CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9550|Reply: 75

AKU KECEWA!!!!

[Copy link]
Post time 27-4-2016 08:55 PM | Show all posts |Read mode
saya seolah dah give up sekarang. kerja ofis yang bertimbun. setiap hari ada je kerja baru. hinggakan saya dah tak tahu nak setel yang mana. saya harap saya boleh separate badan ni supaya saya boleh setelkan semua kerja2 tu. saya rasa sangat terbeban dengan tugasan di office. takde pun officemate yang nak offerkan diri nak ringankan tugas saya. masing-masing duk beronline, berborak, play games. saya macam dah tak cukup nafas nak setelkan semua kerja. nak minta diorang buat kerja saya segan sebab bukan skop kerja diorang. tp apa salahnya offer diri sementelah duk dalam satu deparment. sebelah cubicle je...bos pulak asal nampak aje aku ngadap pc, mula la nak bagi kerja baru. memangla aku duk ngadap pc, dah nak siapkan kerja yang tak putus2 tu. officemate lain asyik takde kt meja sebab duk lepak je kt pantry la, merayap department lain, ada jugk yang shoping time kerja. huh, bengangnya.

belum masuk hal percintaan yang asyik terkandas di tengah jalan. jumpa lelaki tapi hampeh. semuanya tak jujur. awal perkenalan ayat bukan main manis, berjanji setia...dah dapat je... silap cakap gaduh sikit terus buang diri ni. ada yang nak kenal sebab nak isi kekosongan hati. ada yang kenal sebab nak balas dendam sebab ditinggalkan awek, paling sadis kenal sebab nak seks. bodoh punya olang!!! sampai hati perasaan saya dipermaainkan. saya tak pernah permainkan perasaan orang. aduh, sedihnya bila diri ini diperlakukan macam takde perasaan...

down dan give up dengan segala masalah yang dihadapi ni. saya bukak thread ni bukan sekadar nak lepaskan perasaan, tapi nak mintak pendapat dan sokongan forumer macamana nak handle semua ni bila dalam diri dah rasa macam putus asa. huhuhuhuhu....sedih sangat. rasa macam tak berguna je diri ini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
U need to change the way u think. It is all start from inside. External cannot change u. Change the inside, the outside will follow.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Masalah ko ringan sangat akak rasa dik. Akak ini lagi teruk pernah merasa hidup dari ko zets why akak taip gini.

Mungkin ko cuma perlu positifkan fikiran untuk lihat berkat dalam hidup ko yang ko tak nampak selama ini disebabkan terlalu fokus dengan hal negatif?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 27-4-2016 09:09 PM
U need to change the way u think. It is all start from inside. External cannot change u. Change the  ...

Eh, tak sangka pendapat kita lebih kurang nak selari gitu.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 09:18 PM | Show all posts
Knowlee replied at 27-4-2016 09:09 PM
U need to change the way u think. It is all start from inside. External cannot change u. Change the  ...

mungkin hal2 kerja saya boleh bersikap positif. saya boleh cuba ikhlaskan diri untuk buat kerja ssehabis baik. tapi bab lelaki macamana? saya sentiasa berpikiran positif pada mana2 lelaki yang nak mendekati saya. saya beri peluang pada mereka. saya ikhlas dengan mereka. tapi mereka tak pernah hargai saya. hanya suka ambil kesempatan ke atas kenaifan saya. kenapa saya selalu jumpa orang yang macam ni? tak boleh ke hormati perasaan saya? kenapa nak mainkan perasaan saya?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 09:22 PM | Show all posts
chazey replied at 27-4-2016 09:09 PM
Masalah ko ringan sangat akak rasa dik. Akak ini lagi teruk pernah merasa hidup dari ko zets why aka ...

mungkin ini permulaan kehidupan yang mencabar yang akan saya lalui hari2 mendatang. tapi saya nak bahagia macam orang lain. tak terhimpit oleh masalah2 yang menyesakkan jiwa raga macam ni...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-4-2016 09:25 PM | Show all posts
libragirlzod replied at 27-4-2016 09:18 PM
mungkin hal2 kerja saya boleh bersikap positif. saya boleh cuba ikhlaskan diri untuk buat kerja ss ...

kenapa ni adk?

cmnilah

kalau 10 lelaki datang kat adik..

