CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 12562|Reply: 49

Sape yang pernah accident? Nak mintak bantuan. Please.....

[Copy link]
Post time 28-4-2016 12:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by makcik.peah at 28-4-2016 12:24 PM

Assalamualaikum forumer sekalian,

Cerita makcik mcm ni. 27/01/16 makcik accident dengan sebijik motor. Kemudiannya, kondisi kereta makcik boleh diklasifikasikan sebagai teruk. Penunggang motorsikal tu cedera dan telah dibawa ke hospital berdekatan. Makcik ni pulak, pergi la buat report kat balai polis berdekatan. Towing da tunggu tu nak bwk kete makcik ke Perodua company.

Selesai kes di tempat kejadian, makcik pun pergi la buat report di balai polis berdekatan. Kereta makcik pihak towing da bwk ke bengkel dah.

Pada keesokan harinya, makcik memulakan urusan untuk membuat tuntutan insuran dengan pihak E**** Takaful ( confirm2 makcik tak boleh claim insurans keatas pihak ketiga sbb die kenderaan motor ). Alhamdulillah, Tuhan permudahkan segala urusan makcik dari mula claim insuran sampai la kereta siap dibaiki. Ambil masa sebulan juga kereta kat bengkel.

Dalam bulan 3, makcik dapat cll dari pihak yang menggelarkan dirinya "Adjuster yang dilantik oleh pihak Insurans". Perbualan kami lebih kurang begini :
        
Adjuster : Puan, kami adalah adjuster yang dilantik oleh pihak insurans E**** Takaful. Tujuan saya hubungi puan adalah berkaitan kes kemalangan pada 27/01/2016. Sehingga hari ini, pihak Insurans masih tidak menerima apa2 tuntutan dari pihak ketiga. Oleh itu kami mohon untuk interview puan bagi menyelesaikan kes puan ini.


Makcik : Interview untuk apa ye? Sebab insuranse claim saya da settled dan tiada sebarang masalah. Kereta pun da siap dibaiki.


Adjuster : Begini puan, pihak ketiga mempunyai tempoh sehingga 6 tahun untuk membuat sebarang tuntutan berkaitan kes ini puan. Sehingga harini pihak ketiga masih tidak membuat sebarang tuntutan. Makanya, saya perlu interview puan untuk mendapatkan maklumat berkaitan kemalangan. Saya perlu lihat lokasi kemalangan, report yang dibuat oleh pihak ketiga dan dokumen lain seperti lesen  memandu puan, geran kereta.


Makcik : Report pihak ketiga saya xde. Kenapa encik tak minta dari pihak ketiga sahaja.


Adjuster : Report tu hanya puan dan pihak ketiga sahaja yang boleh ambil dari IPD.

Disini makcik mcm nak pelik2 cikit la. Pastu makcik mcm ignore je la sebab insurance claim settle dah. Kemudian dapat pulak second call dalam tempoh sebulan dari panggilan pertama. Perbualan lebih  kurang mcm ni :

Adjuster : Puan, kami adalah adjuster yang dilantik oleh pihak insurans E**** Takaful. Kami menerima tuntutan dari pihak ketiga keatas insuran puan. Disini saya perlukan dokumen report yang dibuat oleh pihak ketiga dan dokumen lain seperti lesen  memandu puan, geran kereta. Tapi kami da block da membolehkan pihak ketiga membuat tuntutan.


Makcik : Okey. Jika pihak ketiga hendak membuat tuntutan atas insurance saya, sya rasa xde masalah. Btul tak?


Adjuster : Memang betul ke puan yang bersalah? Saya perlu jumpa puan untuk sedikit kaji selidik dan untuk lihat tempat kejadian bla..bla.. Bila puan free?


Makcik : Saya tak la ckp mcm tu. Sebab kereta memang xley claim insuran motor kan. Tapi saya free awal bulan 6. Sebab sekarang saya berada diluar kawasan.


Adjuster : Tapi puan, kes puan ni perlu diselesaikan sebelum akhir bulan 5. Atau puan nak saya klasifikasi kan yang puan tidak mahu memberikan kerjasama dan kemungkinan puan akan dikategorikan sebagai customer yang berisiko tinggi oleh pihak insurance. Selain itu, kemungkinan tuntutan yang puan buat tu akan ditarik balik.

Makcik terus jadi blur & pening2 lalat. Makcik terus cll pihak bengkel yang repair kereta makcik. And then pihak bengkel bgtau yang claim makcik xde masalah dan pihak insuran telah pun membuat bayaran pada pihak bengkel. Sepatutnya tidak ada sebarang masalah lagi kerana makcik buat claim atas kenderaan sendiri

Makcik pening la..Makcik xtau apa sebenarnya adjuster tu nak..???  Please... sapa ada pengalaman macm ni...


