CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: cutepiee

Normal ke everyday ada je benda nak digaduhkan?!

[Copy link]
Post time 9-5-2016 10:14 AM | Show all posts
Edited by CikguZara at 9-5-2016 10:27 AM

Esok di YM, hakak citer kat kawan lelaki hakak pasal masalah kami. Duit yg sepatutnya buat belanja kawen, dah habis. Sedih kat hati semua itu ini. Selama ni kawan lelaki je yang duk citer masalah. Sekarang ni hakak plak duk citer masalah hakak kepada dia. Kawan lelaki rileks je. Dia kata tunggu dia datang amik kat opis. Lunch sesama.

Jiwa hakak serabut hakak minta kawan lelaki hakak bawak hakak kemana dia nak pegi. Pagi tu g kerja tunang amik hantar, so hakak bgtau tunang, jgn amik petang, nak balik ngan kawan opis. Kawan lelaki drive sampai la ke PD. Dari lunch tak masuk opis, membawak ke PD. Dan kawan lelaki pun masa tu janji nak kenalkan dengan bakal isteri dia. Tapi tak kesampaian sesi perkenalan tu. Sebab sepanjang perjalanan, hakak nangis, dan nangis dan nangis. Kawan hakak gosok belakang je. Meibi sebab masa tu dia tengah drive. Kalau keta berhenti mungkin jugak dia gosok belakang, depan atas bawah noks!

Pastu dia berentikan kereta kat tepi pantai. Kami keluar jalan jalan tepi pantai. Dalam jam 8-9ish gitu. Makin rancak esak hakak. sambil berdiri. Si kawan hakak ni, mungkin duk esak sangat, dia pusingkan badan, dia peluk sambil berdiri uols. Dan mungkin tepat apa yang dia buat, hakak balas pelukan tu. Erat. Rasa puas sangat dapat peluk sambil menangis. Sambil dia usap kepala. Peluk makin erat.
Hakak pendet, dia tinggi. Celah kangkang dia rasanya duk cucuk2 bawah perut hakak, atas skit dari ehem ehem. Tek hakak kemik, bayangkan la erat tak erat. Dia pegang dagu hakak, angkat tinggi, dan dia kiss bibir hakak. Kiss...
hakak diam. Terkedu. Kiss. Bibir tu bibir..kiss lagi. Sampai hingus dan air mata terkena lidah. Masin, dan belendir. Dan rupanya bibir dia ada kesan-kesan pedas makan tomyam lunch tadi. kehkehkeh. Maybe seminit or tak sampai seminit kami berkissan. Tapi sebab masa berkissan tu donia macam kami punya, donia terhenti berputar., rasa lama. Perasaan, ko jgn ckp lah. Sana sini berdenyut. Sib baik bibir yang pedas kesan tomyam tu potong semua, kalu tak kat situ jugak bergelumang gamaknya.

Hakak tolak dia.

"kenapa kau buat aku camni? kau kata ko kawan aku. Selama ni aku dengar masalah kau, aku bantu mana boleh, kau amik kesempatan pada aku ke? aku tengah sedih tapi kau buat macamni"

dia jawab

"zara, ko tau kenapa aku kuat untuk putus tunang dengan dia? kenapa aku dah tak pujuk dia gila gila macam dulu..kau penguat aku tau. kau pengganti dia. Aku nak kau. Kawen ngan aku. Cincin yang kau pilih tu memang untuk kau."

