CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3227|Reply: 23

[Tempatan] {2} Anda buruh? SELAMAT HARI BURUH !

[Copy link]
Post time 1-5-2016 09:37 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 1-5-2016 09:53 AM




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-5-2016 09:38 AM | Show all posts
Edited by tongkatwaran75 at 1-5-2016 09:40 AM

Fikirlah: Hari Pekerja, Renungkanlah Masa Hadapan Pekerja Kita

Oleh Ravindran Raman Kutty

KUALA LUMPUR (Bernama) -- Hari Ahad ini (1 Mei) Hari Pekerja. Hari untuk menghargai golongan pekerja yang begitu banyak menyumbang kepada pembangunan negara dan rakyatnya.

Tenaga pekerja di negara ini mencatat pertumbuhan sekitar 2.7 peratus setahun dengan jangkaan kenaikan dari 12.4 juta pada tahun 2010 kepada 14.2 juta pada tahun 2015.

Ini berikutan kenaikan untuk usia bekerja serta penyertaan lebih ramai kaum wanita dalam tenaga pekerja.

Bagaimanapun, usaha Malaysia untuk bergerak ke arah ekonomi berpendapatan tinggi, pengetahuan bernilai tambahan tinggi, serta kegiatan ekonomi berdasarkan teknologi mengalami cabaran besar dari sudut tenaga pekerja.

Antara cabaran itu ialah kadar pekerja berhenti kerja yang tinggi, kesulitan mengambil pekerja baru serta mengekalkan pekerja mahir dari kalangan modal insan tempatan serta keperluan mendesak untuk mengambil pekerja asing.

Sekarang timbul masalah lagi rumit iaitu pergantungan negara ini ke atas pekerja asing.

Perusahaan Kecil dan Sederhana (SME) tempatan lebih gemar menggaji tenaga pekerja paling murah, dalam perkataan lain pekerja asing. Mereka sering menggunakan alasan keuntungan kecil.

Ini menyebabkan keadaan penggajian berorientasikan "pekerja asing", dan mengarah kepada kos rendah/gaji rendah. Ini sedikit sebanyak menyumbang kepada kadar pengeluaran rendah dan lebihan pekerja.

Pada pandangan saya, kita secara tidak langsung mewujudkan keadaan dunia ketiga di negara kita sendiri.

Syarikat Jepun di Malaysia yang bimbang dengan kekurangan tenaga pekerja serta pekerja mahir yang berpengetahuan merancang memindahkan operasi mereka ke negara lain seperti China.

Sekiranya keadaan ini berterusan, ia berpotensi menyebabkan sektor pengilangan Malaysia lenyap dari peta dalam tempoh lima tahun akan datang.

Hampir dua juta pekerja asing bukan mahir telah membanjiri negara kita. Ini tidak termasuk anggaran dua juta lagi yang bekerja di negara ini secara haram, terutamanya dalam sektor pertanian, pembinaan dan pengilangan.

Laporan terkini menunjukkan ramai majikan mendakwa kegiatan perniagaan mereka akan terhenti sekiranya mereka tidak dibenar mengambil pekerja asing. Ini memandangkan dalam kalangan rakyat Malaysia, bidang kerja itu dilihat sebagai kotor, sukar dan dipandang rendah.

Majikan tidak mempunyai pilihan selain daripada menggunakan pekerja asing kerana mereka mudah diurus dan tidak menuntut kenaikan gaji.

Malah sesetengah majikan tempatan mengugut untuk memindahkan operasi mereka sekiranya penggajian pekerja asing yang "kosnya rendah" ditolak.

Hasilnya, pekerja asinglah mengisi peluang pekerjaan, tambahan mereka tidak kisah bekerja dalam keadaan yang kotor, berbahaya serta waktu kerja yang panjang atau gaji rendah. Semuanya ini membuatkan kos tenaga pekerja dapat dikekalkan rendah.

