CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4870|Reply: 8

Hubungan Suami Isteri Kekal Hangat, Ada Caranya!

[Copy link]
Post time 27-4-2016 05:29 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Lazimnya orang kata, setelah suami isteri berkahwin lebih tujuh tahun, hubungan suami isteri akan menjadi semakin renggang. Hubungan suami isteri semakin hambar kerana masing-masing sibuk dengan anak-anak dan kerja. Lakukan sesuatu bagi mengeratkan terus hubungan suci anda berdua.






1. Dating Berduaan
Sesekali anda berdua perlu pandai ‘mencuri’ masa untuk keluar berduaan tanpa membawa anak-anak. Kalau mereka masih kecil mungkin boleh lakukan aktiviti ini dengan mengambil cuti  pada hari bekerja di mana anak-anak memang berada di bawah jagaan pengasuh atau taska. Pergilah menonton wayang, makan di restoran kegemaran anda atau sekadar window shopping seperti zaman anda bercinta dulu.






2. Masak Bersama
Biasanya aktiviti ini dilakukan oleh pasangan yang baharu berkahwin. Bila sudah masuk tiga tahun ke atas, masing-masing mula buat hal sendiri. Isteri sibuk masak di dapur, suami pula menonton televisyen. Apa kata sesekali isteri ajak suami sama-sama masak di dapur atau suami sendiri yang sukarela hulurkan bantuan. Tentu nampak sweet kan.






3. Mengimbas Nostalgia
Kadang kala suami isteri perlu mengimbas kembali zaman bercinta yang penuh dengan memori. Tentu banyak kenangan mencuit hati yang akan membuatkan anda berdua ketawa bersama. Tahukah anda dengan berkongsi cerita yang pernah dilalui bersamad ia mengukuhkan ikatan cinta pasangan suami isteri.








4. Hantar Mesej
Pertanyaan seperti “You dah makan lum?”, “How’s your day today my dear?” mungkin kedengaran klise tetapi hakikatnya ia memberi impak besar dalam hubungan anda berdua. Bayangkan dalam kesibukan di pejabat dan tekanan yang sedang dilalui, tiba-tiba telefon bimbit anda berbunyi tanda ada mesej masuk. Bila dibuka, si dia tersayang bertanyakan soalan sedemikian disertakan dengan imej emotikon yang lucu dan romantis. Tentu sahaja ia mampu membuatkan anda tersenyum dan melupakan seketika masalah yang melanda.






5. Beriadah Bersama
Tentu ramai pasangan suami isteri melakukan aktiviti beriadah bersama. Berjoging, berbasikal, berenang atau sekadar berjalan kaki di taman cukup untuk anda berdua menghabiskan masa bersama. Gelak ketawa sambil masing-masing memberi sokongan satu sama lain dalam usaha menurunkan berat badan atau sekadar mengekalkan stamina sudah tentu aktiviti mudah untuk terus mengukuhkan ikatan anda berdua.




Demi kebahagiaan keluarga khususnya bagi anak yang dalam proses pembesaran, pasangan suami isteri masing-masing perlu berusaha memastikan hubungan antara satu sama lain tetap mesra dan hangat.




Ini kerana keretakan hubungan suami isteri boleh menyebabkan suasana kekeluargaan yang tidak sihat sehingga menjejaskan pembelajaran dan tumbesaran anak.- CARI Infonet






sumber: Pa&Ma
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 06:02 PM | Show all posts
Mintak @ robinsky untuk beri sepatah dua kata.....


Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 08:21 AM | Show all posts
Mannak replied at 27-4-2016 06:02 PM
Mintak @ robinsky untuk beri sepatah dua kata.....

Mannak cant u give ur opinion
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 08:48 AM | Show all posts
Telah ku siapkan satu daerah
Paling sunyi
Dalam hati ini untuk kau isi, sebagai isteri

Untuk kau penuhi dgn kemuliaan seorang wanita
Untuk kau beri erti dgn kelembutan
Utk kau hargai dgn kasih sayang

Ku ingin kau jadi wanita mulia yang tahu harga budi DAN hati
Seorang lelaki bernama suami
Kerana engkau isteri, ku ingin kau mengerti, bahawa hidup ini

Tak semudah yang kita janjikan, yang kita janjikan
Kerana kau isteriku....




Need I say more??????




Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 09:36 AM | Show all posts
Sweet..



Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 05:55 PM | Show all posts
need to apply it!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2016 10:20 AM | Show all posts
aku selalu buat no 1,2 & 5.. selalu buat no 2 la...
tp, hidup ini tak semudah yg kita janjikan....
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 02:50 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 replied at 29-4-2016 10:20 AM
aku selalu buat no 1,2 & 5.. selalu buat no 2 la...
tp, hidup ini tak semudah yg kita janjikan....

It's take two to tango... if always reject... naik jemu menunggu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2018 03:24 PM | Show all posts
Alhamdulillah..
So far memang amalkan semua. Hakak pun kalau jalan dengan Mr Husband still pegang tangan or gayut kat lengan sampaikan kadang2 Mr Husband tegur 'Nak naik rumah pun pegang tangan jugak ke?!' 'Mesti lah!' Huhuhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 07:38 PM GMT+8 , Processed in 0.061005 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list