CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: jajamis

Latest pic anak2 fauziah latiff

[Copy link]
Post time 4-5-2016 10:37 AM | Show all posts
emmm. urban la sampai ke langit ke tujuh atau pun ke laut nun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 10:45 AM | Show all posts
JOHAN INDOT NI ADA BERAPA ADEK BERADIK..? 3 org kan..?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 11:04 AM | Show all posts
muka mcm anak pompuan hani mohsin-tiara...
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 03:44 AM | Show all posts
sepitsiput replied at 29-4-2016 11:13 PM
Motif tiba2 moncol setelah berpurnomo melupakan meols? Sejak chuols hilang meols xde karatz sejati ...

pm iols chuols xbalas pun btw ig chuolss best sgt


Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:09 AM | Show all posts
melissa ni sapa uols.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 12:32 PM | Show all posts

dia ni bekas adik ipar Fauziah Latiff..bapak dia Jaafar indot, mak dia Pat Indot
abang dia Johan Indot (ex Gee)
kakak dia Marina Indot..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-5-2016 11:20 PM | Show all posts
sepitsiput replied at 29-4-2016 10:17 AM
Mcm gigi kak jee jugek khan???

Besar nnt konfem hensem dan dihimpit anak2 retis lain.

motif kenen kan anak dorang..ahahahaha
tapi memang handsome..ehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:40 PM From the mobile phone | Show all posts
puteri-jelmaan replied at 10-5-2016 11:20 PM
motif kenen kan anak dorang..ahahahaha
tapi memang handsome..ehehehe

Nk kenenkan dgn anak meols takut x sekufu pulek... walaupun meols berkenan nk jdikan anak eizlan yusof sbg menantu.... zarif yusof, terimalah acik sbg mentua ya.. cc @Orix
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2016 04:23 PM | Show all posts
Note: Thread has been banned by manager
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-6-2016 07:46 AM | Show all posts
Edited by jajamis at 21-6-2016 07:53 AM

Takdir Cinta Fauziah

Oleh ARINA AZLAN
Foto NOOR AZLINA JAAFAR






MENYELAM - Meminati aktiviti menyelam, Jee menganggap itu sebagai terapi diri dan peluang menghargai keindahan ciptaan Tuhan.


Sekitar tahun 90-an, figura bernama Fauziah Latiff cukup dikenali dengan kehebatan lagu-lagu meruntun jiwa yang memberi kenangan tersendiri buat pendengarnya.
Kehebatan lontaran vokal wanita bernama Siti Fauziah Sheikh Abdul Latiff, 45, ini membuatkan ramai peminat merindui suaranya biarpun sudah lama tidak mengeluarkan karya baharu.
Namun, penantian penuh sabar itu terbalas pada tahun ini apabila Fauziah Latiff yang mesra disapa Jee akhirnya bersetuju kembali memeriahkan industri seni suara tempatan.
“Setiap kali peminat bertanya dan meminta, bila mahu keluarkan single terbaharu, saya hanya mampu tersenyum dan mengucapkan Insya-Allah kerana pada waktu itu, belum berjumpa dengan lagu yang betul-betul saya suka.
“Alhamdulillah, selepas enam tahun menunggu karya yang mampu mencuit hati, single Takdir Cinta bakal menjadi permulaan baharu buat saya untuk kembali aktif,” ujarnya ketika sesi fotografi di The Westin Hotel, baru-baru ini.