"gile kau, aku ni tunang orang..aku sayang dia lebih dari aku sayang kau sebagai kawan aku...hantar aku balik"

Dia diam. Dalam kereta dari PD ke KL pun dia diam. Cuma dia genggam tangan hakak sepanjang perjalanan. ..Kenapa tah masa tu hakak biarkan je. Mampus la kau masuk gear pun tangan kanan, nak amik duit pun nak bayar tol pun pakai tangan kanan. Masuk simpang pun nak terpulas stereng ngan tangn kanan..Aku letak je tangan, ko yang genggam takmo lepas apasal?
Sampai rumah, dia tanya, esok boleh tak dia datang amik hakak g kerja. Hakak cakap tak payah. Tunang aku amik. Dia suh hakak pikir bebetul. Dia nak suh mak ayah dia pegi hantar rombongan meminang hakak..lepas tu Dia blah. Sepanjang malam hakak tak bole tido. Tak percaya apa yang jadi. Hakak dah ter'suka' kat dia ke? atau situasi hakak sekarang yang buat hakak jadi macam ni. Dia kata, kalau hakak putuskan tunang dengan si dia, dia akan terus pinang dan terus nikah. No more tunang tunang. Kawen terus. Ko bukan tak kenal aku.
Yer, hakak memang kenal dia, tapi tak sekenal dengan tunang hakak. Hakak kenal dia dari forum. Dimana hakak baik dengan dia sebagai kawan bukan kekasih. Semua berlegar.

Esoknya macam biasa tunang datang amik g opis. Dia antar opis, lepas tu kami breakfast sesama. Tunang minta tolong, katanya Ucu dia call lagi. Minta lagi tambah 5ribu. Tak cukup nak sambung rumah. Kalau tak cukup nak sambung rumah, macam mana nak buat majlis kawen korang kat kg. Nanti malu orang kampung tengok rumah buruk bla bla bla ...Serba salah hakak ni woi. Duit dalam ASB tu ada dalam 10k lebih je. Kalau tunang minta, lagi mana nak cari nak kawen. Tunang nak bagi semua duit gaji dia. Abis dia takpayah makan duk KL ni. Makan dedak je ke? So hakak kata, saya bagi 2500 awak bagi 2500. Cukup lah tu. Lepas ni takyah renobet dah..cakap je takmo buat majlis kat umah lelaki. Senang. Tunang ckp, nanti ujung minggu balik kampung sesama. Nanti kita sama sama ckp sama Ucu. Takyah buat majlis dah kat umah saya. Cukup rumah awak je.
Ok set.

Kawan lelaki? lepas kejadian PD, hakak perasan, dia duk folo hakak ngan tunang. Sebab bila petang ada masa, tunang terlewat skit pick up dari opis, dia ada somewhere kat parking. Perasan sebab dia bawak kereta Ayah dia. Tapi dia parking jauh.
Perasaan hakak masa tu? berbelah bagi. Sayang dan cinta pada tunang. Tapi terjatuh selesa dan selalu gelak bila dengan kawan lelaki ni. He laughed at my jokes. Dia okay dengan perangai gila gila hakak. Buat masa sekarang, dia nampak "sempurna" lah.

Balik kampung nak hantar duit kat Ucu. Kali ni takmo transfer or bank in. Nak jumpa Ucu terus, nak minta Ucu paham keadaan kami. Walau tunang anak angkat, dia pun ada hak untuk bahagia. Asyik minta duit tunang je. Bila kami nak kawennya? Tapi rupanya Ucu tak dulik pun tak kisah pun walau aku ada seblah. Tunang kena hamun teruk. Sedih sangat. Derang pun tak sedar diri. Umah derang memang dah cantik besar. Nak renovate apanya? kan Ucu pun ada anak anak lain. Minta la ngan anak lain. Ni kenapa nak perah dari tunang hakak?

