CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1089|Reply: 3

[Tempatan] {6} 14 hari hilang dilaut, 9 terselamat !

[Copy link]
Post time 29-4-2016 04:58 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 30-4-2016 07:58 AM

29 April 2016

MIRI: Lapan nelayan warga tempatan termasuk seorang juragan yang dikhuatiri hilang selepas keluar menangkap ikan di laut sejak 13 April lalu dijumpai selamat di kawasan perairan Bintulu pagi kelmarin.

Kesemua mangsa bersama kapal mereka telah dijumpai pada jam 11.35 pagi, 27 April lalu oleh pihak majikan yang turut melancar gerakan mencari sejak mereka dilapor hilang tiga hari lepas.

Difahamkan, nelayan terbabit telah keluar ke laut untuk memancing ikan di kawasan perairan Miri namun kapal mereka mengalami kerosakan enjin telah dihanyut oleh arus sehingga ke kawasan perairan Bintulu.

Terdahulu, pada 26 April lalu, anak kepada salah seorang nelayan terbabit membuat laporan polis di Balai Polis Lutong berhubung kehilangan bapanya bersama tujuh orang rakan yang lain sejak keluar memancing ikan pada 13 April.

Sebaik laporan dibuat, beberapa agensi berkaitan seperti polis, Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dan sebuah kapal nelayan telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat.

Bagaimanapun, semua mangsa dijumpai selamat pada jam 11.35 pagi, 27 April lalu oleh pihak majikan turut serta mencari mangsa sejak mereka dilapor tidak pulang ke rumah selama lebih dua minggu.

Pada 13 April lalu, semua mangsa telah turun ke laut jam 7 pagi dari sungai Kampung Pengkapan Lutong dengan menaiki sebuah kapal gentian kaca berukuran 73 kaki panjang dan 15 kaki lebar dengan membawa bekalan minyak sebanyak 4,000 liter. - Sarawak News

p/s seb baek tak diculik Abu Sayaff...13 April kuar mancing, 26 April baru repot?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-4-2016 05:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Teida yang mistiknya peminat hentai, anak unmah asli lebih sebulan boleh survive.semua kuasa elohim..siapa kita nk takwil2
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 03:06 AM From the mobile phone | Show all posts
Kepada pemancing laut dlm yg tegar. Korang belilah epirb atau plb. Senang sikit kalau ada kecemasan.
Reply

Use magic Report

Post time 30-4-2016 04:29 AM | Show all posts
Awat tang tajuk tu abam tongtaik kata 9 orang terselamat? bukan ke 8 orang je dalam bot tu?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 10:52 PM GMT+8 , Processed in 0.074317 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list