Takdir Cinta

Bukan mudah untuk memujuk Jee kembali menyanyi dan itu diakui sendiri oleh tuan punya badan. Bukan kerana mahu meninggi diri atau sekadar jual mahal tetapi jika ingin membuat kemunculan semula, biarlah dengan satu produk yang benar-benar gah.
Menurut Jee, sudah agak lama penerbit, Fadzil Teh, individu yang bertanggungjawab memujuk dirinya menyanyikan lagu Takdir Cinta bertanya bila beliau akan muncul dengan single baharu.
Setelah sering cuba mengelak dan menolak, pelantun lagu Setia Ku Korbankan itu akhirnya tewas jua kerana tidak dapat menafikan kemerduan melodi ciptaan Sharon Paul dan keindahan lirik tulisan Fedtri Yahya.
“Fadzil memberitahu lagu ini akan menjadi runut bunyi original drama terbitannya, Seindah Takdir Cinta dan berkeras mahu saya yang menyanyikan lagu tersebut.
“Saya bersetuju apabila mendengar melodinya dan berasa ini adalah detik terbaik untuk permulaan semula dalam karier nyanyian,” katanya yang mengakui berdebar ketika sesi rakaman kerana sudah lama tidak menjejakkan kaki ke studio rakaman.
Tambahnya lagi, selama tiga hari  merakam lagu tersebut, beliau meminta waktu sehari untuk sesi memanaskan suara dengan menjerit dan mencuba pelbagai nada agar peti suaranya tidak terkejut sewaktu menyanyi.
Saat diusik adakah beliau jatuh cinta dengan lagu ini kerana ia mempunyai kaitan dengan sejarah hidupnya, anak kelahiran Pontian, Johor, itu hanya tertawa manja sambil berkata, hal tersebut sudah menjadi satu skeptikal khalayak sejak zaman 90-an lagi.
“Saya tidak menafikan memang sedikit sebanyak ada juga terselit kisah peribadi, namun ia bukan spesifik untuk saya seorang tetapi semua insan akan melaluinya.
“Apa yang boleh saya lakukan ialah cuba menyampaikan lagu ini sebaik mungkin dengan harapan emosinya akan menyentuh jiwa pendengar,” tuturnya lagi.

Cinta dan puasa

Beralih kepada kisah cinta Jee yang penuh rahsia dan sukar ditafsirkan, ibu tunggal kepada dua anak teruna serta-merta menyimpul senyuman penuh makna.
Sudah hampir dua tahun rasanya berita pernikahan wanita ini digembar-gemburkan namun hari bahagia yang dinanti tetap menjadi satu misteri tidak terungkai.
Kata Jee, bukan sengaja mahu melambatkan hal yang baik atau cuba menyorok apa-apa daripada peminat namun beliau juga masih mencari-cari tarikh sesuai untuk pernikahannya.
“Sepatutnya memang pada tahun ini, saya dan dia (teman lelaki) bercadang untuk bernikah tetapi kami berdua masih mempunyai beberapa hal yang belum dibereskan.
“Doakan sahaja agar dia benar-benar jodoh saya dan hari itu (perkahwinan) akan terjadi dalam masa terdekat,” tambahnya yang kelihatan sedikit terbuka berbicara soal hati kali ini.
Dalam pada itu, sepanjang bulan Ramadan, Jee memberitahu beliau banyak menghabiskan masanya di kampung menemani ibunya, Ngaisah Ahmad. Kesempatan tersebut sekali gus turut memberi beliau peluang berehat daripada kesibukan kerja.
Jelas wanita yang lembut tutur katanya itu lagi, jika berada di kampung,  beliau hanya menjadi Siti Fauziah. Bukan seorang selebriti atau dikejar-kejar oleh peminat. Hal demikian yang membuatkan Jee suka menghabiskan masa di kampung halaman.
Selain itu, beliau juga dapat menziarahi kubur arwah bapanya, Sheikh Abdul Latiff, dengan lebih kerap.
“Puasa dan raya memang mendatangkan kesayuan dalam hati kerana saya mempunyai keluarga yang kecil. Kakak berada di Singapura, ayah pula sudah tiada. Jadi, kebanyakan masa hanya tinggal ibu dan saya berdua.
“Sehingga kini, saya masih terkenang arwah ayah kerana dia adalah tulang belakang saya sejak mula bergelar penyanyi. Dahulu dialah pengurus dan pembantu peribadi sehinggalah dia menghembuskan nafas terakhir pada tahun 2006,” ujarnya lagi sambil pandangan jauh dilontarkan dalam lamunan.


