CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3614|Reply: 35

[Dunia] Kes Rompakan Bank Yang Pertama Dalam Sejarah Korea Utara

[Copy link]
Post time 2-5-2016 06:43 PM | Show all posts |Read mode

CAWANGAN Bank Pusat Korea Utara. - Foto AP

PYONGYANG: Sejumlah wang tunai dicuri dari cawangan Bank Pusat Korea Utara pada 4 April lalu, dalam apa yang dilaporkan sebagai rompakan bank pertama dalam sejarah negara itu.

Pada tarikh berkenaan, sekumpulan penyerang bersenjata tidak diketahui memecah masuk ke cawangan bank berkenaan di bandar raya Cheongjin, dan merompak sejumlah besar wang.

Jenayah itu menjadi rompakan yang pertama dalam sejarah rejim berkenaan, lapor Korea Times memetik Radio Free Asia sebagai berkata.

Bank berkenaan, terletak di Wilayah Hamgyong Utara, kini ditutup, dengan polis berkata jenayah itu dibantu orang dalam.

"Rompakan itu mustahil dilakukan tanpa bantuan orang dalam," kata jurucakap polis dipetik Korea Times.

Rompakan berkenaan memaksa cawangan lain Bank Pusat di negara itu meningkatkan kawalan dengan membawa masuk lebih ramai kakitangan.

Ia juga mendorong perhatian kepada fakta bank seluruh Korea Utara menyimpan wang lebih banyak berbanding biasa menjelang kongres Parti Pekerja yang dijangka bermula 6 Mei ini. - Agensi

SUMBER: http://www.bharian.com.my/node/149479

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2016 06:49 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak psl2 nanti pekerja bank  tu ditembak oleh pakcik kim sbb disyaki bersetongkol.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 07:15 PM | Show all posts
sudah tiba masa untuk rakyat rebel kot...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 07:18 PM | Show all posts
kim dah gatal tangan nak tembak tu
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 07:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Korea Utara x der minyak, next
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
msxx replied at 2-5-2016 06:49 PM
Tak psl2 nanti pekerja bank  tu ditembak oleh pakcik kim sbb disyaki bersetongkol.

setongkol jagung lebih sedap.dari bersetongkol okeh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 2-5-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg berani sgt nak kena tembak ngan rejim generasi Kim ni?

Sedangkan bapak sedara sekeluarga pun mati kena bunuh. Kahkah.
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 09:21 PM From the mobile phone | Show all posts
shernazz replied at 2-5-2016 07:34 PM
setongkol jagung lebih sedap.dari bersetongkol okeh

Hahahaha... sekongkol jd setongkol...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-5-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Habisla perompak tu kalu kene tangkap pasti dibagi makan dgn babi lapar,pernah tjadi tau kat korea utara hukuman mcm tu kene lpskan dlm kandang anjing babi beberapa hari xmakan, kim jong un tgk je sambil tepuk tgn
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 09:34 PM | Show all posts
iols masih tak paham lagi budaya cara hidup org kat negara korea utara nie ...

ada sekali nonton kat learning channel 'don't tell my mother' ... reporter tu wat rakaman kat korea utara ... cara hidup rakyat telah ditetapkan oleh kerajaan ...
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 09:39 PM | Show all posts
rakyat dah melepaskan perasaan
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Inilah sistem pemerintahan yang didambakan oleh rakyat malaysia

Aman, tiada kecurian, rumah free
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 10:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Terdesak sgt kot ni...sanggup menempah maut sgt
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 11:37 PM | Show all posts
sukacactus replied at 2-5-2016 10:30 PM
Terdesak sgt kot ni...sanggup menempah maut sgt

ke dia mendambakan cabaran seperti di kota malaysiaaa....

pak polisi pon xde keje...keje tangkap orang curik bendera....apa kes...bagi cabaran sikit....kahkahkah
Reply

Use magic Report

Post time 2-5-2016 11:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Bahkan bekas gelpren Kim jua ditembak mati

Life theyols sgt menakutkan for macik...macik pernah berpeluang sggh kt port korea ms deliver LNG...tp tak boleh keluar dari kapal..karang kene tembak muahahahaha so macik xde pengalaman lah nengok kehidupan meke..sekian..macik mmg suka story memalam gini.
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:58 AM | Show all posts
kadar kes jenayah di korea utara adakah antara yg plg rendah di dunia?
sampaikn baru 1st time kes rompak bank ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 08:42 AM | Show all posts
wow.. dlm sejarah kena rompak.

kat mesia ni kena rompak pkra biasa je..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:43 AM | Show all posts
kelapaparut replied at 2-5-2016 09:30 PM
Habisla perompak tu kalu kene tangkap pasti dibagi makan dgn babi lapar,pernah tjadi tau kat korea u ...

erk.. yeke??????
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:54 AM | Show all posts
mati la prompak tu kena tembak ngn kim nanti...cari pasal betul
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:58 AM | Show all posts
MissNigga replied at 2-5-2016 09:34 PM
iols masih tak paham lagi budaya cara hidup org kat negara korea utara nie ...

ada sekali nonton  ...

diorg ni klau merompak pun wat pe... bkn bleh enjoy sopping... tgk wayang... jln2 bagai
apa yg aku paham... rakyat depa mcm robot... no life....
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.278445 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list