hakak ingat satu je keluar dari mulut Ucu, "ko ingat Zara, walau korang dah kawen pun, dia tetap kena tunai tanggungjawab pada kami..dia banyak hutang budi ngan kami."
Dan malam tu kami balik KL ngan bas. Ucu dia suh tinggalkan kereta tunang kat kampung. Pak Cu nak pakai katanya. Ko kat kl kan ada sebijik moto dan Zara ada kereta kan?
dan yang besnya, keluar je dari kampung, terperasan, ada kereta kawan lelaki ni mundar mandir. Tunang hakak dalam serabut serabut dia tak perasan. Hakak je perasan. Adei.
Dan yang habbatnya, hakak ni biasa kalau dah sampai KL, akan call mak kt kg, bgtau dah sampai. Mak tetiba marah, mak kata, ni sekendel kau datang rumah ni, minta tumpang rumah apa hal? ko pun dan ada tunang gatal pepek lagi ye ? Rupanya si kawan lelaki hakak ni pegi tido umah hakak kat kampung. Menyatakan hasrat hati. Ahh pening ni.
Mak ayah hakak rileks je. Dia kata, hakak ni tunang orang. Tak baik kacau tunang orang.. tapi pandai pulak kawan lelaki ni counter balik. Katanya hakak n tunang ada masalah duit la itu ini. Ko tau la kan orang tua, bila dengar anak nya ada masalah yang melibatkan masa depan dll, melompat lah. Macam mana kawan hakak bole tau rumah hakak? ada satu masa, sorang kawan forum kawen kat area dekat umah hakak, kami singgah umah hakak. So maybe dia ingat.

2 hari dia duk kampung, maybe nak amik hati mak ayah hakak. Lantak lah.

Kawan lelaki merayu-rayu ajak jumpa. Nak bincang katanya. Hakak tak kuat . Sebab sedikit sebanyak perasaan hakak dah terganggu. Hakak dah mula rasa kasih pada kawan lelaki, tapi masih rasa cinta pada tunang. tapi kawan lelaki ajak jumpa jugak. Hakak tak bagi dia lepak umah. Hakak suh dia datang amik, dan pergi somewhere. Dan somewhere tu adalah depan tesco puchong. Dalam parking. Ramai skit orang. Kekgi g tempat tak ramai orang bahaya. Ritu kat tepi pantai dah tercium cium, karang mana tau kot kot dada aku plak kat muka dia. Bahaya.

Dalam kereta dia merayu hakak. Dia kata dia dah memang cintakan hakak. Dia dah suka hakak dari dulu. Dan hakak keraskan bahawa hakak ni sebagai rebound dia je. Dia dalam keadaan frust dan dia perlukan pengganti, which is hakak yang terdekat. Dia kata, dia nak kawen terus. Suh hakak putuskan tunang cepat. Hakak diam. Dia pun sama main sentimen, si tunang is anak angkat, takde harta, keluarga huru hara. Which is keluarga dia stabil. Jangan risau kalau ada masalah kewangan or apa apa. Mak ayah dia bole bantu. Masa depan bakal anak pun kena kira. Kalu jenis keluarga yang nak perah duit kita je, bila kita nak kumpul harta untuk anak? kan? kata dia. Dan cilakak betul. Hakak termakan jugak. Yer, hakak kenal jugak family kawan lelaki hakak ni. Stabil. Berugama. Ada harta sikit sikit. Perasan jugak, mak ayah dia tak pernah minta duit dari kawan hakak ni. So gamaknya nanti kawen takde masalah la kot. Kot lah..mana nak tau. Nantilah, aku pikir. Dan dia hantar hakak balik umah. Tangan genggam, tak lepas cuma beza kali ni dia bawak Volvo apak dia. Besar gila ruang, sakit pinggang aku nak kasi dia genggam tangan duk atas riba dia. Dulu bawak MyVi je ruang dekat skit. hahahah

Tunang? Outsetesen kali ni. Sebulan ke Miri. tak bgtau. Dah sampai Miri baru bgtau. yang best, masuk keja, cek dalam M2u, duit simpanan kami berdua, hilang plak lagi. Bila cek, dia transfer ke Ucu lagi.  Dua bulan menyimpan RM5k, hilang plak. Sebab nak buat ucu punya Kitchen kabinet. Ko rasa?

