CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 33360|Reply: 572

Anugerah Seri Angkasa 2016 berakhir dgn cemerlang, berharap dibuat setiap tahun

[Copy link]
Post time 4-5-2016 02:46 PM | Show all posts |Read mode
Edited by qqOfficial at 30-5-2016 09:15 AM

Selepas 5 tahun, akhirnya Anugerah Sri Angkasa kembali lagi .... antara anugerah berprestij jugak sbb merangkumkan semua chanel TV dan radio ....cuma yg ralat nya anugerah ni buat 5 tahun sekali ....moteppppp???  tapi KSU KKMM bgtau lepas ni at least 2 tahun sekali buat ASA ....harap2 nya jadi kenytaan laaa 2 tahun sekali ...kalo terus terus karam di lautan sepiii macam AIM tu ... huhuhhh....

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
RTM Terima 756 Pencalonan Untuk Anugerah Seri Angkasa 2016
sebanyak 756 borang pencalonan diterima daripada stesen penyiaran kerajaan dan sewasta oleh urusetia penganjuran Anugerah Seri Angkasa untuk dinilai dalam pencalonan anugerah itu tahun ini. Pengarah Bahagian Program TV RTM, Norliza Mohd Ali berkata, daripada jumlah itu RTM mencatat jumlah penyertaan tertinggi iaitu 294 pencalonan bagi 38 kategori TV dan 19 kategori radio.

Manakala Astro pula menghantar 227 pencalonan diikuti Media Prima dengan 159 pencalonan.
"TV Al Hijrah pula menghantar 14 pencalonan dan selebihnya iaitu 52 pencalonan daripada Suria FM, Ikim FM, 988 FM, Best FM, Bernama Radio dan IM4U FM.

"Bagaimanapun daripada jumlah keseluruhan itu hanya 701 pencalonan diterima manakala 55 ditolak kerana tidak memenuhi syarat penyertaan.ASA 2016 bakal berlangsung selama dua hari berturut-turut iaitu pada 20 dan 21 Mei ini di Auditorium Perdana, Angkasapuri. Ia bakal disiarkan secara langsung menerusi TV1 pada pukul 9 malam. Manakala malam kemuncak ASA 2016 turut disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria dan Ria HD, Tonton serta Suria FM.

ASA 2016 yang bakal menampilkan Adibah Noor, Nana Mahzan, Muaz Mohamad dan Terence Dass sebagai hos itu pertama kali diadakan selepas kali terakhir berlangsung pada 2010.

Dalam pada itu, sebanyak 57 kategori bakal dipertandingkan dan daripada jumlah itu 38 daripadanya adalah menerusi kategori melibatkan TV manakala selebihnya kategori radio.

"Alhamdulillah selepas lima tahun ASA tidak diadakan namun penganjuran pada kali ini pihak kami mendapat banyak pencalonan daripada semua stesen dan kami melihat ia sebagai satu permulaan baik untuk ASA 2016. Ini menunjukkan semua stesen di negara ini komited dalam memberi pengiktirafan kepada industri kreatif untuk sebuah acara berprestij," ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Norliza berkata, setiap kategori dipertandingkan seratus peratus akan diadili oleh juri profesional yang terdiri daripada ahli akademik, penggiat seni dan karyawan.

Sementara itu, Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM), Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad yang turut hadir ke sidang media berkenaan berkata, pihaknya berbesar hati dengan kerjasama ditunjukkan oleh semua stesen di negara ini dalam memastikan ASA 2016 berjaya dilaksanakan. Malah pihaknya akan memastikan ASA sekurang-kurangnya akan diadakan sekali dalam dua tahun kerana kementerian itu komited terhadap perkembangan industri kreatif di negara ini.

"ASA adalah sebuah anugerah cukup berprestij dan seboleh-bolehnya kita tidak mahu ia diadakan lima atau 10 tahun sekali. Kementerian tidak mahu pihak luar menganggap kita tidak serius dan saya akan memastikan ia adalah sebuah acara dinanti-nantikan dan sekurang-kurangnya ia diadakan dua tahun sekali," jelasnya.

