CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Ipo

NOVEL: CD

[Copy link]
 Author| Post time 30-4-2016 09:30 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 30-4-2016 09:12 PM

BAB 3



PAGI lagi Iris sudah bersiap untuk ke hospital. Hari ini adalah hari pertama dirinya akan bertugas sebagai HO. Dua hari lepas, ayahnya sudah menghantar ke rumah sewa. Seperti biasalah, telinganya ditadah mendengar pesanan demi pesanan dari papa. Sempat juga dia keluar bersiar-siar dan membeli belah sebelum papa pulang ke Kuala Kangsar. Jasmine, insan yang paling teruja kerana dapat melihat bandar Kuala Lumpur. Yalah, selama ini dia terperuk saja di kampung sampailah tamat SPM.

"Bihah, hang cepatlah sikit. Aku kena jumpa supervisor pukul 8.30 ni." Iris jenguk bilik Sabihah yang sedang terhegeh-hegeh melilit tudung.

"Yalah...kejap la."

Iris menunggu di tepi kereta Sabihah. Sabihah, boleh dikatakan anak orang berada juga. Sejak di kampus lagi, ayah Sabihah manjakan anak gadisnya. Apa yang gadis itu nak, akan dipenuhi. Kereta Mazda kelabu dihadiahkan kepada Sabihah sebaik sahaja tamat pengajian. Balik saja Malaysia, sudah tersedia kereta bersama dengan rumah sewa. Semuanya diuruskan orang Sabihah. Apa yang dia cukup kagum, tidak sedikitpun Sabihah berlagak riak dan sombong. Ah, bila berbicara riak dan sombong, tiba-tiba saja Mr. Smart muncul di minda.
"Ish! Apa hal pulak muka mamat tu muncul pulak?" Iris cuba menepis bayangan Amar yang seolah tersenyum sinis padanya.

"Weh..nengung mung ni! Khayal sokmo!" Bahu Iris dicuit.

Iris sedikit terkejut. Dia sengih. Cepat-cepat dia masuk ke dalam perut kereta sebaik sahaja Sabihah menekan kunci. Pagi itu Sabihah akan menghantarnya ke Hospital Serdang dan dia akan terus ke Hospital Kajang. Terpaksalah dia menumpang kereta sahabatnya untuk selama dua tahun menjadi HO ini. Jika ada rezeki lebih, mungkin dia akan beli kereta terpakai saja untuk kemudahannya ulangalik ke hospital. Sampai bila dia hendak menyusahkan Sabihah.



PERTAMA kali melangkah ke bilik seorang doktor pakar aka ketua jabatan ini membuatkan hatinya terasa kecut. Terngiang-ngiang kata-kata dari senior yang pernah melalui detik-detik menjadi House Officer. Kena tengking, kena marah dan kena buli adalah perkara biasa.

Iris mengetuk daun pintu sebaik tiba di bilik itu. Tertera nama di daun pintu seorang doktor pakar merangkap ketua jabatan yang akan menjadi supervisornya nanti. Ya, dia sudah pastikan nama itu sama dengan nama yang diberikan kepadanya dulu.

“Masuk!”


Pintu dikuak. Iris melangkah perlahan, wajahnya menunduk. Pintu ditutup.


“Dr. Norman, saya datang nakmelaporkan diri sebagai HO di hospital ni.” Iris bersuara menyatakan tujuannya ke situ.


"Please have a seat."Iris dipersilakan duduk.

Iris mengangguk. Senyuman dilemparkan pada Dr. Norman.  Terasa lelaki separuh abad itu sedang khusyuk menulis sesuatu. Sepuluh minit berlalu tanpa bicara. Sabar Iris menunggu arahan seterusnya dari doktor pakar itu.

Dr.Norman mula mengangkat muka. Dia pandang gadis yang berbaju kurung dan bertudung itu sedang gelisah di depannya. satu fail diambil dan dibaca. Sejak dua minggu lepas lagi nama gadis itu menarik perhatiannya. Nama yang pernah ditolak untuk menjadi HO di hospital Serdang ini.

"Emm...Iris Aishah binti Firdaus." Dr. Norman mula berbicara.

"Ya saya." Cepat saja Iris menjawab.

"Okey, there are few rules and regulations that you need to know as a HO. You will be given a log book for each posting. This log book needs to be signed off at the end of each posting by the department. The Head of Department (HOD) has the right to extend the training if he or she feels that you are not competent enough to be released." Mata Dr. Norman tepat memandang Iris yang terangguk-angguk.