10 tu jenis mangkuk hayun takkan adik nak meroyan juga?

adk kenal lelaki mangkuk hayun tu kat mana?

kelab malam?

tepi longkang besar?

tepi masjid?

online?

people nearby?

daripada adik bercinta baik adik fokus kerja adik tu

cinta kalau xde tak mati tergolek adk

kerja kalau tak de perut kosong mati kebulur

cmnilah adk..

style kak biasanya tidur kalau stress. tapi cara ni tak effisyen masalah tak selesai

jadi akak suggest baca buku motivasi tengok youtube tony robbins

dan buat pekara2 yang boleh happykan adk

mulakan dengan diri adk

kalau adk ni jenis mangkuk hayun suka

cuba cerminkan diri adk

mungkin dah tiba masanya adk do something about kerjaya dan lain2 lagi

tak nak adik asyik kena buli je..

kalau terus cmtu kasihan kak tengok adk


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 09:30 PM | Show all posts

tapi kak cili. kadang2 saya perlukan seseorang untuk saya luahkan perasaan. bila stress, ada tempat untuk saya mengadu. ada bf yang sudi mendengar dan bagi kata2 sokongan. selalu jumpa lelaki yang tak boleh harap. macam kak cili cakap mangkuk hayun. agaknya dah memang hobi diorang nak test market dan lepas tu bergalak sakan bila dapat dump saya. demotivated jugak bila asyik kena dump je. mungkin saya ni terlalu jujur, bodoh2 alang sampaikan mudah dipermainkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 09:32 PM | Show all posts
libragirlzod replied at 27-4-2016 09:30 PM
tapi kak cili. kadang2 saya perlukan seseorang untuk saya luahkan perasaan. bila stress, ada tempa ...

tak pe. nanti2 lah luah

siapkan kerja tu dulu ye.

kaka ada kerja ni take care
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
libragirlzod replied at 27-4-2016 09:18 PM
mungkin hal2 kerja saya boleh bersikap positif. saya boleh cuba ikhlaskan diri untuk buat kerja ss ...

Umur berapa ni?
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:34 PM | Show all posts
kecik sgt masalah u ni. u pikir mcm2 sgt...

bab keje tu,apsal u tak ckp kt boss u yg u busy nk siapkan pending task? takkan boss u x phm? maybe u tak communicate dengan boss u ape yg u tgh buat. i nasihatkan,seminggu skali ke,amik masa 5 minit dgn boss u,update dia apa task yg u tgh buat. pasal kawan2 lain tu, biaq pi la kt diorang nk buat apa.tak perlu jeles pon. klo banyak sgt, ckp dgn boss yg u perlukan pertolongan. boleh kan?

bab laki tu..ala..rilek suda.jgn risau. belum ada kes yg pompuan mati sebab takde boypren. kalau u dok pikir, dok hadap sgt 'bahagia' tu hanya bila u ada boypren, susah la. sbb tu u serabut yg bukan2. tenang suda.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:34 PM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 27-4-2016 09:11 PM
Eh, tak sangka pendapat kita lebih kurang nak selari gitu.

Itu je caranya pun. Kalo asyik sentiasa condemn diri, pandang rendah pada diri sendiri, secara lansung ia akan attract sekeliling kita pandang rendah kat kita juga. Law of attraction gitu.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Kerje bahagian ape bertimbun2 file nak bos bg....???
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:38 PM | Show all posts
cari kawan yg sekepala dan jgn fanatik sgt dgn keje opis.

keje mmg la smpi mati pun x kan abes. ko pg mn2 tmpt pun sama.

cr kawan yg sekepala, buat la bnd2 yg ko suka buat. apa ko tade hobi ker?

taste your life dude.

atau pun mmg ditakdirkan yg hidup ko mmg boring?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 10:41 PM | Show all posts
otai_g replied at 27-4-2016 10:38 PM
cari kawan yg sekepala dan jgn fanatik sgt dgn keje opis.

keje mmg la smpi mati pun x kan abes. k ...

ye benar. hidup saya agak boring. takde kawan2 sebab saya tak gemar kuar berjalan2. sejenis lone ranger dan lebih suka buat apa2 sendiri. shoping sorang2, makan sorang2. tapi saya happy dengan semua tu. ada kalanya saya kuar dengan kawan2.

balik kerja hanya lepak di rumah sambil layan forum, games etc.
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:46 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasal kerja be positive. Lantak la orang lain melangut awk fokus ja pada kerja. Ikhlaskan diri inshaAllah mudah kerja awk.