ASA 2016 diadakan bagi memartabatkan penggiat seni kreatif penyiaran tanah air termasuk penganal penyiaran, kru penerbitan dan siaran, penerbit, juruhebah, penyampai dan kru teknikal.

Antara kategori yang bakal dipertandingkan adalah Drama TV Terbaik, Pengarah Drama TV Terbaik, Skrip Drama Terbaik, Pelakon Lelaki dan Wanita Terbaik, Promo TV Terbaik, Suntingan Rancangan Terbaik dan Hiburan Muzikal TV Terbaik.

Manakala untuk kategori radio ialah DJ Radio Lelaki dan Wanita Terbaik, Drama Radio Terbaik, Majalah Radio Terbaik, Rancangan Interaktif Radio Terbaik, Liputan Radio Terbaik, Promo Radio Terbaik dan Dokumentari Radio Terbaik.

Dua kategori khas iaitu Anugerah Juri dan Anugerah Tokoh Seri Angkasa bakal diberikan pada malam itu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-5-2016 02:47 PM | Show all posts
Edited by qqOfficial at 4-5-2016 02:51 PM

Ikuti trivia sejarah Anugerah Seri Angkasa pada awal penganjurannya bersama RTM:

• Penganjuran ASA 1978, RTM menempa sejarah apabila buat pertama kalinya Anugerah Seri Angkasa disiarkan dalam konsep televisyen warna.


• Dato Ahmad Tamimi Serigar antara penggiat seni yang banyak diiktiraf menerusi beberapa penganjuran ASA. Antara anugerah yang dimenangi termasuk bagi kategori Pelakon Pembantu TV Terbaik, menerusi drama RTM berjudul Percayalah pada tahun 1976, Beliau turut memenangi Anugerah Pengarah Terbaik menerusi drama Ana & Aishah pada tahun 1992 dan diangkat sebagai Personaliti Popular pada tahun 1995. Beliau juga seringkali menjayakan ASA sebagai pengacara dan penyampai anugerah.


• Anugerah Seri Angkasa sentiasa mengutamakan mutu pengadilan terbaik pada setiap penganjuran. Setiap kategori yang dipertandingkan diadili juri profesional terdiri dalam kalangan pakar dalam pelbagai bidang seni dan penyiaran tempatan. Tokoh akademik Prof Emeritus Dr Nik Safiah Karim merupakan antara individu yang kerap mengetuai panel juri ASA.


• Menerusi ASA 1985, kategori yang dipertandingkan mungkin berbeza dengan kategori pada majlis penganjuran era kini, antaranya Calon Bakat Harapan, Penulis Rencana Terbaik, Pemidato Terbaik, Pelukis Terbaik. Ia membuktikan ASA turut mengiktiraf bakat kakitangan di setiap jabatan, antaranya jabatan penerangan.


• Pada penganjuran Anugerah Seri Angkasa era 1980an, RTM turut menerbitkan program pra-anugerah seperti Menjelang Malam Sri Angkasa, bagi memperkenalkan senarai calon akhir. Program berkenaan pada tahun 1985 diacarakan 2 juruhebah radio RTM yang terkenal pada era 80an, Noramin dan Zainal Din Zainal.


• Majlis Anugerah Seri Angkasa 1989 diacarakan pelakon Fauziah Nawi dan Datuk Aziz Singah. Anugerah pada ketika itu disebut sebagai Oscar.


• ASA 1989 menampilkan Allahyarham Datuk Ahmad Daud sebagai penyampai anugerah dan anaknya Fauziah Ahmad Daud, juga sebagai penyampai anugerah dan menyanyi bagi acara persembahan. Antara selebriti lain yang membuat penampilan khas bagi acara persembahan termasuk juara Bintang Pujaan RTM ketika itu, Fauziah Latiff, Roy dan Fairus Hussain.


• ASA 1989 menampilkan pelbagai personaliti sebagai penyampai anugerah, antaranya pemain bola sepak negara, Zainal Abidin Hassan.


