CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13553|Reply: 192

[Tempatan] Kalau tak buat salah, kenapa takut?' - Doktor bidas pesakit

[Copy link]
Post time 24-4-2016 12:46 AM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
'Kalau tak buat salah, kenapa takut?' - Doktor bidas pesakit pertikai ujian kehamilan
Madiha Abdullah, Astro Awani |  Diterbitkan pada April 23, 2016 18:29 MYT

'Kalau tak buat salah, kenapa takut?' - Doktor bidas pesakit pertikai ujian kehamilan
'Apa yang dilakukan oleh para doktor, adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan untuk memalukan sesiapa'. - Abdul Rahman
SUDAH menjadi tugas seorang doktor untuk memastikan segala kemungkinan yang boleh mengancam nyawa pesakitnya, diteliti dan diperiksa.

Ini adalah prosedur penting dalam perubatan sebelum memastikan jenis rawatan dan diagnosis yang ingin dijalankan.

Justeru apabila ada yang mempertikaikannya sehingga memviralkannya di laman sosial, tidak hairanlah ia mengundang rasa kecewa dalam kalangan pengamal perubatan.

Semuanya bermula apabila seorang wanita muda memuat naik status memarahi doktor yang merawatnya kerana meminta dia membuat ujian kehamilan.

Atas dasar dia belum berkahwin, arahan doktor itu disifatkan sebagai bukan sahaja tidak masuk akal, malah juga memalukan.

Namun seorang doktor, Abdul Rahman Abdul Kadir, menerusi akaun Facebook, menjelaskan situasi sebenar sebab mengapa ujian kehamilan diperlukan.



Kata Abdul Rahman, apabila seorang wanita yang berada dalam lingkungan usia produktif, bertemu doktor atas sebab mengalami sakit dalam perut, kemungkinan paling bahaya yang perlu diketepikan adalah kehamilan luar rahim atau ectopic pregnancy.

Kehamilan luar rahim, jika tidak dirawat dengan betul, boleh mengakibatkan kematian.

Justeru, untuk memastikan perkara ini, ujian air kencing adalah satu keperluan.

Tambah Abdul Rahman, masyarakat mungkin akan mempersoalkan mengapa tidak ditanya sahaja adakah pesakit berkemungkinan hamil. Namun jelasnya, pengalaman mengajar mereka untuk tidak bergantung sepenuhnya dengan apa yang diberitahu pesakit.
Ini kerana, bukan sekali dua mereka yang mengaku tidak mungkin hamil, malah tidak pernah melakukan hubungan kelamin, akhirnya disahkan hamil selepas menjalani pemeriksaan.

Apa yang dilakukan oleh para doktor, kata Abdul Rahman, adalah untuk menyelamatkan nyawa, bukan untuk memalukan sesiapa.

Abdul Rahman juga sempat menasihati orang ramai agar tidak cepat menjatuhkan hukuman, sebaliknya memahami sesuatu perkara terlebih dahulu.


http://www.astroawani.com/gaya-hidup/kalau-tak-buat-salah-kenapa-takut-doktor-bidas-pesakit-pertikai-ujian-kehamilan-103477
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 01:07 AM | Show all posts
Exactly, ada indikasi nak buat pregnancy test bukan sesaja...kalo pompuan dlm lingkungan umur 12-50 tahun dtg dgn sakit perut bahagian bawah kawasan ari2 terutama di sebelah kiri atau kanan, antara diagnosis yg paling common adalah RUPTURED ECTOPIC PREGNANCY....kalo x pernah melakukan hubungan seks nape nak risau, koram tu bukan Maryam yg bleh ngandung tanpa laki....
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 01:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak pompuan retarded tu, xmau ikut apa dr kata (suruh buat test) lain kali xpayah jmpe dr. Gi hutan cari herba pastu kunyah smpai lunyai. Dah nazak baru nk dtg hospital pastu salahkan pihak hosp.

Mak bapak pulak beria nak menangkan anak dia siap suruh gi maki dr tu pulak sbb suruh buat ujian urine tu. Padahal taktau anak yu dah menutoh jubo boifren. Puiii la dua2 sila merangkak!:
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 01:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Patutnya tukar je istilah, kalau dah kawen bgtau buat pregnancy test, yg belum kawen tu buat istilah lain wpun tu bnda yg sama je. Kdg2 manusia ni kena psiko ckit
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 01:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul lah apa yg dickp doktor tu. Even klau u pkai tudung skalipun doc akan tanya r u consume alcohol or smoke.  Tkkn nk sentap gak.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 01:49 AM From the mobile phone | Show all posts
jetonkepoh replied at 24-4-2016 01:42 AM
Patutnya tukar je istilah, kalau dah kawen bgtau buat pregnancy test, yg belum kawen tu buat istilah ...

