CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1283|Reply: 16

[Tempatan] {13}Pengawal premis kerajaan guna Mykad palsu ditahan! pic post 4

[Copy link]
Post time 3-5-2016 05:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 4-5-2016 02:53 AM

PUTRAJAYA, 3 Mei (Bernama) -- Seorang pengawal keselamatan Menara Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) ditahan tengah malam tadi dalam 'Op ID' Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) kerana menggunakan kad pengenalan palsu.

Ketua Pengarah JPN Datuk Seri Sulaiman Keling berkata semasa diperiksa kira-kira pukul 12.30 malam, pengawal keselamatan berumur 44 tahun itu mengaku berasal dari Sandakan, Sabah dan baru sebulan bekerja di premis tersebut.

Namun katanya, siasatan lanjut mendapati gambar pada kad pengenalan itu telah ditukar serta tiada dalam rekod JPN.

"Pengawal keselamatan itu mendakwa kad pengenalan itu telah dibeli dari ejen di Labuan kira-kira sebulan lepas dengan harga RM600," katanya dalam kenyataan, di sini Selasa.

Beliau berkata siasatan lanjut juga mendapati pengawal keselamatan itu berasal dari Zamboanga, Filipina dan mengaku masuk ke negara ini secara haram melalui Sandakan.

Pengawal keselamatan itu ditahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan kad pengenalan palsu, yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan, katanya.

"Pengawal keselamatan itu dibawa ke JPN Putrajaya untuk proses dokumentasi dan siasatan lanjut," katanya.

Menurut Sulaiman, operasi yang bermula pada pukul 11.30 malam itu dijalankan JPN Putrajaya hasil maklumat awam.

Katanya, pemeriksaan dan pemantauan akan terus dilaksanakan ke atas pengawal keselamatan yang bekerja di negara ini bagi memastikan mereka memiliki dokumen pengenalan diri yang asli dan sah terutamanya yang bertugas di bangunan kerajaan.-- BERNAMA






p/s pengawal2 di premis JPN dah check?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 05:20 PM | Show all posts
siasatan lanjut mendapati gambar pada kad pengenalan itu telah ditukar serta tiada dalam rekod JPN.
canggih juga yer


Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 05:24 PM | Show all posts
kije kat MBPJ tuh..mcmne boleh ambik gtu je x check btl2?????

melainkan ko kije pasaraya ABC ke, jaga premis salun je ke.. boleh la main taram je ambik sape2.. ini kije kat MBPJ boleh main ambik ikut suka ape kes??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 02:52 AM | Show all posts


Penguat KUASA JPN membawa warga Filipina (tengah) yang menggunakan MyKad palsu ke JPN Putrajaya semalam

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 02:52 AM | Show all posts
Ejen jual MyKad palsu RM600

PUTRAJAYA – Tindakan licik seorang jaga warga Filipina yang menggunakan MyKad palsu sebagai pengenalan diri untuk bekerja di negara ini terbongkar dalam Ops ID yang dijalankan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) di Petaling Jaya awal pagi semalam.

Ketua Pengarah JPN, Datuk Seri Sulaiman Keling berkata, suspek yang berusia 44 tahun itu yang bekerja di Menara Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MBPJ) pada awalnya mengaku berasal dari Sandakan, Sabah.

“Dia juga mengaku baru sebulan bekerja di premis terbabit. Bagaimanapun, hasil siasatan lanjut, pihak kami mendapati, MyKad yang digunakannya palsu berdasarkan gambar yang tertera,” katanya dalam satu kenyataan di sini Sulaiman berkata, suspek datang dari Zamboanga, Filipina telah merentas negara ini secara haram dengan menggunakan Sandakan, Sabah sebagai transit sebelum memasuki Semenanjung Malaysia.

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/co ... 4.htm#ixzz47cWcrmTD
Hakcipta terpelihara
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 04:10 AM From the mobile phone | Show all posts
Nasib baik dia x pasang bom
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 04:57 AM | Show all posts

canggih tahi apa?


bukannya dpt tukar rekod dlm JPN  


yg seterusnya lagi canggih  

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:00 AM | Show all posts
chinta89 replied at 3-5-2016 05:24 PM
kije kat MBPJ tuh..mcmne boleh ambik gtu je x check btl2?????

melainkan ko kije pasaraya ABC ke,  ...

sama je rupa org kita.... serumpun gitu......


aku rasa bukan MBPJ yg upah........ kan depa subcon pd syarikat luar.......


pastu syarikat nie mesti kroni punya...... upah PATI takyah bayar socso & kwsp...


dah jimat....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 05:00 AM | Show all posts
chinta89 replied at 3-5-2016 05:24 PM
kije kat MBPJ tuh..mcmne boleh ambik gtu je x check btl2?????

melainkan ko kije pasaraya ABC ke,  ...

sama je rupa org kita.... serumpun gitu......


aku rasa bukan MBPJ yg upah........ kan depa subcon pd syarikat luar.......


pastu syarikat nie mesti kroni punya...... upah PATI takyah bayar socso & kwsp...


dah jimat....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:31 AM | Show all posts
canggih la tu

bukan jenis macam kad pengenalan dulu2
pernah baca dulu2 kad pengenalan boleh di buka gambar kat kad pengenalan tu dan taruk gambar lain

kad pengenalan sekarang nak tukar camne kecuali ada alat canggih


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 07:14 AM | Show all posts
FanTasyCreaTioN replied at 4-5-2016 06:31 AM
canggih la tu

bukan jenis macam kad pengenalan dulu2

palsukan kredit kad baru canggih...... takat IC bodo tu blh bikin dgn alat buat kad membership  


p/s - penipuan tuhan lagi canggih  
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:05 AM | Show all posts
Acong replied at 4-5-2016 05:00 AM
sama je rupa org kita.... serumpun gitu......

lepas ni menjawab la knape x check btl2 sblm ambik pekerja x sah ni.. k tgu kes mcm dulu, pengawal keselamatan tembak pegawai bank baru nak ambik tindakan besar2an?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:31 AM | Show all posts

Pengawal keselamatan itu ditahan mengikut Peraturan 25(1)(e) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (Pindaan 2007) kerana menggunakan kad pengenalan palsu, yang boleh membawa hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM20,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan

kenapa cuma charge untuk menggunakan kad pengenalan palsu? masuk negara kita secara haram?
boleh pergi ke semenanjung tanpa ditahan oleh penguatkuasa?
Penasihat undang-undang daripada pejabat peguam negara tak boleh ke dakwa banyak2 sikit?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:56 AM | Show all posts
Acong replied at 4-5-2016 07:14 AM
palsukan kredit kad baru canggih...... takat IC bodo tu blh bikin dgn alat buat kad membership  :c ...
ntah la bang
bagi FC yang tak reti buat menda2 tu
rasa canggih la juga

Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Sebab itu akak lagi percaya guard dari Nepal tetambah lagi yg mmg ex Gurkha army. Diorang mmg disiplin dan tegas
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:05 PM | Show all posts
subcon yg dilantik la tu xcheck betui2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 07:24 PM | Show all posts
RM600 jer untuk mendapat sekeping kad pengenalan/ kerakyatan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 10:41 PM GMT+8 , Processed in 0.071527 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list