|
Edited by EJALTI at 29-4-2016 07:14 AM
Rakaman wanita belasah warga asing viral
http://www.malaysiakini.com/news/339277
Hari ini, 5:17 petang Hari ini, 5:49 petang
Sekurang-kurangnya tiga rakaman klip video menunjukkan seorang wanita menyerang warga asing kini menjadi viral di media sosial.
Wanita berkenaan yang didakwa merupakan seorang pegawai imigresen dikatakan melakukan serangan itu dalam satu serbuan.
Video itu dipercayai pertama kali dimuat naik oleh pengerusi NGO badan pemantau jenayah My Watch, R Sanjeevan di laman Facebook, Twitter dan Instagram miliknya.
Menerusi video pertama, pegawai wanita itu dilihat menyoal siasat warga asing berkenaan sebelum tiba-tiba memukul mangsa.
Dalam rakam kedua dan ketiga pula, wanita itu menyerang mangsa dengan lebih ganas termasuk menendang di bahagian kelangkangnya dan membelasah mangsa bertubi-tubi seperti aksi bertinju.
Perbuatan itu bagaimanapun hanya dibiarkan oleh beberapa anggota lelaki yang berada di situ.
Berikutan, ramai pengguna internet mengecam perbuatan pegawai wanita itu dan mahu pihak berkuasa mengambil tindakan terhadapnya.
Angah Nino berkata "Jangan salahgunakan kuasa kak oi. Baru ada jawatan kerajaan bukan bermakna kau boleh berbuat suka hati mak bapak kau. Ingat nanti kalau jawatan kau terlucut, berwaspada selalu jangan bongkak kerana kau orang kerajaan,".
Sundra Sharvin Raj menulis "Polis pun tak ada hak untuk membelasah suspek kecuali untuk mempertahankan diri, apatah lagi imigresen,".
"Tak kisah macam mana keadaan pun pegawai imigresen tiada hak menyerang PATI. Minta pegawai tatatertib ambil tindakan terhadap pegawai tersebut. Kerana tindakan tersebut memang melampau," kata Wayne Chua.
Mohd Hamzah Jimin berkata "Imigresen Malaysia banyak yang tidak berbudi bahasa dan kasar. Kerja ikut nafsu. Inilah yang menjadikan negara Malaysia dipandang rendah oleh masyarakat lain,".
Bagaimanapun terdapat juga pengguna internet mempertahankan tindakan pegawai imigresen itu.
Nesh Cool berkata "Aku rasa pegawai buat macam tu mesti ada sebab yang tertentu, mungkin warga asing tu cakap kurang ajar kat dia kot. Kalau tidak takkan dia serang seorang tu je,".
"Kalau yang buat kerja penguatkuasaan ni lemah lembut penuh la Malaysia dengan pendatang haram," kata Khairul Annuar.
Adam Nazzreen berkata "Menyerang mesti bersebab, takkan nak serang PATI kalau dia tak buat salah. Lagi satu kebanyakan PATI ni tak faham bahasa Malaysia dan bahasa Inggeris. Bila tanya itu ini mula la buat muka bodoh," ujarnya.
Malaysiakini sedang berusaha menghubungi jabatan Imigresen bagi mendapatkan reaksi.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|