CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2351|Reply: 0

Permainan Bantu Anak Capai Potensi

[Copy link]
Post time 3-5-2016 05:38 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : TS LOO




Memberi kanak-kanak permainan yang bersesuaian mengikut peringkat perkembangan usia mampu membantu mereka mencapai potensi sepenuhnya.


Memahami keadaan itu, Fisher-Price, pengeluar permainan kanak-kanak terkenal, menampilkan Play IQ, satu konsep permainan yang membantu para ibu bapa menilai peringkat perkembangan anak mengikut tiga aspek utama iaitu fizikal, kognitif serta sosial dan emosi.


Mengenalpasti perkembangan anak kecil mengikut kaedah ini, para ibu bapa dapat mempelajari cara untuk membantu mereka mencapai perkembangan baharu di samping mengesan kemajuan anak-anak dalam tiga aspek tersebut.






Ini kerana apabila anak sedang bermain, mereka mempelajari mengenai dunia di sekeliling mereka dan membentuk pelbagai kemahiran penting.


Lebih banyak mereka bermain, lebih banyak yang dipelajari.


Play IQ lebih daripada sekadar membiarkan anak bermain, malah ia berkaitan dengan kesedaran bahawa anak berkembang mengikut kemampuan masing-masing dan mencapai perkembangan penting pada waktu-waktu yang berbeza.






Permainan ini membantu dari segi menentukan perkara yang perlu dipelajari oleh bayi, mengenalpasti peringkat perkembangan mereka dan cara terbaik bagi menyokong mereka ke arah mencapai potensi sepenuhnya.


Apabila merujuk kepada pembelajaran berasaskan permainan, permainan adalah pemangkin untuk pembelajaran berkesan serta interaktif.


Bermain juga boleh membuka pelbagai peluang bermakna di setiap peringkat umur.


Kanak-kanak belajar dan mengingat dengan baik apabila bermain dengan permainan, kerana ia menarik, berwarna-warni, menyeronokkan dan menawan bagi mereka.








Bagi membantu para ibu bapa memilih permainan yang betul untuk anak-anak mereka, permainan Fisher-Price kini ditandakan dengan simbol pengenalan yang mewakili tiga aspek utama perkembangan anak iaitu fizikal, kognitif serta sosial dan emosional.


Permainan yang mencetus rasa ingin tahu semulaj adi mereka serta keinginan untuk belajar akan membantu membentuk kepintaran dan kreativiti mereka, manakala sosial dan emosional pula merujuk kepada keupayaan kanak-kanak untuk berkongsi dan ekspresi dengan yakin sambil bermain.- CARI Infonet
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 01:31 PM GMT+8 , Processed in 0.064572 second(s), 26 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list