CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1973|Reply: 0

Tokoh Perjuangan Di Pantai Timur

[Copy link]
Post time 27-4-2016 10:22 AM | Show all posts |Read mode




Mat Kilau mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang unggul dan mempunyai pemikiran yang matang. Hal ini telah menjadikan beliau seorang pemuda yang sangat disegani dan dihormati. Pihak penjajah yang datang telah mengenakan cukai yang tinggi kepada penduduk. Disebabkan hal itu Mat Kilau, Dato Bahaman dan Tok Janggut bersekutu berganding bahu untuk memulakan pemberontakkan ke atas pihak British. Namun begitu, pihak pemberontak tidak mendapat sokongan sultan terhadap pergerakkan penentangan British pada masa itu. Sultan yang ada pada masa itu pula hanya mementingkan darjat dan talian persahabatan dengan pihak British. Sultan juga sanggup mengkhianati bangsa dan rakyatnya sendiri bagi mematahkan pemberontakkan di Semantan, Temerloh.

Pada bulan Oktober 1888 iaitu semasa Tok Gajah berada di Pekan Hugh Clifford datang ke Pulau Tawar dan berunding dengan Mat Kilau. Hal ini menunjukkan Clifford mempercayai idea-idea Mat Kilau. Beliau juga suka bergaul dengan setiap lapisan masyarakat dan ini membuatkan beliau menjadi seorang yang berfikiran terbuka danmudah mendapat kepercayaan penuh daripada masyarakat. Mat Kilau juga adalah seorang yang jujur dan tegas. Justeru itu, dia sangat disegani dan amat disayangi oleh setiap individu yang menjadi pengikutnya. Walaupun mempunyai pengikut yang sangat ramai, tetapi beliau sentiasa menjaga kebajikan semua orang. Antara pengikutnya ialah, Pawang Nong, Teh Ibrahim, Mat Kelubi, Mat Ali (Khatib), Awang (Imam) dan Mat Tahir. Semua pengikutnya sanggup bersusah payah bersama Mat Kilau dan telah bertekad untuk meneruskan perjuangan sehingga ke nafas terakhir mereka.

Mat Kilau menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dimana Hugh Clifford sendiri berunding dengan beliau . Semasa pertempuran dengan pihak British . Adakalanya beliau menang dan adakalanya beliau kalah . Beliau telah mendapat luka parah dan pihak british telah mengandaikan bahawa beliau telah mati dalam pertempuran .

Oleh kerana dicop penderhaka oleh British , beliau terpaksa bersembunyi dan berpindah randah dan akhirnya menetap di Gambang Kuantan dan menggunakan nama Mat Siam .

Pada hari Jumaat 26 Disember 1969 , Mat Kilau telah menggemparkan seluruh Malaysia dengan membuat pengumuman dirinya di hadapan Jemaah di Kampung Pulau Tawar, Jerantut Pahang . Hal ini memaksa kerajaan Pahang menubuhkan jawatankuasa khas untuk menyiasat dakwaannya dan akhirnya pada 6 ogos 1970 , Mat Siam telah diisytiharkan sebagai Mat Kilau oleh Menteri Besar Pahang . Empat Hari selepas pengiktirafan itu , beliau telah kembali ke rahmatullah pada usia 122 tahun .



sumber info: http//tokohperjuanganpantaitimur.over-blog.com/2015/03/mat-kilau.html

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 09:07 AM GMT+8 , Processed in 0.047700 second(s), 25 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list