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 12:28 PM | Show all posts
Laa..apa susah makcik..
call saja pejabat insuran yang bayar tu..
tanya dengan diorang pasal agent adjuster tu
kadang2 benda ni menipu gak

macam kes kredit kad..
kononnya dari bank..nak update information customer la apa la
bila saya call bank, bank menafikan semua tu..

so,makcik...sila pastikan dengan syarikat insuran tu dulu..
takut ada orang ambik kesempatan nanti..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 12:28 PM | Show all posts
Assalamualaikum, mak cik tak call ke pihak insurans tu? better call dorg direct..tanya pasal masalah ni..takut scammer..cara dia cakap pun macam pelik..mak cik try pg pusat insurans yg mak cik guna yg terdekat..tanya dorg ada ke adjuster bagai tu..

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2016 12:31 PM | Show all posts
Ipo replied at 28-4-2016 12:28 PM
Laa..apa susah makcik..
call saja pejabat insuran yang bayar tu..
tanya dengan diorang pasal agent ...

Ipo..
Macam mne nak tau pejabat insurans yang bayar tu ye..
ke just cll HQ insurans tersebut
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 12:37 PM | Show all posts
call je HQ insurans

minta pegawai dia orang bantu

insurans makcik peah subscribe tu dah lama kaka kena kencing

tapi bukan pelan kereta
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 12:39 PM | Show all posts
makcik.peah replied at 28-4-2016 11:31 AM
Ipo..
Macam mne nak tau pejabat insurans yang bayar tu ye..
ke just cll HQ insurans tersebut

ya..call je HQ insuran...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 28-4-2016 12:58 PM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 28-4-2016 12:37 PM
call je HQ insurans

minta pegawai dia orang bantu

Yeke...
Da la first time  makcik ambik insurance ni..
First time jgk la renew kat myEG..
pasni mmg nk reject..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:42 PM | Show all posts
makcik.peah replied at 28-4-2016 12:58 PM
Yeke...
Da la first time  makcik ambik insurance ni..
First time jgk la renew kat myEG..

ko ni pun.. ko pun tau ko claim dgn insurans ape ko kol laa service centre insurans tu tny sekian2 ttg masalah ko ni.. case close. xperlu nk serabut kepala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 01:43 PM | Show all posts
Adjuster tu dari company mana?? Rasanya Adjuster bodily injury tu kot... kak peah call je ur Insurer tanya betul ke dia hire Adjuster... Pastu Kak Peah pergi la ke Balai Polis Trafik tempat akak buat report tu, minta Keputusan Kes dari IO atau kaunter dia.. Nak tau sapa di pihak yg salah...
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 01:44 PM | Show all posts
orang kalu naik motor atau pejalan kaki bila accident, akan lawyer approach mereka untuk claim dari syarikat insurance..
lagi-lagi klu accident sampai masuk spital..
busuk-busuk dapat gak la belas puluh ribu..
mungkin pihak adjuster ni dilantik untuk pastikan penipuan tak berlaku..
sebab tu dorang nak tengok sapa yang benar-benar salah..
kalau pihak kereta yg salah, mereka boleh proceed settle luar court terus kot klu ada tuntutan..
kalau pihak kereta tak salah, mesti la mereka nak fight semula..
takkan buta-buta nak bayar pihak salah atas kesalahan mereka sendiri..
lagipun bukan adjuster tu mintak duit suruh bayar bla bla bla kan..
mereka cuma nak tengok tempat kejadian dan interview macam mana kejadian berlaku..
so bagi je la kerjasama.. tu pun susah ke?
kalau takut sangat scam, sila check dengan company betul tak si polan yang call tu adalah pihak yg dilantik oleh company..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 02:59 PM | Show all posts
Susah jugak ..mcm2 hal n prosedur...tp makcik sila amik langkah 1..dgr kawan dulu yg kes tuntut insuran masa hubby dia xsiden kt hiway pun rasa leceh..last2 dapat puluh ribu gak..baloi la naik turun court..
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 03:10 PM | Show all posts
ehhh 6 tahun ke klu kes eksiden
ikut Civil Law Act 3 tahun jer atau ada amendment ek
btw makcik peah xyah pening2 kepala
tanya dulu pihak insurance utk kepastian
tanya pihak insuran ada x si polan iaitu rider buat tuntutan atas insuran mokcik
biasanya klu kes eksiden ni nnt adalah kaki2 runners lawyer tunggu kat sepital utk pujuk saman keta yg langgar dia tu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2016 04:03 PM | Show all posts
fatehana replied at 28-4-2016 03:10 PM
ehhh 6 tahun ke klu kes eksiden
ikut Civil Law Act 3 tahun jer atau ada amendment ek
btw makcik pe ...