• Pelakon veteran Allahyarham Mahmud June ketika menyampaikan anugerah pada ASA 1989 mendedahkan dia pernah dibayar serendah RM90 bagi sebuah drama yang dijayakannya ketika era berkenaan.


• Walaupun bertujuan menghargai karya seni dan kakitangan RTM, Anugerah Seri Angkasa pernah menyenaraikan kategori Penyanyi Radio Pilihan yang dipilih berdasarkan kad permintaan pendengar, antaranya menerusi ASA 1989/90.


• Menerusi Anugerah Seri Angkasa 1992, drama Ana & Aisyah mengungguli anugerah utama. Drama arahan Datuk Ahmad Tarmimi Serigar ini juga turut memenangi kategori Pengarah Drama TV Terbaik dan Drama TV Terbaik, Pelakon utamanya, Marlia Musa turut memenangi kategori Pelakon Wanita Drama TV Terbaik.

• Anugerah Seri Angkasa 1992 membawa konsep yang berbeza daripada penganjuran majlis anugerah yang selalu menggandingkan dua pengacara sahaja. ASA 1992 menggandingkan 4 pasangan pengacara yang cukup popular dalam bidang lakonan, juga kalangan pelakon yang juga merupakan pasangan suami isteri iaitu Ahmad Tarmimi Serigar dan Ramona Rahman, Aziz M.Osman dan isteri, Nur Aliah Lee, Hani Mohsin dan isteri, Tiara Jaquelina serta Eman Manan dan Aida Rahim


• Pada Malam Anugerah Seri Angkasa 1993, segmen persembahan khasnya menampilkan anak-anak muda Malaysia yang mewakili negara di Samudera Antarabangsa yang dikenali sebagai MISC, mengenakan pakaian ala tentera laut. Turut mewarnai acara, persembahan 3 lagu yang dicipta khas dengan lirik khusus mengenai Anugerah Seri Angkasa.


• Malam Anugerah Seri Angkasa 1999 menampilkan lagu Anugerah Sri Angkasa sebagai pembuka acara, dinyanyikan oleh Nassier Wahab, Shahrizan, Liza Hanim dan Elly Mazlin. Lirik lagu berkenaan dicipta oleh Siso, manakala lagunya ciptaan Ahmad Ali.


• ASA 1999 diacarakan secara bergilir oleh penyanyi Awie, Ziana Zain dan Liza Hanim, dalam beberapa segmen berwarna iaitu biru, merah, hijau, hitam dan putih sebagai mewakili warna asas dalam penerbitan siaran televisyen.


• Antara anugerah yang dipertandingkan pada ASA 1999 tetapi tidak lagi dipertandingkan menerusi ASA terbitan kini ialah Rancangan Remaja TV terbaik, yang dimenangi Golden Teen Stuff terbitan syarikat produksi luar.


• Sebagai acara selingan, malam penganjuran ASA 1999 menampilkan kerja belakang tabir kakitangan produksi pelbagai unit di RTM, termasuk yang dilakonkan semula para pelawak terkenal tanah air.


• Anugerah Seri Angkasa turut mengiktiraf sumbangan individu penting dalam pembangunan industri penyiaran. Menerusi ASA 1997, Anugerah Khas Seri Angkasa diberikan kepada Datuk Hassan Azhari atas penglibatan beliau selama 40 tahun bersama RTM. Beliau merupakan seorang pendidik terkenal dengan rancangan Muqaddam yang diterbitkan RTM sejak awal 1970-an.


• Menerusi ASA 1999, drama Amy Anuar terbitan Eurofine dan diarahkan Meor Hashim Manap mencatat sejarah tersendiri apabila memenangi 7 anugerah iaitu bagi kategori Drama TV Terbaik, Pengarah Terbaik, Pelakon Drama Lelaki Terbaik, Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik, Lakon Layar Terbaik, Pencahayaan TV Terbaik dan Penerbitan TV Terbaik.


