CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9590|Reply: 189

[Tempatan] Unsur khianat punca histeria

[Copy link]
Post time 29-4-2016 10:20 AM | Show all posts |Read mode


KOTA BHARU - Semua lokasi panas diperiksa.  Memang sah ada 'sesuatu' yang mengganggu! Malangnya, ia bukan gangguan biasa namun berbaur unsur pengkhianat hingga menimbulkan huru-hara histeria melibatkan lebih 45 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pengkalan Chepa 2, baru-baru ini.

Pendedahan itu dibuat Pengerusi Persatuan Darussyifa’ Kelantan, Zaki Ya, sepanjang tiga hari berkampung merawat situasi 'panas' histeria dipercayai akibat gangguan jin lebih dua minggu lalu.

“Kami sembilan anggota Darussyifa' Kelantan ke sana kira-kira jam 6 petang Ahad (dua minggu lalu) dan setelah memeriksa beberapa tempat termasuk di tangga pejabat bilik pengetua, di pejabat, kawasan bilik penolong kanan (PK), tingkat tiga dan lima yang dikatakan lokasinya, memang diakui ada ‘benda’ (jin) ada di situ apabila kami meremang bulu roma, maknanya ‘ia’ ada di situ.

“Saya pergi sendiri, jadi saya tidak menolak kemungkinan masalah ini berunsurkan pengkhianatan yang dianggap menambahkan keadaan huru-hara dan sehingga kini (semalam), kejadian histeria masih berlaku,” dedahnya ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Katanya, apa yang pelik, histeria itu bukan sahaja melibatkan pelajar perempuan, sebaliknya pelajar lelaki dan guru pun turut sama terkena gangguan apabila mereka menjerit sehingga keadaan menjadi tidak terkawal, juga berjangkit kepada pelajar lain.

“Petang berkenaan juga kami merenjis air bacaan rukyah di tempat yang disyaki dan setelah dirawat, jumlah pelajar yang dirasuk  berkurangan dari 45 orang kepada dua hingga tiga orang sahaja. Alhamdulillah… cuma ia masih berlaku sehingga sekarang (semalam).

“Jarang guru terkena histeria, sebab itulah kami tidak menolak kemungkinan ia adalah perbuatan pengkhianatan bertujuan untuk melemahkan pentadbiran sekolah, sebab itulah kes ini berlarutan dan selagi ia tidak dirawat, selagi itulah ia tidak tenang,” katanya.

Kata beliau, tempoh rawatan Darussyifa’ sekiranya melebihi tiga hari, sepatutnya keadaan menjadi damai semula, namun di sekolah itu, pihaknya mendakwa ada yang menjalankan ‘top up’ (cubaan menambah kuasa gangguan) untuk terus menjadikan sekolah itu huru-hara.

Cuaca panas penyumbang

Berhubung dengan keadaan cuaca panas berikutan fenomena El-Nino, Zaki berkata, beliau juga tidak menolak faktor tersebut penyumbang sampingan kepada berlakunya keadaan histeria tersebut.

“Cuaca panas juga menjadi faktor pelajar histeria iaitu apabila keupayaan badan lemah, ia memudahkan jin masuk ke dalam badan,” katanya.

Katanya, berdasarkan pengalamannya juga, kes histeria juga biasanya banyak berlaku pada tahun genap berbanding  tahun ganjil.

“Jin suka pada tahun genap dan kenyataan ini dibuat berdasarkan pengalaman serta rekod kami semasa merawat, contohnya pada 2014, kes paling besar berlaku di SMK Padang Enggang dan tahun 2016 ini di SMK Pengkalan Chepa.

“Wallahuaklam, itu teori sahaja berdasarkan rekod rawatan kami dan jin memang diarahkan berada di satu-satu tempat,” katanya.

Katanya, rawatan histeria dan gangguan di SMK Pengkalan Chepa 2 itu akan diadakan secara berterusan dan berharap masalah itu akan reda sebaik-baiknya.

Beberapa lokasi di kawasan pejabat, bilik pengetua, bilik PK dan dataran perhimpunan menjadi tempat tumpuan gangguan di SMK Pengkalan Chepa 2.

ALLAH turun ujian

“ALLAH nak naikkan taraf keadaan di SMK Pengkalan Chepa 2, sebab itulah ALLAH turunkan ujian kepada warga sekolah berkenaan.

Zaki berkata, ujian berkenaan memang ALLAH sudah tetapkan melalui sumber lain yang kita tidak tahu, ALLAH mahu menaiktaraf mereka yang duji sama ada di  kawasan rumah atau sekolah.

