CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 921|Reply: 9

[Tempatan] Impian Ridhuan Tee melihat Cina terajui Umno, PAS

[Copy link]
Post time 3-5-2016 05:25 PM | Show all posts |Read mode
Impian Ridhuan Tee melihat Cina terajui Umno, PAS

http://www.malaysiakini.com/news/340110

Hari ini, 5:00 petang      Hari ini, 5:20 petang



Tokoh akademik kontroversi, Mohd Ridhuan Tee Abdullah sedih melihat organisasi Islam, penuh dengan orang Melayu, seolah-olah tidak ada Cina, India, Orang Asli atau Bumiputera Muslim yang layak memegang jawatan tinggi.

Impiannya, suatu hari nanti adalah untuk melihat PAS atau Umno diterajui oleh orang Cina.

Mengenai MCA, Ridhuan menganggap parti politik itu terlalu rasis sehingga ada pemimpinnya berani mengatakan perlembagaan persekutuan itu sendiri yang rasis kerana mempunyai peruntukan mengenai bangsa dan agama tertentu.

Ini merujuk kepada kenyataan pemimpin jawatankuasa pusat MCA Datuk Seri Ti Lian Ker yang menyentuh mengenai perlembagaan persekutuan dalam menangkis hujah Ketua Biro Tata Negara yang berkata isu perkauman di Malaysia memuncak semasa musim pilihan raya kerana pihak tertentu mengeksploitasi isu-isu sensitif.

Dalam kolumnya yang disiarkan di Sinar Harian, Ridhuan berkata berbeza dengan organisasi Kristian yang tidak mempunyai masalah untuk melantik orang Cina Kristian jika terbukti mereka hebat dan layak berbanding dengan institusi Islam dan jawatan dalam kerajaan yang dikuasai oleh orang Melayu.

“Sebab itu janganlah kecewa jika ramai orang Cina memeluk Kristian daripada Islam. Tindakan kita terlalu rasis.

“Kita cakap banyak mengenai Islam, tetapi tindakan amat kemelayuan. Perpaduan apa yang kita laungkan?” soalnya.

Sementara itu, Ridhuan yang adalah pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin di Terengganu berkata terdapat banyak perkara untuk dipelajari daripada masyarakat Cina.

Katanya, bangsa itu telah menyumbang kepada penyebaran Islam di rantau ini.

“Ingat! negara China telah menerima Islam lebih 1,200 tahun. 1,000 tahun lebih daripada orang Melayu.

“Kerana pendakwah dan pedagang Cinalah orang Melayu menjadi Islam. Jika tidak, mungkin ada lagi Melayu yang masih menyembah pokok.,” katanya.

Selain itu, menurutnya, terdapat pengajaran yang boleh diperolehi daripada orang Cina, seperti dalam isu-isu ekonomi dan perpaduan.

“Kita tidak pernah mahu belajar daripada Cina, malah asyik marah dan mengutuk Cina.

“Ya, saya turut mengutuk Cina yang ultra kiasu. Tetapi bagi Cina yang berjaya dan bukan musuh Islam, kita kena belajar daripada mereka.
“Tetapi kita memandang rendah kepada mereka, terutama Cina mualaf,” katanya.

Ridhuan, seorang Cina mualaf mengakui mendapat iman barunya tiga dekad yang lalu, tetapi tidak pernah meminta sebarang balasan.

Sebaliknya, apa yang diperolehinya hari ini, katanya adalah hasil titik peluh dengan izin Allah.

“Ultra kiasu tuduh saya macam-macam dapat habuan itu dan ini kerana menjadi lebih Melayu daripada Melayu. Wal hal saya tidak dapat apa-apa pun daripada orang Melayu atau Umno,” katanya.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 05:28 PM | Show all posts
now we know his real agenda..to make chinese leaders in our country
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 06:11 PM From the mobile phone | Show all posts
slow2 nk cuciuk jarum ye
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Cina masuk islam, pandai cakap melayu, ikut cara hidup melayu/islam dah boleh dianggap sebagai melayu..

Bangkem ok je kalau cina islam jadi pm
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Mabuk ketum ke apa riduan tih nih
Sah2 syarat jadi ahli umno and pas kena bangsa melayu
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 07:15 PM | Show all posts
cik_tonggek replied at 3-5-2016 07:13 PM
Mabuk ketum ke apa riduan tih nih
Sah2 syarat jadi ahli umno and pas kena bangsa melayu

ramai jer keturunan india dalam umno
tukar jah ke nama islam
automatic boleh
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-5-2016 07:20 PM From the mobile phone | Show all posts
xAthenax replied at 3-5-2016 07:15 PM
ramai jer keturunan india dalam umno
tukar jah ke nama islam
automatic boleh

Ni ker dikkkk

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
riduan teh ni dh kluarkan jarum akupuntur dah. pelan2 menyucuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 10:06 PM From the mobile phone | Show all posts
tak seperti bangsa lain tertentu, cina materialistic macam mana pun tidak akan buang akar umbi nenek moyang demi tujuan keuntungan
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:52 AM | Show all posts
kecimpret replied at 3-5-2016 05:28 PM
now we know his real agenda..to make chinese leaders in our country

cina tu semua sama lar, bak kata macai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

17-4-2024 02:24 AM GMT+8 , Processed in 0.158797 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list