• Drama Amy Anuar, mengenai lelaki berpewatakan lembut yang cuba mengubah kehidupan, terpaksa menunggu giliran tayangan selama hampir lapan bulan iaitu dari Februari sehingga Oktober sebelum ditayangkan di TV1 di bawah kategori klasifikasi 18PL.


• Pengulas sukan tersohor negara, Allahyarham Datuk Hasbullah Awang antara senarai popular ASA. Allahyarham mengungguli kategori Pengulas TV Terbaik selama 3 tahun iaitu pada penganjuran ASA 1989, 1991, 2004.


• Atas jasa besarnya terhadap pembangunan RTM khasnya dan industri penyiaran Malaysia amnya, bekas Menteri Penerangan, Allahyarham Tan Sri Mohamed Rahmat menerima 2 anugerah istimewa sepanjang penganjuran Anugerah Seri Angkasa. Kali pertama menerusi ASA 1999, iaitu Anugerah Kenangan Seri Angkasa dan kali kedua pada ASA 2005, iaitu Anugerah Tokoh Penyiaran Seri Angkasa.


• Menerusi ASA 2001, drama “Takbir Untuk Abdah” merangkul 6 anugerah. Drama arahan Ahmad Ibrahim itu dijayakan pelakon Rosyam Nor dan Wan Nor Azlin.


• Tan Sri SM Salim menerima Anugerah Cenderahati Khas pada ASA 2001 atas sumbangannya terhadap RTM dan industri hiburan tanah air. Beliau juga pernah menjadi penyampai radio RTM yang dikenali sebagai Radio Malaya.


• ASA 2001 turut menyampaikan Anugerah Khas kepada Allahyarham Zaiton Hussain pelakon yang menjayakan siri drama paling lama disiarkan RTM, “Opah”.


• Pusat Dagangan Dunia Putra, PWTC merupakan antara lokasi paling kerap digunakan bagi penganjuran majlis ASA selain Auditorium Perdana Angkasapuri yang dahulunya dipanggil Auditorium Besar Angkasapuri.


• ASA 2001 diacarakan Bob Lokman, Maya Karin dan Aznil Nawawi, disiarkan secara langsung selama 5 jam menerusi TV1, rekod bersejarah dicatat RTM. Sesetengah pihak berpendapat catatan itu seharusnya diletakkan dalam Malaysia Book Of Records.


• ASA 2001 menggabungkan lebih 70 artis dan karyawan seni menjayakan penganjurannya.


• Normah Abd Aziz, antara penerbit RTM yang paling kerap menerbitkan siaran langsung Majlis Anugerah Seri Angkasa pada era 80an dan 90an.

• Penganjuran Anugerah Seri Angkasa terdahulu turut mengiktiraf karya pengiklan dengan menampilkan kategori Iklan Televisyen dan Radio Terbaik sebagai menghargai kerjasama syarikat luar yang membeli iklan di pelbagai saluran RTM.


• 3 buah drama mencipta kegemilangan tersendiri bersama Anugerah Seri Angkasa apabila diangkat sebagai pemenang kategori-kategori utama iaitu drama Ana & Aisyah pada 1992, drama Amy Anuar pada ASA 1999 dan drama Takbir Untuk Abdah pada ASA 2001.




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 02:48 PM | Show all posts










Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 02:59 PM | Show all posts
ha motip aku baca sampai habis kan.. tapi harap2 lah rancangan ini tidak hauk spt anugerah2 di tv lain.. hehee.. esp jangan hauk sgt macam meletop era okey..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 03:02 PM | Show all posts





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 03:03 PM | Show all posts
biozipstar replied at 4-5-2016 02:59 PM
ha motip aku baca sampai habis kan.. tapi harap2 lah rancangan ini tidak hauk spt anugerah2 di tv la ...

terima kasih kerna membaca sampai habis ...  hehee...

rasa2 nya taklahh hauk kot ....ni kira event nasional jugek ...

yg pastinya calon2 finalis semua2 hebat2 and bukan kayu kayan ...  hahaaa...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 05:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg amy anuar tu pelakon dia aman graseka tu ke? Jd ponen?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:23 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 4-5-2016 03:03 PM
terima kasih kerna membaca sampai habis ...  hehee...

rasa2 nya taklahh hauk kot .... ...
yg pastinya calon2 finalis semua2 hebat2 and bukan kayu kayan


klu yg sblm2 ni asa mmg tak mengecewakn dr segi pencalonan maupun kemenangan

nk tgk finalis kali ni plak
btw debaran asa 15/05 9 mlm kan?





