Edited by bluehedgehog at 4-5-2016 05:53 PM
Kedah tolak tajaan RM30 juta D'Herbs
Hari ini, 4:26 petang Hari ini, 4:31 petang
Ada apa dengan D'Herbs dan bola sepak Kedah?
Difahamkan persefahaman yang dicapai antara Persatuak Bola Sepak Kedah (KFA) dan syarikat pengeluar barangan kosmetik itu gagal bertahan lama.
Hari ini KFA enggan menerima tajaan bernilai RM30 juta kerana beberapa alasan, termasuk berkenaan hal di luar bidang kuasa persatuan berkenaan.
malaysiakini
------------------------------------------------------------------------------------------------------
ALOR SETAR - Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) membuat keputusan untuk tidak menerima tawaran penajaan berjumlah RM30 juta daripada syarikat kosmetik, D'Herbs Healthy Sdn. Bhd. (D'Herbs) ekoran syarat perjanjian yang sukar dipenuhi. Setiausaha Kehormatnya, Datuk Aminuddin Omar berkata, keputusan itu adalah muktamad dan tidak bercadang untuk membuat sebarang rundingan lagi. "Selepas meneliti draf perjanjian yang terakhir pada 27 April lalu, KFA membuat keputusan untuk tidak meneruskan dengan tawaran penajaan tersebut dengan konklusi muktamad," katanya pada sidang akhbar khas di Stadium Darul Aman di sini hari ini. Kata beliau, pihaknya tidak dapat menerima tawaran perjanjian itu kerana draf perjanjian tersebut di luar bidang kuasa KFA. "KFA hanya sebuah persatuan, kadang -kadang draf perjanjian lebih kepada (bidang kuasa) kerajaan negeri," ujarnya. Tambah Aminuddin, tanpa penajaan itu, pihaknya masih mampu menguruskan pasukan bola sepak Kedah dengan baik. - K! ONLINE kosmo
|