Keta hakak plak, kakak hakak amik pakai kejap. Tapi memang keta dia pun. So patah kaki nak g keja. Masa ni kawan lelaki cucuk angin. Amik hantar kerja. Dan kami rapat. Sebulan. Terus menerus. hati hakak mula berubah sayang. Tunang? macam biasa...sehari sekali atau dua hari sekali call, ckp sekejap je. So, hati dah jadi lain.
Kawan lelaki ni dah ajar hakak erti "BERCINTA" . Tengok wayang, dating kat taman, sms bertalu talu nyatakan rasa sayang rindu which is mmg jarang sangat dapat dari tunang. Hakak completly lupa hakak ni tunang orang. Rasa terawang awang sangat. Kawan lelaki ni meamng pandai mainkan perasaan. Buat hakak rasa disayangi. Bagi bunga, bagi sekelat. Buat seperais.

Masa ni tarikh kawen dah tinggal 4 bulan. Tunang rileks lagi. hakak pun tunggu dia balik dari osetesen. Nak terus terang. Sebab hakak rasa, hakak dah redi nak tinggalkan dia. hakak cintakan kawan lelaki ni. Rasa happy dan bahagia sangat dengan kawan lelaki.
Hakak ajak tunang datang rumah. Masuk dalam rumah sewa. Cakap ada mende nak bincang. Tunang kata, nanti lepas dia main futsal, dia singgah. Ok, hakak tunggu.

Masuk dalam rumah sewa hakak. Muka tunang macam biasa. Takde perasaan. Hakak mulakan ayat. "bila kita nak nikah?"
kata awak lagi 4 bulan, tapi brapa HB?nak print card ni?
dia diam. Dia jawab slow je, "duit takde macam mana nak kawen"

Dan hakak pun cakap lah. "saya dah rasa tawar hati. Dah tunang lebih dr setahun, tapi takde usaha langsung awak nak percepatkan tarikh nikah kita. Awak dulukan keluarga awak. Duit abis semua awak bagi derang. Macam mana kita nak kawen? Saya dah sedia nak jadi isteri awak. Tapi awak ?"

dia tunduk, dia omel. Dia anak angkat, dia takde hak nak tolak apa saje derang mintak. Masing masing duk beban atas bahu dia. Tak sanggup plak hakak nak tengok dia nangis. So hakak cuba rangkul dia. Tapi, tatau la, apasal tak berapa nak feeling. takde dah rasa kasih dan sayang bila rangkul dia. Cuma rasa macam rangkul kosong. Jiwa kat lain.
Malas nak lama lama. Hakak mula bicara.

"saya nak terus terang. Sebenarnya saya dah bosan menunggu. Saya nak sangat jadi suri awak. Tapi dah la kita lama dah bercinta, bertunang pun buat apa lama? sekarang jiwa saya dah berbelah bahagi. Saya rasa saya dah jatuh kasih dan sayang pada Li. Saya tak sanggup nak duk lama lama tunggu awak. Li dah bgtau, dia sanggup kawen ngan saya dalam masa terdekat ni. Macam mana hidup saya ngan anak anak nanti kalau saya kena duk ikut cakap Usu, Pangah dan Andak? mati la saya nak makan apa kalau duit asik bagi derang...Saya nak putus tunang ngan awak"

Dia angkat muka, pandang lama sangat.
"awak tau saya sayang awak?"

hakak angguk. "tapi saya dah tak sangup nak tunggu"

''ini ke yang awak nak?"

Angguk lagi. Dan dia pun terus la ngomel. Dia kata kalau ini yang awak nak, saya tak boleh nak halang. Saya masih lagi terikat dengan tanggungjawab dengan family angkat dia. bla bla bla itu ini yada yada.

Hakak bangun masuk bilik amik cincin tunang. Hakak nak pass kat dia. Dia tanak amik. Dia kata, masa dia minta hakak, secara beradat..nak putus kena beradat jugak.
Kami sama sama menangis. Dia bangun, dia pegang kepala hakak, dia cium ubun ubun kepala hakak. Ya Allah, masa ni meraung jugak lah.

