CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8441|Reply: 85

[Tempatan] Gadis itu dipercayai tinggal berdua dengan bapa tirinya di Lunas selepas ibu ..

[Copy link]
Post time 4-5-2016 09:28 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FOTHER-MUCKER at 5-5-2016 09:21 AM



ALOR SETAR 4 MEI - Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah, SAC Mohd Nashir Ya (tengah) menunjukkan sepucuk pistol semi auto Pietro Baretta bersama tiga butir peluru 9mm dipercayai digunakan seorang suspek mengugut anak tirinya dalam satu kes rogol, pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kedah, di Alor Setar, Rabu. - FotoBERNAMA

ALOR SETAR 4 Mei - Setelah hampir enam tahun dirogol dan menjadi hamba seks kepada bapa tirinya, seorang gadis berusia 14 tahun akhirnya tampil membuat laporan polis di Balai Polis Kulim, Khamis lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kedah SAC, Mohd. Nashir Ya (gambar) berkata mangsa nekad membuat laporan polis setelah diugut dengan sepucuk pistol oleh bapa tirinya supaya tidak menceritakan kejadian itu kepada sesiapa semasa kali terakhir dia dirogol pada 28 April lepas.

Polis kemudian memberkas suspek yang berusia dalam lingkungan 40-an pada 10 malam keesokannya di sebuah rumah di Taman Kulim Square, Lunas, tempat dia merogol anak tirinya itu sejak dia berusia 9 tahun, katanya dalam sidang media di sini, hari ini.

Beliau berkata, susulan tangkapan itu, suspek membawa polis ke sebuah rumah di Taman Tiram, Kulim pada kira-kira 2.10 pagi, 30 April lepas dan memberkas enam lelaki berusia dari 17 hingga 24 tahun.

"Polis merampas sepucuk pistol semi auto Pietro Baretta bersama-sama tiga butir peluru 9mm dan menemukan sarung pistol berwarna hitam dalam sebuah tong, yang dipercayai digunakan untuk mengugut mangsa," katanya.

Gadis itu dipercayai tinggal berdua dengan bapa tirinya di Lunas selepas ibu kandungnya melarikan diri.

Mohd Nashir berkata bapa tiri gadis itu dan enam suspek lain direman dari 30 April hingga 7 Mei ini.

Katanya, bapa tiri gadis itu, yang turut mempunyai dua rekod jenayah bersabit samun dan rusuh, akan disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan bagi perbuatan rogol.

Dia dan suspek lain juga akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana memiliki senjata api, yang boleh dihukum penjara sehingga maksimum 14 tahun serta tidak kurang enam sebatan.

Mereka juga akan disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata Api 1960 kerana memiliki peluru, yang membawa hukuman penjara tidak lebih tujuh tahun dan denda tidak lebih RM10,000 jika sabit kesalahan. - BERNAMA


- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/jena....kEOrErDb.dpuf



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 09:39 PM From the mobile phone | Show all posts
lahanatnya
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by 4everMore at 4-5-2016 09:46 PM

Dah knp mak nya tglkn anak perempuan die ngn bapa tiri?mana atuk?nenek?family members yg lain? Byk loophole story ni here and there. Semoga nasib adik ni terbela d masa akan dtg..
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 09:46 PM | Show all posts
bapak tiri.......kata dh,buy 1 free 1..............mak janda,single mum,kawin ler lagi

sejak 8 tahun eh???kudos ler pak tiri tuh,citarasa luar biasa..................dan ko pun akan mendapat layanan luar biasa x lama lgi

rogol lagi,minor lagi,pistol lgi.............mahkamah kasi kaw kaw punya,bia sikit je lgi barely alive

x cukop lgi sebatan tuh
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Kejamnya. Bapak tiri dia pedo betul dok rogol dia dari kecik.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Moga dia disodok dlm jail lak nnti
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2016 10:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Pak tiri lahanat
Mak kandung buat2 lupa ada ank...kesian budak tu
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Bodo la mak dia p lari tinggal anak gadis ngn bpk tiri
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 10:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Kau reti buat tajuk tak?bukak thread pandai pulak
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-5-2016 10:17 PM | Show all posts
Kenapa selalu sangat melayu rogol anak? Bangsa lain tu jarang jarang je.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:18 PM | Show all posts
siapakah 6 lagi suspek tu?
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:18 PM | Show all posts
moga pulis rodok lubang kunyit jantan keparat nie dengan pistol Pietro Baretta
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Bapak lahanat :
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Paling celaka skali ialah mak dia. Tak guna btl betina ni tinggalkan anak dgn pak tiri.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Sumpah jilake mak dia.sumpah punai jd gangren bpk tiri jilake
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:35 PM | Show all posts
mak yg haram jadah lari tinggai anak...nak lari ka pa ka bawak anak tu sekali...tak pasal ja jadi mangsa jantan tak guna...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2016 10:39 PM From the mobile phone | Show all posts
ko ada pistol tanpa lesen...jawabnya hukum mati ler nanti
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:41 PM From the mobile phone | Show all posts
TT ni fail BM.....tajuk tered ayat tergantung....sah2 TT ni produk sjk
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:42 PM | Show all posts
selama ni memang malaysia adalah syurga pedo pun. baru2 ni jah macam baru nak ada kesedaran. negara islam kepala butuh bapak kau.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2016 10:42 PM From the mobile phone | Show all posts
merah_arjuna replied at 4-5-2016 02:35 PM
mak yg haram jadah lari tinggai anak...nak lari ka pa ka bawak anak tu sekali...tak pasal ja jadi ma ...

Kakak syak emak dia ni stok2 cikcur...mana ada fikir ttg ank pelbagai
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 09:45 AM GMT+8 , Processed in 0.249474 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list