CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1533|Reply: 6

[Tempatan] Ujian DNA tidak perlu untuk bukti Hang tuah wujud

[Copy link]
Post time 3-5-2016 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
MELAKA: Kewujudan Hang Tuah tidak perlu dibuktikan melalui ujian asid deoksiribonukleik (DNA) kerana kewujudan pahlawan Melayu itu telah dibuktikan melalui pelbagai kajian oleh pakar sejarah dan sastera dalam serta luar negara sejak 60 tahun lepas.

Pengerusi Institut Kajian Sejarah dan Patriotisme Malaysia (Iksep) Prof Datuk Dr Mohd Jamil Mukmim berkata berkata kewujudan Hang Tuah telah dibuktikan melalui kajian ahli sejarah negara dan sumber Melayu lain seperti Sejarah Melayu dan Hikayat Hang Tuah, juga dokumen lain dari luar negara.

“Ramai tokoh pahlawan dunia terkenal dari empayar Greek, China dan sebagainya pada zaman dahulu namun tidak pula dilakukan ujian DNA untuk mengesahkan kewujudan mereka,” katanya pada sidang akhbar untuk menjawab keperluan ujian DNA tersebut, di sini hari ini.

Pada 29 April lepas sebuah akhbar melaporkan kenyataan pakar sejarah Tan Sri Prof Emeritus Dr Khoo Kay Kim yang berpendapat ujian DNA perlu dilakukan bagi membuktikan kewujudan Hang Tuah.



Mohd Jamil berkata antara sumber dari luar negara yang membuktikan kewujudan Hang Tuah ialah melalui dokumen Ming Shi (Sejarah Dinasti Ming) iaitu hasil catatan Xin Fei, Liang Liji dan Kong Yan Zhi dari China.

Katanya kisah Hang Tuah ini juga terdapat dalam catatan peribadi Alfonso De Albuquerque iaitu seorang panglima Portugis yang menakluki Melaka pada 1511 selain penemuan terbaru dari Buku Catatan Okinawa oleh Prof Emeritus Dr Hashim Musa serta Dr Rohaidah Kamaruddin terbitan Universiti Putra Malaysia (UPM) 2015.

“Dalam dokumen Rekidai Hoan iaitu rekod rasmi Kerajaan Ryuku yang kini dikenali sebagai Okinawa, Jepun menyebut sekurang-kurangnya 19 pucuk surat daripada kerajaan Ryuku kepada kerajaan Melaka.

“Turut disebut dalam dokumen itu 11 surat daripada kerajaan Melaka kepada kerajaan Ryukyu pada abad ke-15 yang ada menyebut tentang Laksamana Hang Tuah,” katanya.

Katanya melalui perbincangan dan fakta yang dibincangkan dalam pelbagai seminar dan forum yang telah diadakan termasuklah seminar ‘Hang Tuah Wira Alam Melayu’ dan forum ‘Hang Tuah Memang Wujud’ turut membuktikan kesahihanya kewujudannya.

– BERNAMA

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2016 11:37 PM | Show all posts
hang tuah, mahsuri, puteri gunung ledang tu semua cerita dongeng je
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 12:48 AM From the mobile phone | Show all posts
aku rse syarat peminangan puteri gunung ledang tu cerita yg direka oleh rombongan peminangan. pi gunung tu tpi x jumpa puteri tu, blik takot sultan marah pas tu buat cerita syarat tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:13 AM | Show all posts
kemaruk replied at 3-5-2016 11:37 PM
hang tuah, mahsuri, puteri gunung ledang tu semua cerita dongeng je

betul...... betul...... betul......

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 07:10 AM From the mobile phone | Show all posts
tulah melayu
ada monumen,  binaan zaman pra islam. tp korang runtuhkan... sebab dah ada agama baru... sekarang nak buktikan korang asal malaya ni pun susah dgn bukan melayu.. sebab takds bukti yv ada cuma sebiji buku yg di karang 200 tahun lepas je...
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2017 07:16 AM | Show all posts
sekngucing replied at 18-6-2017 07:10 AM
tulah melayu
ada monumen,  binaan zaman pra islam. tp korang runtuhkan... sebab dah ada agama baru. ...

tolol2 nie masih keliru agama pak arab tiru agama zoroastrian   

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-6-2017 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Rahman_Mulhid replied at 18-6-2017 07:16 AM
tolol2 nie masih keliru agama pak arab tiru agama zoroastrian

org area situ memang la. pakai mcm tu la aku rasa....
area tropika ni panas... sebab tu tak tuding mcm tu...
mai pak arab... kuatkuasakan tutup semua,  dibantu melayu melayu jabatan agama...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 10:22 AM GMT+8 , Processed in 0.736429 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list