Edited by maxim at 30-4-2016 09:23 PM
Orang Sabah Bengang Dengan Kenyataan Liyana Jasmay?
SEBELUM ini tersebar kisah pelakon Liyana Jasmay yang menceritakan mengenai suaminya, Fathuddin Mazlan yang semakin popular di Sabah.
Ini semua gara-gara peminat yang sering men’tag’ Liyana selepas bergambar bersama suaminya yang membuka sebuah perniagaan restoran di Kota Kinabalu, Sabah.
Namun, rupa-rupanya penduduk di negeri di bawah bayu itu ada menyimpan sedikit perasaan ‘bengang’ berikutan kenyataan Liyana yang dianggap seakan-akan memperlekehkan mereka.
Peminat Sabah Bergambar Dengan Suami, Tag FB Liyana JasmayLiyana berkata, dia tidak akan melupakan pengalaman diekori peminat ketika keluar membeli-belah di negeri itu.
“Suami memang bekerja di Sabah dan adakalanya jika tidak sibuk saya akan melawat dia di sana dan hanya duduk di rumah.
“Kalau nak keluar sorang-sorang tu saya rasa sedikit takut sebab pernah ada pengalaman buruk ketika saya sedang membeli-belah.
“Bayangkan sedang sibuk membeli barang, saya diekori oleh orang yang tidak dikenali dan itu membuatkan saya serik.
"Selepas daripada kejadian itu, memang saya tak berani nak keluar sendirian lagi," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Liyana, suaminya juga turut menjadi mangsa peminat fanatik apabila ada diantara mereka yang tidak melepaskan peluang untuk bergambar bersama dengannya.
“Saya terkejut, walaupun suami saya bukan selebriti terkenal tapi ada juga orang yang nak bergambar dengan dia.
“Rasa kesian juga lihat dia begitu, tapi tak sangka pula orang Sabah kenal yang dia adalah suami saya.
“Gambar yang mereka ambil tu kemudiannya ditagkan pada saya di laman sosial dan mereka kata kalau tak dapat bergambar dengan Liyana Jasmay, dengan suami pun jadilah,” ujarnya.
Akibatnya ramai netizen di Sabah yang menghentam kenyataan Liyana dan ‘bash’ pelakon genit tersebut di media sosial. Rasanya Liyana tak menjangka kenyataan ‘berterus terangnya’ itu bakal mendapat kecaman sebegini hebat daripada penduduk di Sabah kerana disalah tafsir. Apa-apa pun rilekslah abang kakak di Sabah, yang penting ramai orang suka pergi negeri anda sebab keindahan panorama dan makanan lautnya yang segar dan murah. Tak mungkin kenyataan dari Liyana ni begitu berpengaruh hingga boleh membantutkan niat orang lain untuk pergi bercuti di sana pulak kan. Hehe. – MYNEWSHUB.CC
|