Gee ada kakak ker bukan adik?



lagu terbaru gee – takdir cinta






Artikel Penuh: http://kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0621&pub=Kosmo&sec=Hiburan&pg=hi_01.htm#ixzz4CANSS6dC
Hakcipta terpelihara

Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 09:32 PM From the mobile phone | Show all posts
sitisitu25 replied at 30-4-2016 11:57 AM
life aku mmg ok..sb aku lps kawen mmg really work towards nk dpt good life..lg2 lps dpt anak 1st.. ...

Wow kuat semangat nye ko.. Kene betul2 redha eh?  Aku laa ni nangis laa siang malam Sb laki tinggal kan aku .aku baru kawen setahun anak pon x sempat nak process
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 09:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Biarlah pegang hanjeng asalkan tak mengumpat macam akak akak pprt..hanjeng bukan dosa pon pegang
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 10:08 PM | Show all posts
jajamis replied at 21-6-2016 07:46 AM
Takdir Cinta Fauziah

Oleh ARINA AZLAN

Rasanya gee yg sulung... maybe dia ckp kat wartawan "my sister di singapore" tapi wartawan tulis jadi kakak saya tinggal di Singapuraa
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlu pnh dgr cte ms die ngn johan die pnh lupa kan kluarga..ala2 si tenggang gteww..tk taw lah btui or tak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2016 10:51 PM From the mobile phone | Show all posts
x sedapnya lagu.. kalo Fedtri Yahya wat lirik shin agak x baper kenan la..
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 01:00 AM From the mobile phone | Show all posts
Saper ada kosmo blh x tlg bgtau baju gee tu dari siapa? Berkenan benor aku nengoknya, leh wat baju raya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-6-2016 07:27 AM From the mobile phone | Show all posts
Esmiria replied at 3-5-2016 09:28 AM
Satu kritik gee.satu x kesah.satu cite psl marriage.Komen aku,

At least diorang x hipokrit. Tu do ...

Suatu ketika...ummah dan juga forumer hencap Mizz nina dan lifestylenya...

Hari ni..mizz nina is better muslim than all of us.

Cuma sayang..idolised kok sping spong spung  
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 04:36 PM From the mobile phone | Show all posts
sitisitu25 replied at 29-4-2016 09:13 PM
mak i pon balu lps bpk meninggal..ms bpk xde tu dia xsmpi umur 50 pon lg..ade gak org brtnya tp di ...

U....


Mmg i agree pn ape yh u ckp tu....beza btl life after married n remarried back....

Ble kte single..kte xyah fkr byk sgt...tp ble dh kawin rse mcm terbeban ngn urusan umhtangga...dgn ade anak dlu ngn anak skrg..hal ayah tiri ngn anak tiri..mklumlh skrg ni kn mcm2 kes...

Mcm i..sbb muda lg so keinginan nafsu tu seiring la ngn umur...klu i dh umur 35 ke atas tme kne divorce tu..sure mls gak nk kawin...bezanya i kne cerai tme umur 27..jd gelora nafsu tu ade la...
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
makgetah replied at 21-6-2016 09:32 PM
Wow kuat semangat nye ko.. Kene betul2 redha eh?  Aku laa ni nangis laa siang malam Sb laki tingga ...

Jgn sedih....ptt syukur sbb ko  x rse terbeban sgt...jz kuatkn semagat je...

Mcm aku kne cerai tme anak aku kecik lg..1 thn 3 bln..aku jg sorg2 je kt kl...sedih sgt...i down smpi aku putus susu...x blh nk bf..menung je
Reply

Use magic Report

Post time 22-6-2016 06:47 PM From the mobile phone | Show all posts
pichee replied at 22-6-2016 04:36 PM
U....



br 27..xde anak..ok sila move on laju2  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 07:40 AM GMT+8 , Processed in 0.074449 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list