"Ini log book untuk awak rekodkan apa-apa tentang pesakit dan juga laporan." Dr. Norman hulurkan sebuah buku tebal kepada Iris. Buku itu bertukar tangan.

"Oh lupa. As HO, you need to do at least  10 calls a month." Tambah Dr. Norman lagi.

"Okey." Iris menjawab dan faham apa yang dimaksudkan oleh Dr. Norman. Ah, dalam benaknya sudah tergambar kesibukan sebagai seorang HO. Hampir setengah jam berbual,Iris meminta diri. Esok, tugasnya akan bermula.

“Ya Allah…lega.” Iris mengucap syukur. Walaupun Dr. Norman nampak agak garang tetapi dari perbualan tadi, diadapat merasakan yang lelaki yang agak sebaya dengan ayahnya itu tidaklah segarang wajahnya. Ada juga diselitkan dengan kata-kata nasihat dan jenaka bersahaja.


Iris mengatur langkah menuju ke kafeteria.Dari pagi tadi dia tidak sempat sarapan. Usai solat subuh tadi, dia dan Sabihah terus saja meredah jalanraya menuju ke hospital masing-masing. Entah apa la pula Sabihah di Hospital Kajang. Langkah Iris semakin laju. Tengahari nanti, Sabihah akan menjemputnya untuk pulang bersama.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-4-2016 09:35 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 30-4-2016 08:38 PM

DI KAFETERIA, Iris bersendirian menikmati nasi lemak berlaukkan ayam goreng berempah.  Lebih sebulan berada di tanah air, nasi lemak Opah yang paling sedap baginya. Kalau dulu, masa Tok Nyang masih hidup, nasi lemak Tok Nyanglah yang paling sedap. Tiba-tiba sebak mula menerjah diri. Kalaulah dia dapat merasa masakan ibu..

“Assalamualaikum..”


Iris terkejut. Lantas dia mendongak. Mr. Smart? Terlepas sudu dari tangannya.


Amar mula mengutip sudu yang terjatuh di atas lantai dan pergi ke singki mencucinya sebelum kembali ke tempat Iris.


What a small world…..” Sudu itu dihulur pada Iris yang ternyata masih terpaku memandangnya. Satu senyuman mekar dilemparkan pada gadis itu.


Iris masih diam membisu. Bulat matanya memandang lelaki yang pernah menyapanya di Dunnattor Castle dulu. Ya, kecil betul dunia ini. Jumpa lagi Mr. Smart. Matanya masih belum rabun untuk tidak mengenal  wajah lelaki itu dan masih belum pekak untuk tidak mengenali nada lantunan suara tadi.

Astaghfirullahal azim..”Iris tersedar. Dia cepat-cepat tunduk. Sudu yang dihulur Amar tadi tidak dihiraukan. Sudah sah! Jantungnya berdegup kencang.

Amar berjeda. Terasa kata-katanya tadi seperti tidak disenangi Iris. Ah, peduli apa!

“Tak nak ke sudu ni?” Amar senyum sinis. Gadis itu hanya tunduk dan langsung tidak menyambut sudu yang dihulurnya.


Iris terasa sudah berpeluh. Dia cuba melihat sekitar kafe itu. Matanya dialih pula pada siling, lubang penghawa dingin , banyak. Terasa udara sejuk menyimbah segenap ruang kafe. Ah, kenapa aku yang terasa berpeluh??

“Boleh saya duduk?” Tanpa kata setuju dari gadis itu, Amar yang masih berdiri mula menarik kerusi di hadapan Iris. Sudu tadi diletakkan di dalam pinggan nasi lemak Iris.


Iris tidak menjawab. Nasi lemak yang hanya tinggal suku itu masih tidak bersentuh. Hendak menyambung mengunyah, ada mata yang memerhati. Kalau papa yang berada di depannya sekarang ini, harus berbakul bebelan papa kerana membazir makanan.Butir nasi yang terakhir itulah mungkin yang paling berkat.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2016 09:39 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 30-4-2016 08:42 PM

Amar masih memerhati Iris yang tunduk dari tadi. Wajah putih mulus milik gadis itu sudah berubah rona. Sama seperti yang pernah dilihat  dulu ketika di Arbedeen dulu.

So, Miss Bimbo, we meet again. How are you?” Amar mulakan perbualan.Iris dari tadi diam tidak berkutik. Wajah itu ditenung.


Emm..ehmm..” Iris berdehem, kononnya tekaknya tercekik ikan bilis.Gelas berisi air sirap dicapai laju dan terus saja dia meneguk sampai habis.