Dia kuar dari umah, turun tangga. Balconi memang mengadap tangga ke bawah apartment, Li ada kat luar kereta, berdiri tepi kereta. Tunang hakak lalu tepi dia,

dan tunang hakak tumbuk Li. Setepek jugak lah. Melekat dia kejap kat keta.Lantak lah. Ko kata ko cinta kan?

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-5-2016 10:44 AM | Show all posts

macam baca novel cerita cehegu zara ni..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 11:50 AM | Show all posts
Penuh drama.
Bahagia lah hendaknya ya Cikgu Zara.
Tips please....
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 12:09 PM | Show all posts
abih dah ke cite kak zaraaa.. sambung lagi puhlis. hhehe
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 04:17 PM | Show all posts
uhhhh nangis bacaa,,,
haku dahla nak kwen dah ni... sedang menjiwai..
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 06:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Gaduh itu seronok bila last2 dapat gelak sama sama sebab rasa bodoh je benda yg digaduhkan tu...

Tapi gaduh itu bodoh bila last last takde langsung jalan penyelesaiannya...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-5-2016 10:13 PM From the mobile phone | Show all posts
CikguZara replied at 9-5-2016 10:14 AM
Esok di YM, hakak citer kat kawan lelaki hakak pasal masalah kami. Duit yg sepatutnya buat belanja k ...

Arghhhhhhh...sedih dan rasa nak amuk je aku baca  nih!

Ko jgn letak disklemer plak kak: cerita ini reka rekaan semata. Haku sudu jugak ko nanti..




Pastu kak???
Reply

Use magic Report

Post time 9-5-2016 10:59 PM | Show all posts
CikguZara replied at 9-5-2016 10:14 AM
Esok di YM, hakak citer kat kawan lelaki hakak pasal masalah kami. Duit yg sepatutnya buat belanja k ...

giler kesian hidup ex tunang ko tu... dah la mak pak xde, dah la anak angkat, mak angkat dah xde, famili angkat ntah mcm hape je perangai, asyik kena perah je duit riban2 sampai duit nak kawin pun xde, kena dumped dek tunang..

dan, as cobbler said, "Pastu kak?"

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2016 08:38 AM | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 9-5-2016 10:59 PM
giler kesian hidup ex tunang ko tu... dah la mak pak xde, dah la anak angkat, mak angkat dah xde,  ...

Amboi mu...awal2 kemunculan lemah gemalai jah aku tengok..now cobbler ke hulu cobbler ke hilir..terkenan dengan manak kah?
Hang jangan...manak tu berhantu tauu...
dah dia sendiri pun memang antuuu..
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-5-2016 08:38 AM
Amboi mu...awal2 kemunculan lemah gemalai jah aku tengok..now cobbler ke hulu cobbler ke hilir..te ...

Cobbler = clover hill kah? Kompius kak zawa..

Inilah kisah hidupku..kisah betul hampir 10 tahun lepas..semasa bra masih tidak perlu bekerja kuat untuk menampung isinya yg memang tegang disitu...

Sambungan tak thrill sangat dah..biasa je..tukang buat card takmo tukar nama pengantin lelaki,ngan mak andam xmo amik tempahan sebab masing2 mmg kenal n sayang xtunang gitu. Sesi kejar mengejar kat highway bla bla bla

Eh rini hakak tak masuk opis jadi tak bole guna kemudahan opis utk reply..
Suami tersayang demam batuk pulak.
Kena duk umah jaga laki la yuols!
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 11:44 AM | Show all posts
CikguZara replied at 10-5-2016 11:02 AM
Cobbler = clover hill kah? Kompius kak zawa..

Inilah kisah hidupku..kisah betul hampir 10 tahun ...

Hurmm..sebegitulah seadanya..hakak kenal manak kan..?
mulot capoi dia lah yang sesedap lutut jah nak penama orang..
rospinki jadi robinski
hana jadik hanabanana (just to name a few here..)