Adjuster tu kata 6 tahun gtu la...
tapi kan, mcm document2 pihak ketiga tu mmg kita kene sediakan ke..
kenapa adjuster yg dilantik ni x dapatkan sendiri dr pihak ketiga..
Musykil makcik..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2016 04:08 PM | Show all posts
alieyrina replied at 28-4-2016 02:59 PM
Susah jugak ..mcm2 hal n prosedur...tp makcik sila amik langkah 1..dgr kawan dulu yg kes tuntut insu ...

makcik punye kes ni pihak ketiga nk buat tuntutan kat insurance makcik..
makcik x kesah pon die nk tuntut..
tp yg jd kemusykilan tu siap suruh makcik sediakan dokumen2 pihak ketiga..
knp x dptkan sendiri dr pihak ketiga..
makcik takut disalah guna je nant..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2016 04:09 PM | Show all posts
prettyuglybabe replied at 28-4-2016 01:44 PM
orang kalu naik motor atau pejalan kaki bila accident, akan lawyer approach mereka untuk claim dari  ...

baek @prettyuglybabe.. nnt makcik hubungi pihak insurance untuk double confirm..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2016 04:11 PM | Show all posts
krieysa replied at 28-4-2016 01:43 PM
Adjuster tu dari company mana?? Rasanya Adjuster bodily injury tu kot... kak peah call je ur Insurer ...

maklumat makcik, makcik ader dah..
cuma nye yg pihak ketiga tu, mane la makcik ade report die sume tu..
adjuster tu mintak makcik dptkan report dan dokumen pihak ketiga tu..
makcik mula la rasa curiga..
tu yg makcik suruh la die dptkan sendiri..

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-4-2016 04:12 PM | Show all posts
Saya penah eksiden. Kena langgar belakang, tapi kereta dgn kereta lah.
Claim insurance org tu. Hantar perodua, dia mintak cover note, laporan polis utk semua kenderaan yg terlibat (sebab melibatkan 3-4 bijik keta. yg ni saya amik kat balai lah. pi buat report sama2), salinan geran. Selesai
Reply

Use magic Report

Post time 28-4-2016 10:37 PM From the mobile phone | Show all posts
pihak ketiga tu motorsikal tu ke? saya rasa tuntutan ni xde kena mengena dgn kereta awak tu.

ni tuntutan gantirugi yg motorsikal tu bole dapat dari kejadian accident tu. so adjuster wakilkan pihak motorsikal utk tuntut kerugian dari case awak ni. mungkin adjuster tu tau tuntutan ni akan menyebelahi si motosikal tu. kalau case ni menang, so adjuster dapat la skit fee perkhidmatan ni. tapi utk menang case ni, adjuster perlukan kejesama dari pihak awak dan motorsikal ni. kalau case tuntutan gantirugi ni menang, untung la pihak motorsikal tu tp di pihak awak, x pasti rugi atau x dpt apa2.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2016 10:54 AM | Show all posts
zuri154 replied at 28-4-2016 10:37 PM
pihak ketiga tu motorsikal tu ke? saya rasa tuntutan ni xde kena mengena dgn kereta awak tu.

ni  ...

pihak ketiga tu motorsikal..
saya x sure adjuster tu mewakili sye atau pihak ketiga..
makcik da cll pihak HQ insurance, dimaklumkan yang pihak ketiga buat tuntutan keatas rawatan beliau ( lbh kurang mcm tu la yg makcik paham ). n then pihak insurans gtau kalau pihak ketiga berjaya dapatkan tuntutan tu, pihak makcik xde pape pun kesannya sbb claim fully insurance yg cover..

tp cara adjuster tu mmg mencurigakan..
da la siap ugut kalau makcik x bg kerjasama, pihak insurance berhak untuk tarik balik tuntutan yang makcik da buat ( pihak bengkel da dapat bayaran dr pihak insurance )
pastu siap nk klasifikasi kan makcik ni sbg customer yg berisiko tinggi..
motipp??
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:00 AM | Show all posts
Dia cakap gitu nak bagi takut kot so cepat sikit tindakan haha.
So mmg makcik ke yg salah time accident tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:54 AM GMT+8 , Processed in 0.378165 second(s), 51 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list