... Kata data 7gb unlimit speed. Jangan sampai user viralkan benda ni. Kang tak pasal je orang lari ke lain. |
|
|
|
|
|
|
|
heshe baharu announce yg maxisone 128 sekarang data 10GB per month,
but still akak akan cari opsi lebih murah lepas habis kontrak nanti
akak jarang buat call,,, hanya penting data jah sekarang |
|
|
|
|
|
|
|
hotlink pun under maxis kan? |
|
|
|
|
|
|
|
dengan bagi data sedikit kepada pelanggan kan
|
|
|
|
|
|
|
|
ehhh... wa punya MaxisOne 3GB data plan, upgraded to 10GB ari ni la. no extra charge. Yee Haa.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku salah sorang penyumbang statistik penurunan pelanggan maxis dan peningkatan pelanggan digi. mahal nak mampos maxis ni. semoga cepat tutup kedai. sekian. |
|
|
|
|
|
|
|
sbb pengurungan kos.... btw padan muka.... telco lain pun jgn memain ngan pelanggan... silap skit viral
|
|
|
|
|
|
|
|
dalam proses nak cari plan terbaik sebelum out from maxis.. |
|
|
|
|
|
|
|
Kakek beli iphone kontrak 2 tahun dgn telco ke?
|
|
|
|
|
|
|
| |
|