Aku baca komen doc tu. Apa2 ujian yg dijalankan atas pesakit wajib bagitahu pesakit apa ujian , kenapa buat dan kesan akibatnya. Tu mmg prosedur perubatan.. ada sorang doc komen cakap dia xbgtaw pon pesakit sbb xnak pesakit salah anggap cam yg u kata ni lah. Then doc ni kata x boleh buat cemtu. Mmg wajib bgtaw. Sbb procedure. I dont know which 1 yg btol.


Tp. Btol lah. Wat pe nak takot kalo x pernah ehem2..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-4-2016 01:52 AM | Show all posts
kesah pasal apa ni sis??
tiba2 jah doktor buat statement...
dah tu mana statement cikki tak mengaku oreggy itu meroyan/
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Ye la kes apa ni...sungguh ku buntu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 07:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Erkkk lain kali xyah dtg jumpe doctor... carik bomoh2 kg ja...
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
axl_bach replied at 24-4-2016 01:07 AM
Exactly, ada indikasi nak buat pregnancy test bukan sesaja...kalo pompuan dlm lingkungan umur 12-50  ...

sebagai dreba ambulan... mmg byk masa terluang,,,seaambil tunggu pesakit dlm ambulan  sesambil google...... ok ok aku share kat cari..... biar rakyat kagum aku persis doktor
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:30 AM | Show all posts
peynoTheLegend replied at 24-4-2016 07:27 AM
sebagai dreba ambulan... mmg byk masa terluang,,,seaambil tunggu pesakit dlm ambulan  sesambil goo ...

Tak da survey lagi dari kawan kau ke hari ni?
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:33 AM | Show all posts
Amat jarang kes wanita yang belum pernah melakukan hubungan kelamin boleh mengandung. Kes yang terakhir tercatat dalam rekod berlaku di Nazareth melibatkan  seorang wanita bernama Mariam.

Wallahualam.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:34 AM | Show all posts
Sepupu aku masa tingkatan 5, dia ada masalah period xbetol,
Pergi hospital mmg doc buat ujian kehamilan,doc siap periksa perut dll.
Memang betol lah,memalukan ke? Mmg betol pun kalau ko buat salah
Kau malu lah,kalau xsalah nak malu apa.

Masa aku sem 2,g klinik doc ni tanya awak pernah tak bersama atau buat hubungan dgn mana2 lelaki,
Blablabla..mmg xda,jd xpayah lah takut.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Status dari fb doc abdul rahman kadir...
#UJIAN_KEHAMILAN_BUKAN_BERTUJUAN_MENGHINA

Apabila seorang wanita yang berada pada lingkungan umur produktif (sudah baligh dan belum menopos) datang ke hospital atau klinik mengadu sakit perut, perkara paling bahaya yang perlu diperiksa oleh doktor adalah kemungkinan mengandung di luar rahim atau ectopic pregnancy.

Ectopic pregnancy ini adalah merupakan satu kejadian di mana kandungan tidak tertanam di dalam rahim seperti biasa, sebaliknya ia tertanam di luar rahim kebiasaannya pada tube fallopio. Perkara ini adalah merupakan satu kecemasan ginekologi kerana berpotensi meragut nyawa pesakit dek pendarahan yang melampau dan cepat. Baru saja saya kehilangan seorang pesakit yang meninggal dunia kerana tidak menghiraukan diagnosis awal doktor di klinik dan tidak pergi ke hospital. Pesakit meninggal dunia di rumah dan ini merupakan tragedi bagi semua.

Cara paling mudah untuk kami suspect pesakit mempunyai masalah ectopic pregnancy ini adalah dengan melakukan ujian air kencing atau UPT (urine pregnancy test). Jika positif, ia menjadikan kebarangkalian diagnosis ini adalah tinggi. Jika negatif, kita berasa lega kerana kebarangkalian adanya penyakit ini adalah rendah atau hampir tiada.

Anda mungkin akan tertanya2:

1. Kenapa tak tanya saja pesakit apakah ada kemungkinan mereka mengandung.

2. Tak kawin takkanlah boleh kena ectopic pregnancy.

3. Budak sekolah lagi anak tu, takkanlah nak check mengandung etc.

4. Anak dara lagi tu, alim ala2 ostajah lagi. Takkan la mengandung.

Sepanjang pengalaman kami, kami sudah melihat terlalu banyak kes.

1. Bersumpah dengan nama Allah dan atas Quran mustahil mengandung, tapi bila kita scan, baby senyum kat kami.

2. Budak alim bertudung labuh bagai, tapi bila kami scan, baby siap lambai babai kat atuk dia.

3. Bersumpah tak pernah ada boyfriend atau teman lelaki, tetapi bila kami scan siap nampak baby lelaki tunjuk tote.

4. Bersumpah bahawa mustahil utk mengandung kerana suami adalah tentera yang bertugas dan dah berbulan tak balik rumah. Bila kami scan, nampak baby tunjuk middle finger.

