CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

[Jenayah] Rakyat Malaysia mati di Ho Chi Minh, #309 jenazah dibawa pulang

[Copy link]
Post time 3-5-2016 04:23 PM | Show all posts
caramellatte replied at 3-5-2016 03:55 PM
Husband aku ada trip dengan kekawan dia 29hb ni. Mula2 dorang dah book backpackers sbb nak sep bajet ...

hotel kat sekeliling Ben Thanh tu byk yg murah...
lagi selamat situ and more convenient...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 04:36 PM | Show all posts
hotel hauk sgtkah xder cctv?
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 04:48 PM | Show all posts
xtahumenahu replied at 3-5-2016 04:36 PM
hotel hauk sgtkah xder cctv?

kannn...cctv
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 05:49 PM From the mobile phone | Show all posts
cauliflower replied at 3-5-2016 04:05 PM
pelancong arab mewah ke sis?
bukan itu semua arab low class yg biasa biasa jah....kedekut taik id ...

nak tau mereka kaya tak kaya... tgk camne salesgirl layan diorang kat pavi, klcc

setakat muka asian or kokusen cabuk.. takdenya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:02 AM | Show all posts
takde update ke cerita ni...

kawan sebilik arwah tu kena tahan x?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:34 AM | Show all posts
Hmm...pernah pergi time 2014, mak yang jadi guide. pergi dengan adik2 dan makcik Alhamdulillah ok. Malaysian ramai duduk area Ben Thanh macam Saigon Pink, Thanh Truong. Naik van Vinasun sebab tuh ada meter. Shopping ok jugak, kalau bersungguh nak, tawar harga dan beli jgnlah tak jadi, memang dia marah sebab dah tawar. Macam kalau nak tour Mekong/Chu chi mintak hotel arrangekan pakej dalam 10-15 USD. Dan penting sangat ambil travel insurans. Air asia pun ada offer bila kita beli ticket. Cover kalau barang hilang, medical, flight cancel/delay, pengurusan mayat included tak salah. Tak mahal, bawah RM50 selalunya. Kita sama-sama ambil pelajaran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 09:41 AM | Show all posts
janganla sesekali tinggalkan passport asal di kaunter hotel
bahaya kalau diorg bagi pada sindiket
kalau diorg gunakan passport anda untuk tujuan tidak elok
kalau nk jimat duit sekalipun,
carilah hotel yang tak pegang passport
sbb kalau pergi luar negara, passport tu nyawa
sebelum booking confirm kan dengan hotel, sama ada hotel akan pegang passport atau tidak
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:22 AM | Show all posts
guesswho09 replied at 3-5-2016 10:38 AM
kalu hotel 5 bintang tak da nya mcm ni
ini selalunya budget hotel
yg selalu rombongan cik kiah d ...

yes, we stayed at budget hotel under airasiago package. no point staying at 5 star hotels for backpackers like us
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2016 08:34 AM | Show all posts
baca kat paper mana malam tadi. katanya, mayat dibawa pulang hari ini.
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:36 AM | Show all posts
Syd replied at 6-5-2016 08:34 AM
baca kat paper mana malam tadi. katanya, mayat dibawa pulang hari ini.
ada tak update dari kawan yang sepatut nya bersama dia?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2016 08:38 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-5-2016 08:36 AM
ada tak update dari kawan yang sepatut nya bersama dia?

takde.

kalau Msia mmg laju je ada news.

dah jadi tempat orang, mmg payah lah
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 08:39 AM | Show all posts
Syd replied at 6-5-2016 08:38 AM
takde.

kalau Msia mmg laju je ada news.
tu la pasal
kalau ader mohon tag yer
ingin gak nak tau apa cerita sebenar nya
kawan tu pun mangsa juga kah atau pemangsa..


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2016 08:41 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 6-5-2016 08:39 AM
tu la pasal
kalau ader mohon tag yer
ingin gak nak tau apa cerita sebenar nya

mungkin dalam sessi soal siasat lagi.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-5-2016 08:45 AM | Show all posts
Jenazah Mohd. Azhar dibawa pulang esok

05/05/2016 6:30pm


KULIM - Jenazah rakyat Malaysia yang ditemui mati dalam sebuah hotel di Ho Chi Minh, Vietnam Khamis lalu, Mohd. Azhar Abdul Wahab, 33, akan di bawah pulang ke Malaysia esok melalui penerbangan kargo untuk urusan pengkebumian.

Adik kepada Allahyarham Mohd. Azhar, Mohd. Noorazman memberitahu, jenazah abangnya akan dibawa pulang menggunakan pesawat Malaysia Airlines Bhd. (MAB) penerbangan MH751 dari Ho Chi Minh pukul 12 tengah hari dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pukul 3 petang, esok.

Menurutnya, dia akan memastikan jenazah abangnya dapat dimasukkan ke dalam kargo pesawat penerbangan itu pukul 9 pagi esok untuk memastikan  urusan tersebut berjalan dengan lancar.

"Kami mendapat kerjasama yang baik daripada pihak kedutaan Malaysia di Ho Chi Minh, Zhairudin Abdul Wahid dan Sofian Akmal Abdul Karim dalam urusan membawa pulang jenazah Mohd. Azhar," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Dalam pada itu, jenazah Mohd. Azhar dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Air Merah di sini pukul 7 malam esok. - K! ONLINE

Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 10:47 AM | Show all posts
Syd replied at 6-5-2016 08:41 AM
mungkin dalam sessi soal siasat lagi.

kwn dia tu nanti mungkin akan balik ke msia
tgk la nanti polis siasat tak kwn dia tu
mayat arwah ni dijumpa dlm bilik
i tetap rasa dia dibunuh oleh org yg dia kenal
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 11:45 AM | Show all posts
Apa agaknya perasaan penumpang flight tu kalau tau yg flight tu ada bawak jenazah ek. Ke kalau jenazah ni bawah guna flight khas utk kargo jr? Maaf tak tauuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-5-2016 11:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Syd at 6-5-2016 11:28 PM

Kebumi malam ini
Nursyahirah Marzuki
am@hmetro.com.my

Sepang: Jenazah Mohd Azhar Abdull Wahab, 33, yang ditemui mati dalam bilik hotel di Ho Chi Minh, Vietnam, 27 April lalu selamat tiba di tanah air kira-kira 2 petang hari ini.

Jenazah dibawa pulang dengan pesawat Malaysia Airlines.

Pegawai di Pejabat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu, Mohd Hazril Ezni Zulkapli mewakili adik mangsa, berkata pengurusan jenazah di Vietnam mendapat kerjasama baik daripada Konsulat Jeneral Malaysia.

“Alhamdulillah, segala urusan dipermudahkan dan jenazah turut dimandikan oleh masyarakat Kampung Melayu Champa. "Sebaik tiba, jenazah akan disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Masjid Air Merah pada malam ini," katanya di Kompleks Kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Turut kelihatan adik Allahyarham iaitu Mohd Noorazman.

Van jenazah kelihatan keluar dari Kompleks Kargo KLIA pada 4.20 petang diiringi dua kereta diwakili kakitangan Pejabat Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu yang membantu pengurusan jenazah.

Mohd Azhar ditemui mati dengan kesan kelar di kepala dan bahu selain terdapat kesan darah di lantai hotel di Ho Chi Minh.

Artikel ini disiarkan pada :
Jumaat, 6 Mei 2016 @ 7:52 PM
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 01:45 AM GMT+8 , Processed in 0.072811 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list