CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2347|Reply: 1

Sis, Jangan Lepaskan Peluang Lakukan Semua Ini Ketika Umur 20 Tahun

[Copy link]
Post time 3-5-2016 04:06 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Izzah Abbasy

Ketika masih muda dan seusia 20-an merupakan zaman muda yang paling terbaik dalam hidup. Kalau tak percaya, cuba tanya orang-orang di sekeliling anda dan pasti ramai yang bersetuju!

Berikut merupakan 5 perkara yang harus anda lakukan ketika berusia 20 tahun. - CARI Infonet
1) Mengembara Selagi Ada Peluang




Perjalanan menjadi semakin sukar apabila umur semakin meningkat dewasa, terutamanya apabila anda semua sudah berkeluarga dan terikat dengan pelbagai komitmen. Kesemua itu akan menjadi satu penghalang disebabkan untuk mengekalkan keutamaan anda dalam perbelanjaan. Menggembaralah selagi anda semua masih mempunyai masa dan kebebasan pada usia 20 tahun.

2) Mengumpul Duit Untuk Kesenangan




Memandangkan usia semakin berumur, kos sara hidup semakin tinggi, jadi eloklah jika anda semua mula mengumpul duit dan banyakkan berjimat untuk kegunaan masa depan. Wang yang disimpan boleh diguna di saat kita memerlukannya.

3) Belajar Di Universiti




Menjadi satu kemestian di usia 20 untuk anda menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi. Persekitaran belajar di Universiti tidak sama seperti belajar di sekolah. Anda akan menjumpai ramai kawan, kenalan, gaya hidup yang lebih matang ,berpelajaran dan sebagainya. Selain itu, jangan sia-sia kan peluang jika diberi tawaran untuk menyambung pelajaran ke luar Negara. Peluang keemasan hanya datang sekali seumur hidup.

4) Bergaul Dengan Ramai Kenalan




Warnakan zaman muda anda dengan mengenali ramai kenalan, jangan sombong dan jadilah seorang yang peramah. Kawan-kawan yang ramai akan menceriakan hidup anda. Tetapi, anda semua harus beringat dan jangan sesekali salah pilih kawan ya !
5) Luangkan Masa Dengan Keluarga




Keluarga sentiasa harus didahulukan dari semua perkara. Luangkan kualiti masa anda dengan keluarga tercinta. Hargai masa anda dengan orang tersayang sebelum terikat dengan keluarga sendiri, komitmen, kerja dan sebagainya. Ibubapa adalah segala-galanya.


Saja Kongsi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 08:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye betul. Inilah yang sedang sis lakukan.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 01:17 AM GMT+8 , Processed in 0.055285 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list