1. Yuyun hilang sejak sabtu (2/4) 2. Yuyun membawa alas meja dan bendera merah putih untuk dicuci sebagai persiapan upacara bendera pada Isnin (4/4) 3. Keluarga Yuyun baru menyedari kehilangannya pada 3/4 4. 4 April 2016, Jenazah Yuyun di temukan orang kampung. Yuyun ditemui dalam keadaan separuh bogel, badan hanya ditutupi singlet dengan posisi badan terlungkup dan tangannya terikat dari atas masuk ke bawah peha 5. Perogol didapati berusaha menutup tubuh Yuyun dengan daun pakis dan baru diletakkan sebelum ditemukan orang kampung 6. Barang milik Yuyun ditemui dan sengaja dibuang suspek. Antara barang bukti adalah beg merah jambu berisi buku serta alat tulis, kasut berwarna hitam, seluar dalam sukan pendek warna hitam, kain dalam 7. Suspek sengaja menyembunyikan barang-barang milik Yuyun dan ditutup dengan daun-daun supaya tidak terlihat oleh orang 8. Sebelum meninggal, kemungkinan Yuyun dicampak dari atas tebing setinggi 4 meter kerana ketika ditemui, muka Yuyun sedikit masuk ke tanah
|