Ala sis..alang2 dah celup budu tuh, kasiklah sampai jadik nasik kerabu
barulah kami-kami bule blurrppp sendawa kekenyangan alhamdulillah gitu....


Sambung tauuu..



p/s: get well soon to ur hubby....sakit nak bermanja tu...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 12:22 PM | Show all posts
Clover_Hill replied at 10-5-2016 08:38 AM
Amboi mu...awal2 kemunculan lemah gemalai jah aku tengok..now cobbler ke hulu cobbler ke hilir..te ...

owh... ai tot cobbler tu your popular name.. sorry... my bad..

++++++++++

to chegu zara.. as cobbl.. eh silap.. as clover said.. alang2 ko dah celup budu tu, biar sampai jadik nasik kerabu..

barulah kami2 ni yg setia membaca cerpen kisah cinta ko buleh blurrppp sendawa kekenyangan mkn nasik kerabu...

++++++++++

to tt... utk memastikan thread ni tak lari topik.. sila rujuk komenku yg tertera di bawah...

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 12:22 PM | Show all posts
mula2 baca ayat2 ko tt di first post tu aku pening berpinar mata ayat xde perenggan.. so no komen..

sekarang baru tergerak hati nak komen...

pd pendpt aku lah kan wahai tt...

korang jadi mula bergaduh tiap2 hari walaupun perkara kecik sbb segala masalah yg berpunca samada dari korang berdua sendiri atau persekitaran telah mempengaruhi secara total kehidupan seharian korang...

maksud aku, segala masalah, dari kecil hingga besar, terkumpul sedikit demi sedikit dlm kehidupan korang berdua sehinggakan dah activate perasaan benci atau marah melalui minda separa sedar korang.. disbbkan tu la korang x phm nape asyik gaduh je...

sbg contoh la kan mengenai perasan marah auto thru minda separa sedar ni, situasi kehidupan suami isteri muda yg bermasalah, disbbkan si suami ni senang sngt mesra dgn pempuan lain, bila dngr je si suami berckp dgn pempuan lain dlm perbualan telefon, tetiba je si isteri mula hangin x tentu pasal walaupun perbualan fon si suami td hanyalah pasal kerja di ofis..

perasaan marah si isteri tu activated secara otomatik disbbkan si suami tu penah kantoi ada banyak skandal sebelum ini...

disbbkan hubungan ko dan bf dah pun bermasalah yg agak berat keadaanya dan si bf pun (menurut cerita ko) bnyk kali kantoi keluar dgn pempuan lain, aku cadangkan ko ajak dia duduk sama2 berbincang tentang hubungan korang berdua.. berbincang dlm keadaan tenang dan mencari jalan penyelesaian, dan bukan dlm keadaan beremosi dan masing2 mencari salah masing2..

perbincangan tu hanya akan dpt mghasilkan positive result sekirannya kedua2 pihak (bukan setakat satu pihak sahaja) berusaha melakukan yg terbaik...

sekiranya perbincangan dah dijalankan dan fasa utk masing2 perbaiki diri masing2 dah pun tamat tapi masalah yg sama masih berulang lagi... dan bf ko pun masih lagi kantoi keluar dgn pempuan lain... then aku rasa adalah lebih baik korang bawak haluan hidup masing2 berasingan.. xyah lagi dh dgn bf ko tu dan ko cari la laki lain yg lebih sesuai utk ko jadikan jodoh sehidup semati ko...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 01:25 PM | Show all posts
Blueberri replied at 8-5-2016 11:29 AM
hahahhaha, beliau asek kata iols cam budak2 jek tak matang

yg ekau jadi mangsa pasai aper pulak ...

mangsa ekau mengadu2 la..
kena jadik kaunselor tak bertauliah pulak eden...
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 01:45 PM | Show all posts
CikguZara replied at 9-5-2016 10:14 AM
Esok di YM, hakak citer kat kawan lelaki hakak pasal masalah kami. Duit yg sepatutnya buat belanja k ...

siannya ex tunang akak...orang amek kesempatan atas kebaikan dia..
tak cukup kesian lagi ke idop takde parents gitu..
sampai nak kawen pun deols dok buat naya kat heols...

Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2016 02:36 PM From the mobile phone | Show all posts
terma2nkondisi2 replied at 10-5-2016 12:22 PM
owh... ai tot cobbler tu your popular name.. sorry... my bad..

++++++++++

Well..u know lah manak kannnn...

Small matter lah..no small heart (kecik ati) pun...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 02:46 AM | Show all posts
zara woittt

honeymoon ngan first nite pun kne stori gak wehh

ini kau buat sluar forumer kuning2.................mcam baca novel pastu org curi novel tuh.........x puas ati woo..............xdek closure...........anti climatic.............haqhaqhaqhaq
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 06:34 AM | Show all posts
Selepas Li kena tumbuk setepek oleh tunang, Li pandang atas, balcony. tunang pun pandang atas, hakak. Hakak? tengok je. Abis nak suh hakak buat macam mana? Tunang press moto kuat, keluar dari kawasan perumahan hakak. Li, duk jugak pandang hakak kat balcony. Nak suh aku jemput naik le tu? nak suh aku gosok pipi sambil tu bole romen2 lettuew. Piirah mabuk. Hakak buat tatau. Masuk umah, try dial no tunang. Risau gak dia bwk moto dalam keadaan camtu. Lamaa...tak berangkat. So hakak biarkan dalam setengah jam, bajet mungkin dia sampai ke Sux Alam gitu. Tapi hati tak tenang. Keluar balcony, tengok Li ada kat bawah lagi. Dalam keta. So hakak turun, jumpa Li, minta tolong Li pegi Sux Alam, umah sewa dia kat Sux Alam.
Tapi cam ne tah Li ni ngelat ngelat, dia bawak hakak pusing pusing kat kawasan perumahan hakak tu. Dan tuhan nak tunjuk, masa lalu masjid kawasan perumahan hakak, nampak motor tunang dalam kawasan masjid.
Hakak dah la tak pakai tudung. Pakai jaket ada hoodie, masuk je masjid kawasan perempuan. Tapi sebabkan masjid cuma halang tirai lelaki dan perempuan, hakak dengar tunang baca kuran sambil nangis. Ngan hakak sekali nangis.
Jadi sekarang hakak sekali lagi dalam dilema. Tunang serahkan diri dia kat Allah disaat dia rasa dia hilang. Tapi hakak? hakak pentingkan diri sendiri. Tak sanggup hidup susah.

Hakak minta Li hantar balik semula ke apartment. Tanpa tunang perasan hakak nampak dia kat masjid. Malam tu hakak tak boleh tido. Li? dia bermalam dalam kereta bawah apartment hakak. Tah esok dia kerja ke tak tatau.. Hakak terjaga matahari dah naik, tengok keta dia dah takde. Hakak pun tak g kerja. Kompem kena berhenti kerja jugak haku ni.

Dalam tengahari sikit, mak ayah kat kampung call, apa citer ngan korang nih. Nak putus ke nak keri on ke hape. Entah, tatau. Biar dulu bagi masa sikit.
Dalam macam tu, tunang call. Minta bukakan pintu nak naik apartment hakak. Tumpang mandi. Semalam dia tido kat luar masjid rupanya. Dia masuk rumah, dalam keadaan serabai. Tapi bibir dia yang kecik tu tetap menggoda. Kecik dan manis, pink gitu. Kalau dapat gigit ni..memang puas! Tak dulik dah, kira ni ngelas nak putus kan? aku nak jugak rasa romen ngan dia neh. Geram naw ngan bibir kecik comel tuh.
Dan ketukan di pintu pun berbunyian lah. Rupanya si Li, cilakak dia naik atas tumpang kebetulan nyonya jiran tu naik, dia pun ikut. Bawak brekpes. Ini suda bagus. Threesome neh. hahahha.
Pun sama, Li pun lepak bwh, yang tadi kereta hilang rupanay pegi cari brekpes dan mesti menggelupor Li tengok moto tunang kat bawah.
Li, hakak, n tunang brekpes sesama. Li mkn sebungkus, hakak kongsi ngan tunang. Bengang je muka Li. Sapa suh beli 2 je? makan pun dalam keadaan tertekan. Tak sempat kunyah terus telan. Li pandang hakak, hakak tunduk. Awkward betol.

