View: 9769|Reply: 95
|
[Tempatan]
{4}Abang2 Bomba yg sado adalah positif ; pdgn perunding imej!
[Copy link]
|
|
Edited by tongkatwaran75 at 29-4-2016 07:17 AM
FOTO yang tersebar di laman sosial. FOTO ihsan JBPM
Rahmat akui penampilan ‘abang’ bomba seperti yang dilihat di laman sosial beri nilai tambah kepada jabatan itu.
|
|
|
|
|
|
|
|
Khamis, 28 April 2016 @ 8:06 PM
Kuala Lumpur: Gambar ‘abang’ Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang segak, berbadan 'sado' dan kelihatan sentiasa menjaga penampilan seperti sering dilihat di laman sosial sesuatu yang positif dan memberi nilai tambah kepada jabatan itu.
Perunding Imej, Rahmat Bahaudin, 28 , berkata, penampilan anggota bomba seperti itu memberikan pandangan pertama yang sangat baik sebagai pasukan yang selalu berhadapan dengan masyarakat umum.
"Dari sudut pandangan perunding imej, ia memberikan impak pandangan pertama yang baik. Bukan saja memberi keyakinan kepada anggota bomba kerana berpenampilan menarik malah dapat memberikan pandangan positif kepada masyarakat bahawa anggota bomba masih mementingkan penampilan ketika menjalankan tugas berat dalam membantu masyarakat.
"Walaupun memakai uniform, anggota bomba masih lagi boleh memberikan penampilan yang menarik terutama daripada penjagaan diri, gaya rambut, penjagaan wajah, bentuk badan dan pakaian yang kemas. Sikap ini adalah baik dan harus menjadi contoh kepada badan beruniform lain," katanya yang diiktiraf oleh ByFERIAL Image Consulting Australia.
Menurut Rahmat, imej anggota itu mampu memberi imej yang lebih baik kepada jabatan secara keseluruhan kerana memberikan semangat dan nilai tambah kepada JBPM walaupun dikenali sebagai sebuah badan beruniform.
"Kriteria penampilan terbahagi kepada tiga iaitu ketrampilan, kelakuan dan komunikasi. Sekiranya ketiga-tiga perkara ini dapat dijaga dengan baik oleh seluruh anggota bomba ia bakal memberikan impak yang positif kepada jabatan bomba itu sendiri," katanya.
Seorang lagi perunding imej, Krystal Clare Henry, 35, berkata, imej yang ditonjolkan oleh anggota pasukan beruniform adalah terjemahan kepada pasukan berkenaan secara keseluruhan.
"Menjaga penampilan daripada aspek penjagaan badan dan kesihatan sangat penting untuk sesiapa sahaja. Tetapi bagi tugas-tugas yang imej menjadi keutamaan, ia adalah sesuatu yang wajib. Tetapi ia mestilah selari dengan emosi, mental dan fizikal.
"Seperti mana-mana pasukan beruniform, imej adalah sangat penting. Bila kita memakai uniform, kita secara langsung mewakili pekerjaan atau syarikat kita. Sebagai anggota bomba, imej dan ketrampilan mereka secara tidak langsung membawa pengertian bahawa jika mereka mampu menjaga diri mereka, mereka juga mampu berkhidmat untuk masyarakat," katanya.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/134019#sthash.pmE0mzHb.dpuf
|
|
|
|
|
|
|
|
omaiiiii tengah2 tu ...kendooossss sangat |
|
|
|
|
|
|
|
OK what... aku rela jer diselamatkan abg2 sado cemgini kalau ada kebakaran.. |
|
|
|
|
|
|
|
uols memang saja2 nak memvibratekan mutiara akak pagi jumaat yg barakah ni
|
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa
sambungan malam tadi laaa
|
|
|
|
|
|
|
|
malunya yg tgk semua acik acik bertudung. |
|
|
|
|
|
|
|
melting jap |
|
|
|
|
|
|
|
brown_pupil replied at 29-4-2016 08:24 AM
OK what... aku rela jer diselamatkan abg2 sado cemgini kalau ada kebakaran..
Sila bakar rumah sis sekarang sambil jerit tolong tolong |
|
|
|
|
|
|
|
ok la badan sasa.. nampak strong.
kalau badan kurus keding kerempeng macam mat rempit, aku pon tak konpiden..
nak selamatkan diri sendiri pon belum tentu mampu.. |
|
|
|
|
|
|
|
haha..
Sekali yang datang abg sado 1 pack..
|
|
|
|
|
|
|
|
Mek kureng siket dgn terlebih sado nehhh |
|
|
|
|
|
|
|
Ko minat yg berbulu lebat ke mek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Agak2 la kan berapa banyak gaji mereka2 ni dihabiskan untuk menyadokan diri mereka tu? Bomba ada elaun sado ke? |
|
|
|
|
|
|
|
insulin replied at 29-4-2016 08:52 AM
Agak2 la kan berapa banyak gaji mereka2 ni dihabiskan untuk menyadokan diri mereka tu? Bomba ada ela ...
Tgk la gred diorg berapa. |
|
|
|
|
|
|
|
sado2 watpe... gay je semua
cik kiah |
|
|
|
|
|
|
|
lelaki sejati adalah sado di perut bukan di lengan
cik kiah n feminist club |
|
|
|
|
|
|
|
Apa pulak gaynya. Norman Hakim, Sabi Saadi, Aaron Aziz, Fahrin Ahmad, Sazali Samad, etc semua dah kawin dan beranak pinak. Zul Arifin pulak bertukar2 awek.
|
|
|
|
|
|
|
| |
|