Saya faham ja perasaan awk tentang boyfriend tu. Fitrah manusia nk ada teman.

Saya pun lelaki kalau approach mostly jenis penipu, pisau cukur, nak seks semua. Penat2 kita kerja kumpul duit jaga maruah diri senang2 je dowg minta yea..
Awk jangan sedih2 kuatkan semangat. Relax2 dulu enjoy hidup single. Nanti akan jumpa juga jodoh awk tu. Awk ptt bersyukur Allah temukan awk dengan macam2 jenis lelaki. Pengalaman tu awk blh guna supaya nanti kalau leh jangan jadi "asal berlaki". Couple ni tak seindah cerita disney yang happily ever after. Awk byk2 berdoa mg dipermudah jumpa mr right
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-4-2016 10:47 PM | Show all posts
libragirlzod replied at 27-4-2016 10:41 PM
ye benar. hidup saya agak boring. takde kawan2 sebab saya tak gemar kuar berjalan2. sejenis lone r ...

ko tade hobi ker?

pg la buat bnd yg blh menghappykan cthnya g window shopping ke, tgk wayang ke atau cat n renovate bilik tido.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
irlene_hana replied at 27-4-2016 10:46 PM
Pasal kerja be positive. Lantak la orang lain melangut awk fokus ja pada kerja. Ikhlaskan diri insha ...

Ye awak.saya cuba seikhlas hati buat kerja.saya anggap tu semua amanah walaupun adakalanya hati ini menangis sebab terbeban dengan tanggungjawab.

Lelaki ni sukar nak cari.saya dah jumpa macam2.ada yang ada rupa dan kerjaya,tapi penipu dan bermulut manis.ada yang suka ambil kesempatan atas keikhlasan kita.saya dah cuba sayangkan mereka dan layan dengan sebaiknya,tapi masih ditinggalkan.mungkin kah hidup saya akan untuk dikecewakan...sedih dan sedih. Ada orang yang jumpa lelaki walaupun tak sebudiman hero drama,tapi masih tetap disayangi.jiwa saya terseksa bila jumpa dan akhirnya ditinggalkan terkapai2. Menangis dalam solat adalah rutin setiap kali kena dump
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2016 10:53 PM | Show all posts
pasal kerja ko tu, akak rasa semua orang lebih kurang sama masalah ngan ko. akak pun kena juga. akak punya pendekatan simple aje, kalau ko tengah banyak kerja, tak mampu terima kerja lain lagi, BAGITAHU BOSS DAN TEAM KO. Itu yg akak buat skrg. Akak tengah kerja dalam 2 projects concurrently. So by end of the day, kalau akak takleh siap Project B, sebab akak sibuk ngan Project A, akak email je lah status cakap today I have no updates or progress on Project B because I am working the whole day on Project A. As simple as that. It wont make u look bad if you are being honest. And people understand without asking questions. Jadi workload akak dalam Project B pun dikurangkan oleh boss dah diagih2kan pada staff lain. Tapi esoknya akak concentrate la pada Project B pula dan slow down kat Project A. Sebab bagi akak, di tempat kerja atau di mana2 pun.. berlaku jujurlah dengan diri sendiri dan orang sekeliling. Cakap straight to the point, dalam bahasa paling simple dan tepat pada boss dan team ko, tentang pemasalahan kerja ko, the key is to communicate communicate communicate! Dont keep your work problems to yourself. Dont think that you are alone. People are willing to help if you let them.

Pasal problem ko sering dipermain2kan lelaki tu, akak rasa ko terlalu berharap pada orang lain untuk membahagiakan ko. Jadi bila orang tu gagal membahagiakan ko, ko jadi kecewa. Sedangkan ko mampu untuk bahagiakan diri sendiri sebenarnya. Carilah perkara2 yg mampu bahagiakan diri ko sendiri.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2016 10:55 PM From the mobile phone | Show all posts
otai_g replied at 27-4-2016 10:47 PM
ko tade hobi ker?

pg la buat bnd yg blh menghappykan cthnya g window shopping ke, tgk wayang ke ...

Hobi saya shoping.asal dapat gaji itulah perkara utama saya lakukan.shoping sorang2 lebih baik sbb boleh pergi mana sahaja tempat nk shoping.saya jugak suka makan.asal ada kedai yg kwn rekemen,terus ajak family or member try
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 06:30 AM GMT+8 , Processed in 0.075206 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list