Lepas makan masing masing semua takmo angkat punggung. Karang Li balik, aku romen ngan tunang. kalau tunang balik dulu, Li pulak beromen ngan aku. Last last masing masing stay sambil tekan tekan hp masing masing.

hakak. Buat biasa je, masuk bilik, mandi, baring baring. Sambil intai2 tunang, dia masuk bilik stor, tengok barang barang dia mana yang ada kat umah hakak. Dia kemas skit skit.

Li pun g intai.

Terdengar Li tanya

"ada apa nak tolong?"
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 06:48 AM | Show all posts
Hakak keluar bilik, bag dah pack, dah ready nak balik kg. Tunang masih bizi dalam bilik stor. Packing2 barang dia. Li tengok hakak sepi.

Dia tanya, "nak balik kampung ke?"
Tunang jawab "a ah nak balik kampung. Nak setelkan masalah kami dulu. harap kau sabar sikit."

Ingat lagi, masa tu hari rabu. Tunang call opis dia, hakak call opis hakak, cakap nak cuti 3 hari. Balik kg. Hakak tinggal je umah sewa tu kat Li, Li terpinga pinga. Hakak amik helmet, beg galas, naik motor hala ke Sentul (rumah kakak) nak amik kereta utk balik kampung. Last peluang nak peluk tunang.
Sepanjang perjalanan nak balik kampung, tunang diam je. Tapi dia nampak tenang. Cakap pun elok. Dia kata, dia cuba positif. Kalau Li adalah jodoh yang terbaik ngan hakak, dia relakan.
Sampai umah mak, mak senyum je, maybe mak ingat, kami dah berbaik. Tapi tunang salam mak. Tunang senyum sambil gurau. "orang dah tanak mak. Kita nak ckp apa"
Dan Li balik umah kelaurga dia. Urusan putus tunang dibuat pada esoknya, khamis malam jumaat. Mak ayah pegi hantar cincin tunang pada Ucu.
Dan kami rasmi putus.

Esok, hari jumaat, pagiiiii sangat nampak kereta Li plak parking depan rumah. Rasanya masa tu ayah bangun subuh nak ke masjid. Kata ada kereta parking depan rumah. Dalam tu ada orang tido. Ceh!

Li datang jumpa mak ayah lagi sekali, bgtau, esoknya mak abah dia nak datang meminang, terus bertunang.
Melompat mak ayah hakak. Binawe nih. Tak sempat nak ready apa apa tetiba nak bertunang. Cak gapok orang tua hakak ke bando cari lauk pauk nak jamu rombongan meminang. Menggelupor jugak orang tua hakak tu pegi panggil sedara mara untuk sesama sambut rombongan.  Sedara mara pun apa lagi. eh, hari kamis putus tunang, hari sabtu nak bertunang pulak?
Tatau la jampi serapah apa Li tabur, mak ayah hakak pun macam ikut je lah.
Dan datanglah rombongan meminang dari keluarga Li. Dan kami pun sah pasangan bertunang.
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 06:49 AM | Show all posts
bos panggil ajak lunch luar.

tak sempak nak tambah tempoyak dalam budu.

Later guys!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:00 PM GMT+8 , Processed in 0.478954 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list