“Sebelum ini, sekolah itu mungkin tidak menonjol dari sudut pandangan orang, namun selepas kejadian histeria, ujian yang ALLAH SWT turunkan itu adalah untuk menaik taraf, kita pun sama, kalau ALLAH mahu mengangkat taraf lebih tinggi, Dia akan beri dan biasanya ujian berkenaan mampu ditangani dan boleh dipertahankan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan rawatan susulan dalam usaha meredakan histeria yang masih berlaku secara berkurangan di SMK Pengkalan Chepa 2, di sini.

Zaki berkata, dengan ujian tersebut, sekolah itu menjadi tumpuan, terkenal dan tersebar, malah hasilnya akan menambah kebaikan atau kemuliaan, sama ada dalam tempoh cepat atau lambat.

Kata beliau, pihak sekolah diminta menangani ujian terbabit secara positif, jangan berfikir negatif malah pihaknya akan menangani masalah itu dengan memberi perlindungan supaya tidak berulang pada masa akan datang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 10:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Akak tak percaya djinn boleh masuk dalam badan manusia.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Hampir inzal aku mendengarnya
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:34 AM | Show all posts
patutlah abg jibby sanggup bertahan untuk diuji. Nak naik taraf lah katanya....
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:36 AM From the mobile phone | Show all posts
So cliche..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:42 AM | Show all posts
akak pon tak percaya....
elok la masing2 gi jumpa  psychatrist
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 29-4-2016 10:43 AM | Show all posts
geli kot jin brjalan dlm badan..aku da rase..hahahaa...
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:44 AM From the mobile phone | Show all posts
Tak ke menimbulkan fitnah pulak bila kata ada unsur khianat? Buat org pecah belah je..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Drama ok bila jumpa ahli sihir islamiyyah..jawaban wajib mesti ada orang buat/dengki...bila ditanya siapa..trus kata lebih baik dirahsiakan..ehh coiiii la..kalao tahu boleh la pergi serang orang buat itteww..drama sngt sisi.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:57 AM | Show all posts
unsur khianat tu mcam nak syak ada yg sengaja nak huru harakan seseorg atau keadaan
bukan ke mmg jin/syaitan/iblis tu ada..
x perlu kut nak kata unsur khianat
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts
chazey replied at 29-4-2016 02:24 AM
Akak tak percaya djinn boleh masuk dalam badan manusia.

Heh..yang fenting djinn masuk dlm ummah melayu islamiyyah jah..dlm badan unmah isle lain di dunia aman2 jah..even unmah kaper yang tiada lindungan elohim..xkena jua hasutan....kiranya ummah melayu islamiyyah lokal nih elohim cipta persisi open vessel lah konsepnya..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:58 AM | Show all posts
ini semua baayah yahudi yg cemburu
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Mengarut jerrrr..
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Unsur khianat..?
Nak tuju ke siapa? Pengetua? Cikgu? Anak murid? Tukang kebun?..
Mcm tak logik je..
Kalau unsur khianat, baik la santau je org yg nak dikhianat tu..awat smpai 1 sekolah nak dikhianat.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:12 AM | Show all posts
kalau bijak sgt, pi la skolah tu, bantu budak2 sana.

mak pak dorg tgh risau , klu mu rasa ada idea lebih baik?, sila pi sana hadap dorg.

kalu takde modal tambang bas/penginapan, sila buat thread mohon derma perjalanan 'jihad' korang ni.

brula betul.
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 11:14 AM From the mobile phone | Show all posts
Sape tak percaya cakap ustaz tu, dikira menghina islam
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 11:23 AM | Show all posts
sekolah SMK je pun.. nak khianat apa nya??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-4-2016 11:24 AM | Show all posts
senang cite
kita salahkan je Yahudi
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 01:19 PM From the mobile phone | Show all posts
Hukala komen sorang sorang


memang boleh jadi laaaa, pernah jadi depan mata makcik masa belajo kat uitm dulu, nenek bunian tu siap suruh panggil budak satu blok J turun jumpa dia tu, dia nak warning, siap berjangkit jangkit lepas tu, bertempiaran sorg lari sana sorg lari sini, sorg lari ke tasik, dah ler memalam, serammmm weihhhh~~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-4-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Hampir semua negara didunia ni ade buat filem jin n syaiton merasuk dlm badan manusia. Baik malaysia, thai, indon , korea, jepun mau pun kokosen. So kire normal bende ni didunia.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:21 PM GMT+8 , Processed in 0.257750 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list