Kisah2 di atas at least adalah kisah2 'gembira' kerana tiada ancaman pada nyawa. Kisah2 yg sedih adalah bila mana ujian UPT menyatakan positif mengandung, namun apabila kami scan tidak dijumpai kandungan dalam rahim atau hanya darah dalam abdomen. Lebih menyedihkan jika diagnosis dibuat setelah pesakit mati di atas meja post mortem! Itulah ectopic pregnancy.

Jadi, bila mana kami mahu melakukan ujian UPT pada anda atau anak2 perempuan anda, kami bukan melakukannya untuk memberi perkhabaran gembira bahawa anda bakal menjadi ibu, ayah, datuk atau nenek. Kami lakukannya kerana hendak menyelamatkan nyawa anda/anak anda!

Jadi tak perlu marah2 atau nak viral sana sini. Kalau kami buat ujian ni pada nenek anda berusia 80 tahun yg dah menopos then boleh lah anda nak marah dan virulkan.

Jika anda mustahil mengandung, jalani saja ujian ini. Apa nak takut? Ia ibarat polis menahan kita dan minta utk tengok IC. Kalau bukan pendatang haram, tak payah la nak marah dan ngelat tak mau kasi IC kan? Gitulah analoginya.

Kami dah puas kena kencing dgn pesakit2 yg menipu, tak mau berterus terang dan 'suci' tapi mengandung secara 'ajaib' ala2 kisah mukjizat zaman silam.

Kami telah diajar sejak di medical school lagi bahawasanya, "All female within reproductive age group with acute abdomen is pregnant until proven otherwise."
Guru yang mengajar saya akan doktrin ini adalah juga seorang wanita.

Tidak ada elemen sexism, pilih bulu atau memandang serong pada pesakit dalam soal ini. We are just doing our job. That job is to save lives.
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:51 AM | Show all posts
fire_place replied at 24-4-2016 07:34 AM
Sepupu aku masa tingkatan 5, dia ada masalah period xbetol,
Pergi hospital mmg doc buat ujian keham ...

Standardler tu doktor tanya ada bersama dgn mana2 lelaki x... aku pun kena padahal aku muka baik innocent pki tudung litup lg n aku kata aku belum kawen 2 kali aku kena, first time kat oversea paramedic tu tanya direct jer, second time dgn local doktor... biasanyer yg x paham ni kurang membaca... hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 07:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Another status from doc abdul rahman...
#BEBERAPA_SEBAB_MENGANDUNG_LUAR_NIKAH

Antara alasan paling tak boleh blah yang kami petugas perubatan perolehi apabila ada kes mengandung di luar nikah adalah seperti berikut:

1. Terkena sihir/buatan orang. Pesakit adalah mangsa. Anak itu adalah anak jin.

2. Mengandung kerana menggunakan tandas awam. Sperm orang lain telah meresap ketika cebok.

3. Mati2 tak ngaku pernah projek. Tapi akhirnya secara ajaib teringat pernah minum air mineral yg terbuka dan kononnya terus tak sedarkan diri.

4. Mengandung sebab berkongsi tuala. (Sperm meresap bila dikesat. Hahhaa).

5. Mengandung sebab tidur di cadar hotel yang tercemar. (Sperm tu panjat dan masuk sebab tak tahan panas El Nino agaknya).

Kadang kala tiada sebab yang diberikan sambil mereka bermati2an menafikan kemungkinan mengandung. Malah mereka marah kepada kami seolah2 kami yang meletakkan baby tu di dalam rahim pesakit.

Kami menggelar keadaan tidak boleh explain sebab mengandung ini sebagai Sperm Inhalation Syndrome.

Sebagai panduan:

Sperm = air mani

Inhalation = menghidu/menyedut nafas

Syndrome = sindrom

Teori kami adalah, pesakit terhidu sperma2 yg berterbangan di udara hingga tidak sedar mereka mengandung. Teori ini hanya boleh dipercayai oleh golongan yg percaya bahawa babi boleh terbang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-4-2016 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
peynoTheLegend replied at 24-4-2016 07:27 AM
sebagai dreba ambulan... mmg byk masa terluang,,,seaambil tunggu pesakit dlm ambulan  sesambil goo ...

Hehehehe, aku x perlu sembang lebat mcm ko la tol
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 08:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa pompuan tu sentap lebih
Apa susah dr suruh ko kencing je
Benda biasa semua tu
Agaknya jarang dia gi spital/klinik
Sakit apa pun telan panadol sj
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 08:02 AM | Show all posts
setuju 100% dgn apa doc ni cakap..

berani kerana benar...
kalau dah buat salah ngaku je la..
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2016 08:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Ai follow Dr ni kat FB.
Ai suka baca status2 dia pasal perubatan. Sbb itu kepakaran dia.
Tapi hat politik ka, bab agama ka apa dia upkan status komen, ai baca sepintas lalu jah.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 10:48 AM GMT+8 , Processed in 0.441312 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list