“Apa yang awak buat kat sini? Ziarah pesakit ke?” Soal Amar lagi.

Iris masih diam. Sesekali matanya melirik pada wajah lelaki yang semakin berlagak itu.

“Sendiri tanya, sendiri jawab..”Gumam Iris.

What did you say?” Amar dekatkan telinganya ke arah Iris.

Iris masih diam. Telinga lintah betul mamat ni. Malas dia hendak melayan. Biarlah dia dituduh bisu pekak.


Ok, seems like, saya tak diundang kat sini. Honestly, I’d like to know you more..want to see your bimbo think.”Ujar Amar dengan sebuah senyuman sinis.


Oh really? Such as?” Iris mula bersuara. Tidak sesekali dia membiarkan lelaki itu terus menerus merendah-rendahkannya.

Well..”

Oh I know, kalau awak rasa awak celik sejarah, now tell me, siapa tokoh perubatan yang terkenal?” Belum habis Amar berkata, Iris Iris sudah memotong cakap Amar. Bibir bawahnya digigit kuat.Tepat bebola matanya menatap iris mata lelaki itu.

Well, nice meeting you here..for sure..” Soalan Iris tidak berjawab. Amar bingkas bangun dan masih berdiri memerhati Iris yang memandang tepat padanya.


Wait! Awak belum jawab soalan saya, Mr Smart.” Iris turut tercegat bangun. Dadanya terasa berombak. Hairan juga melihat lelaki itu tidak mahu menjawab pertanyaannya tadi.

Muslim or Non Muslim?” Soal Amar kembali.

Iris berkerut dahi. Dia cuba menafsir apa yang dimaksudkan dengan pertanyaan itu. “What do you mean?”

Bimbo is always a bimbo..” Amar ketawa kecil dan kemudian beredar dari situ dengan senyuman sinis.


Iris menggenggam kuat keduatangannya. Kalau bukan di tempat awam, mahu saja dia kasi penampar ke muka mamat tu!

Dia kembali duduk. Nasi dihabiskan cepat dan dia harus segera beredar dari situ. Untuk dia terus berada di situ, menunggu Sabihah mengambilnya waktu tengahari nanti, haruslah mati kutu dibuatnya!


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-4-2016 10:54 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:52 PM

deleted..............
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 11:12 PM | Show all posts
Mokcun suka...ada loghat utagha
log in Cari..tgk2 ada citer baru
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 12:49 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:53 PM

deleted..................
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-5-2016 01:01 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:53 PM

deleted.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 01:25 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:53 PM

deleted...............
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2016 01:32 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:53 PM

deleted..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-5-2016 01:39 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 2-5-2016 08:19 PM

setakat tu je yg sempat diselamatkan....huhuh..
sambung cerita hantu boleh??
  
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:07 AM | Show all posts
Ipo replied at 30-4-2016 04:31 AM
hehhehe..ada plak mcm tu ya?

haruslah cenggitu @Ipo ... dh lama @Ipo menyepi... bila keluar cite baru ter'excited' lebih plk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 06:38 PM | Show all posts
Zamzam2013 replied at 3-5-2016 06:07 AM
haruslah cenggitu @Ipo ... dh lama @Ipo menyepi... bila keluar cite baru ter'excited' lebih plk... ...

hehhe...ala zam...ini pun tak tahu nak sambung...
nak ingat semula apa yg dah ditaip dulu tu...

rasanya dah jadi lain pulak jalanciter ni...ayat2, dialog semua akan ke laut mati
jenuh la nak karang semula...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 07:23 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:54 PM

tak apa..sambung mana yg ingat la...makcik ni dah tua..maafkan makcik
apa nak buat, kismis pun dah lupa nak makan makcik ni...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 07:27 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:54 PM

deleted.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 08:21 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:54 PM

deleted............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 08:22 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:54 PM

deleted................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-5-2016 08:25 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:54 PM

deleted..............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 10:54 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:55 PM

deleted................
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-5-2016 10:55 PM | Show all posts
Edited by Ipo at 19-9-2016 01:55 PM

deleted.............
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 07:18 AM | Show all posts
Ipo replied at 3-5-2016 10:38 PM
hehhe...ala zam...ini pun tak tahu nak sambung...
nak ingat semula apa yg dah ditaip dulu tu...:' ...

setakat sekarang jalan ceritanya menarik... makin menarik... keep it up @Ipo
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

7-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.302035 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list