CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4591|Reply: 58

[Tempatan] Rajah Sarawak baru: Ini negeri bapak saya

[Copy link]
Post time 3-5-2016 07:40 AM | Show all posts |Read mode
Sarawak bukan negeri bapa anda, Azmin

Aedi Asri | May 2, 2016
Abang Johari menegaskan, memang Sarawak adalah negeri bapa Adenan Satem.



MIRI: Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mempertahankan keputusan Ketua Menteri Sarawak mengehadkan tempoh Menteri Besar Selangor berada di negeri itu.

Datuk Seri Mohamed Azmin Ali sebelum ini menyerang Tan Sri Adenan Satem dengan berkata, ‘Sarawak bukan negeri bapa Adenan’.

“Biar saya jawab. Memang Sarawak ini negeri bapa (Adenan), bukan negeri bapa (atau) datuk kau (Azmin)’,” kata Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak ketika menghadiri program PBB di Saberkas, pagi tadi.

Beliau merujuk kenyataan Timbalan Presiden PKR yang mendakwa Presiden PBB menyalahgunakan kuasa autonomi Imigresen Sarawak, dengan mengehadkan tempohnya berada di Sarawak sehingga 2 Mei.

“Ini bukan negeri bapa anda (Adenan), tetapi milik semua rakyat Sarawak,” kata Azmin dalam satu ceramah di Siburan, Kota Samarahan, Sabtu lalu.

Azmin sebelum ini enggan akur kepada arahan Adenan yang mahu beliau menulis surat kepadanya bagi meminta kebenaran melanjutkan tempohnya di Sarawak.

Dalam pada itu, Abang Johari meminta BN Sarawak tidak terpengaruh dengan kata-kata Penasihat DAP, Lim Kit Siang bahawa parti itu berdepan risiko kehilangan sehingga tujuh kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

“Jangan leka dan termakan dengan (kenyataan Kit Siang). Maksudnya apabila tahu akan kalah, (DAP) akan kerja kuat. Kalau nak menang, kita juga kena kerja kuat.

“Undi Bumiputera jangan pecah. Kalau kita bersatu kita boleh menang di Pujut, Senadin dan Piasau. Kita sapu bersih Roket,” katanya lagi.
Beliau mengulangi kenyataan Adenan semalam, walaupun undi kaum Cina berpecah, sokongan penuh masyarakat Bumiputera di Miri akan membawa kemenangan kepada BN di tiga kerusi DUN itu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 07:42 AM | Show all posts


memang lah

Memang Sarawak ini negeri bapa (Adenan)



Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:43 AM | Show all posts
nape kena sebut bapa bagai..??
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:54 AM | Show all posts
P ramlee cakap..."ini kepala bapa engkau...dan ini kepala bapa engkau....berani pijak..."....hehehehe
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:14 AM | Show all posts
cam bebudak jeerrr..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Masa nie terserlah tahap pemikiran sebenar ahli politik bila berckp
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2016 08:18 AM | Show all posts
gaduh...gaduhhhh ... gaduhhh.........

lepas ni ... sorang akan cakap mak ko ijooooo .... bapak ko ijooooo
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Apasal pulak dia halang azmin? Dia masih KM ka? Kan dah bubar...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 08:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Saman je si Adenan dan Johari ni....baru dia tahu siapa Rajah

Saman jangan tak saman
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 08:48 AM | Show all posts
Politician ni bodoh. Termasuk sekali Azmin
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 10:55 AM | Show all posts
idup tok nan
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Dulu PKR jugak janjikan autonomi penuh kalau mng kat Sarawak...padan muka ko Azmin
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:28 AM | Show all posts
mujur dia tak sebut pak dia punya tanah
sebab pak dia dulu 1st governor sarawak
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
dulu time kecik ajuk2

bapak kau la
atok kau la
bapak ko ijau
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 11:56 AM | Show all posts
“Biar saya jawab. Memang Sarawak ini negeri bapa (Adenan), bukan negeri bapa (atau) datuk kau (Azmin)’,” kata Abang Johari yang juga Menteri Perumahan dan Pelancongan Sarawak ketika menghadiri program PBB di Saberkas, pagi tadi.



tor baek..
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 12:02 PM | Show all posts
pkr ni tak perlu la sibuk di sarawak sana. dengan dap pun kecut perut......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 12:02 PM | Show all posts
BODOH!!!!!!.....NI NEGERI MAK BAPAK KO PUNYA KE
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 12:10 PM | Show all posts
all4rez replied at 3-5-2016 08:25 AM
Apasal pulak dia halang azmin? Dia masih KM ka? Kan dah bubar...

Dia tak halang Azmin....
cuma minta Azmin buat permohonan lanjut masa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 12:11 PM | Show all posts
Hehe baru tau undang2 srwk ni bole disalahgunakan..mane bole hak halang org masuk sesebuah negeri ditentukn oleh parti politik.karut ja
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 12:12 PM | Show all posts
negeri sarawak BIJAN yg punya.

taksalah kalu warga sarawak sokong paknan kesayangan tu.
tapi, kene pikir pada skop yg lebih besar. DEMI NEGARA.

even pembangkang menang 100% kat sarawak pon BN masih
majoriti. paknan tersayang masih berkuasa seperti biasa.
tapi, yg kita nak buktikan ialah keberanian warga
sarawak TOLAK BIJAN.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:40 AM GMT+8 , Processed in 0.214628 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list