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 05:26 PM | Show all posts
ku_fir replied at 4-5-2016 05:06 PM
Yg amy anuar tu pelakon dia aman graseka tu ke? Jd ponen?
Amy Anuar adalah lakonan Arman Graseka, Alias Bahari dan Deanna Yusof

Artikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/ ... 1.htm#ixzz47g4d17EJ
© Utusan Melayu (M) Bhd
betul lah tu

tp teringat amy mastura + anuar zain


Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 05:47 PM | Show all posts
• Menerusi ASA 2001, drama “Takbir Untuk Abdah” merangkul 6 anugerah. Drama arahan Ahmad Ibrahim itu dijayakan pelakon Rosyam Nor dan Wan Nor Azlin.


--> Suka tengok cerita ni...memang sedih...meruntun jiwa...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:01 PM From the mobile phone | Show all posts
smp abis aku baca info pasal nie....
x sedar rupanya dah 5 taon x de....
anugerah mmg aku sokong....yg betol2 talented jer akan ada dln senarai akhir....yg kayu kayan tu dtg tuk memeriahkan majlis jer....tu pon klu rasa layak ler nak berada sekelompok yg betol2 bagus nie....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Tatiana tu pelakon mak2 zaman spektra paling berbakat. Rindu lakonan shehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 06:12 PM | Show all posts
supernaturalee replied at 4-5-2016 05:26 PM
betul lah tu

tp teringat amy mastura + anuar zain

Meols dah lupa dah camno jalan cerita amy anuar tu ....  tapi yg bawa watak amy bukan aman graseka kan???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 06:13 PM | Show all posts
ahlisihircute replied at 4-5-2016 06:01 PM
smp abis aku baca info pasal nie....
x sedar rupanya dah 5 taon x de....
anugerah mmg aku sokong.. ...

finally ada anugerah yg prestij mengiktiraf yg benar2 berkualiti utk TV dan radio.....(hopefully juri tak bias laa...)...


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 06:14 PM | Show all posts
ColbyRaikkonen replied at 4-5-2016 05:47 PM
• Menerusi ASA 2001, drama “Takbir Untuk Abdah” merangkul 6 anugerah. Drama arahan Ahmad Ibr ...

antara drama raya legend yg masih di ingatan para penggemar drama tempatan ....
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 06:42 PM From the mobile phone | Show all posts
ASA ni yg ditunggu....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 03:36 PM | Show all posts
qqOfficial replied at 4-5-2016 06:12 PM
Meols dah lupa dah camno jalan cerita amy anuar tu ....  tapi yg bawa watak amy bukan aman graseka ...

xigt dah
sape top sape btm tah





Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
P mn ya Tantiana 2...2 3 minggu lps ada tunjuk cerita dia blakon...melati putih kot tajuk...pny la nk ingt blk sp pelakon ni...bila tgk thread ni br tau nm dia tantiana...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 03:46 PM | Show all posts
kiah_mai_pulak replied at 4-5-2016 06:06 PM
Tatiana tu pelakon mak2 zaman spektra paling berbakat. Rindu lakonan shehe

xigt die zaman spektra

tp ckup igt die dlm filem drama-komedi-romantis-tragik...MELATI PUTIH

http://4.bp.blogspot.com/_Voen13 ... melati_putih_01.jpg




Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 03:47 PM | Show all posts
q@2a replied at 5-5-2016 03:41 PM
P mn ya Tantiana 2...2 3 minggu lps ada tunjuk cerita dia blakon...melati putih kot tajuk...pny la n ...

ye ke
chanel mana tu
dgn hrpn ade ulangan lg
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:18 PM GMT+8 , Processed in 0.304999 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list