Kemasukan pekerja asing juga turut mencetuskan masalah kesihatan, sosial serta keselamatan. Tindakan mereka menghantar pulang sejumlah besar gaji mereka memberi kesan negatif kepada imbangan pembayaran negara.

Tambahan, ramai akan pulang ke negara masing-masing dengan membawa bersama kemahiran mereka.

Wang yang dihantar pulang dari Malaysia oleh pekerja asing yag sah meningkat dua kali ganda dari RM10 bilion pada tahun 2009 kepada hampir RM20 bilion pada tahunn 2015.

Lima negara teratas pada tahun 2012 ialah Bangladesh (RM3 bilion), Indonesia (RM3 bilion), Nepal (RM2 bilion), India (RM625 juta) dan Filipna (RM561 juta).

Bagaimanapun, kita perlu berhati-hati dengan gesaan untuk menghentikan import pekerja asing.

Industri pengilangan dan sektor pertanian tempatan tidak akan mampu menanggung kos menggaji pekerja tempatan.

Bagi rakyat Malaysia, Hari Pekerja mengingatkan kepada beberapa isu semasa yang perlu ditangani iaitu pergantungan besar terhadap pekerja asing berkemahiran rendah, struktur upah yang rendah, pekerjaan berkemahiran yang tidak mencukupi, kadar pengeluaran buruh yang rendah, undang-undang buruh yang tidak boleh diubah, kurang maklumat pasaran buruh serta pengangguran belia.

Oleh itu, pada Hari Pekerja ini marilah kita sama-sama memikirkan bagaimana pekerja tempatan boleh mengambil alih kerja pekerja asing pada masa jangka panjang.

Satu cara, kita boleh meningkatkan produktiviti, mewujudkan lebih banyak pekerjaan yang memerlukan kemahiran, mengurangkan jurang upah dan memperkenalkan idneks upah kebangsaan.

(Ulasan ini pandangan peribadi penulis dan tidak mencerminkan pendirian Bernama terhadap apa yang dikatakan oleh penulis)

BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 09:40 AM | Show all posts
apa beza buruh dengan pekerja??aku tokey,hari tokey xde
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 09:40 AM | Show all posts
selamat hari pekerja..

esok cutiiii,
tapi ada keje kat rumahhhhh..
soalan peksa kena buatttt...
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 09:54 AM | Show all posts
yahoooooooooo
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku penganggur . Hari penganggur xde?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-5-2016 10:05 AM | Show all posts
Selamat Hari Pekerja kepada semua pekerja....

Kepada Employer2 & Owner2 Syarikat ,Selamat membayar double/triple pay kepada pekerja anda yang terpaksa kerja hari ini.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 10:33 AM From the mobile phone | Show all posts
mekasih ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2016 11:28 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari buruh kasar.
Sesaje aje akak tepek meme nih....

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 11:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Buruh!

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 11:39 AM | Show all posts
nak cuti pun tak senang kerja menimbun-nimbun.
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 11:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Betul juga tu..hari tokey takde ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 12:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari butuh
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 12:18 PM | Show all posts

typo ke tu

Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 12:48 PM From the mobile phone | Show all posts
esok cuti lgik..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 12:53 PM | Show all posts
happy labor day uols ...

iols kat opis nie ... nak siapkan kije yang piling up ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-5-2016 01:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari cacai
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 01:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Amandaa replied at 1-5-2016 11:51 AM
Betul juga tu..hari tokey takde ke?..

Tokey kira duit masyuk ke x.... klu untung hari2 hari tokey .....
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 04:41 PM | Show all posts
JENABREJAM89 replied at 1-5-2016 01:49 PM
Tokey kira duit masyuk ke x.... klu untung hari2 hari tokey .....

Betul juga tu..untung jadi tokey..jenabrejam89 ni mesti tokey besar ni..
Reply

Use magic Report

Post time 1-5-2016 04:57 PM | Show all posts


Kat Thailand, Korea Selatan dan Indonesia mana ada Hari Pekerja..

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 01:13 PM GMT+8 , Processed in 1.269483 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list