CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 3072|Reply: 35

[Tempatan] Anak Jati Kelantan Belanja RM300,000 Benih Awan

[Copy link]
Post time 5-5-2016 01:34 PM | Show all posts |Read mode


“Kita guna tiga kapal terbang kecil bagi membenihkan awan dan saya rasa terpanggil untuk bantu rakyat negeri ini memandangkan tempoh cuaca kemarau sudah lama,” demikian luah anak jati Kelantan yang juga Ketua Pegawai Eksekutif AF Jets Sdn Bhd, Amrul Nizar Anuar, 42.

Usaha percubaan dan kajian pembenihan awan berkenaan yang dimulakan semalam menggunakan kapal terbang jenis Cessna Grand Caravan di sekitar bandar Kota Bharu, menampakkan potensi pembuatan awan akan berhasil.

Operasi pembenihan dijangka berlangsung 10 hari

Awal pagi semalam, bersama tujuh kakitangan AF Jets, pihaknya melakukan percubaan menggunakan kaedah ‘weather mod’ bagi membenihkan awan dan pada hujung minggu hadapan, operasi pembenihan dijangkakan berlangsung selama 10 hari.

Memperuntukkan kira-kira RM300,000 kos bagi belanja membenihkan awan, AF Jets secara sukarela bekerjasam dengan kerajaan negeri melakukan kerja berkenaan secara percuma bagi membantu rakyat Kelantan.

“Sebatang suar untuk usaha ini berharga kira-kira RM600 dan selepas ini, beribu-ribu batang suar dari Amerika Syarikat (AS) akan sampai untuk memudahkan kerja membenihkan awan.

“Sebelah sayap kapal terbang boleh memuatkan 24 suar, manakala sebelah lagi 24 suar digunakan dalam tempoh tiga hingga empat jam semasa proses berkenaan dijalankan di seluruh daerah di Kelantan,”
katanya.

Amrul Nizar berkata, kelebihan pembenihan awan yang dijalankan mengikut kajian AF Jets ialah ia menggunakan konsep ubah suai dan membenihkan awan menggunakan rembesan 100 kilogram (kg) garam tidak dicampur air (dry seeding) bagi sebatang suar.

“Kita akan terbang pada awal pagi untuk melakukan proses pembenihan awan kerana waktu pagi, atmosfera akan diubahsuai supaya awan mudah terbentuk,” kata anak kepada tentera ini.

Menguatkan usahanya itu, Amrul  Nizar berkata, semasa operasi pembenihan awan di Kelantan, terdapat empat kakitangan bertugas sehari, termasuk seorang juruterbang.

“Kita tidak kejar awan, sebaliknya kita ‘buat’ awan dan tukarkan kepada hujan. Daripada tiada hujan, kita ikhtiar sebaik-baiknya,” katanya.

“Untuk usaha pembenihan awan ini, kita boleh menggunakan kapal terbang kecil, malah saiz kecil lebih baik berbanding besar memandangkan kawasan yang dicari adalah luas.

“Kami akui, tompokan hujan kurang tetapi kita perlu mulakan dari sekarang. Jika tidak, cuaca di negeri ini akan berterusan panas,”
katanya selepas mendarat di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra (LTSIP).

Ditanya bagaimana tercetus hasrat itu, dia mengakui, sebagai anak jati Kelantan biarpun dibesarkan di Kuala Lumpur, dia akui terkesan dengan keadaan cuaca panas yang melanda negeri itu dan timbul hasrat untuk membantu, dengan harapan bumi Serambi Makkah ini dibasahi hujan.

“Saya berbincang dengan ahli keluarga, ibu pun selalu bertanya bila nak bantu anak-beranak yang ada di Kelantan yang menghadapi kesukaran terutama ketiadaan air. Jadi memandangkan kerja kita membenihkan awan, saya sahut hasrat hati ibu.

“Kasihan ibu saudara panas dan ahli keluarga di Kelantan, saya dikhabarkan juga, padi pun tidak boleh tanam waktu ini sebab takut berisiko. Jika tak boleh tanam padi, harga beras pun naik, jadi untuk elak keadaan tambah kritikal, saya ambil inisiatif ini dengan ikhtiar membenihkan awan,”
katanya.

Menurut cucu dalam Persatuan Tok Wali Che Mud, Pasir Hor ini, usaha itu dilihat berpotensi selain doa sebagai ikhtiar paling baik.

“Di dunia, ikhtiar paling baik untuk satu-satu perkara, yang turunkan hujan adalah ALLAH SWT. Bagusnya di Kelantan ini, ada solat hajat, ada ikhtiar dan usaha ini dikira sudah 100 peratus kita buat.

“Bukan saya tidak mahu buat di negeri lain, cuma negeri lain sudah ada arahan dari pihak majlis dan untuk tunggu Kelantan masuk dalam senarai pembenihan awan, rasanya ia memakan masa agak lama, jadi AF Jets tampil untuk kajian dan tanggung jawab sosial korporat (CSR) ini.

“Saya bukanlah bomoh hujan, tetapi kami tekad berikhtiar memandangkan kami ada kepakaran dalam bidang ini,”
katanya.

SUMBER: http://www.sinarharian.com.my/ed ... benih-awan-1.517200

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 01:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suar tu apa uolls, mak google tp gambor vavi yg kuar
#jgnbashmak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:05 PM | Show all posts
makneng replied at 5-5-2016 01:47 PM
Suar tu apa uolls, mak google tp gambor vavi yg kuar
#jgnbashmak

Samer sy pon nk tau... aper benda tuh. apa englishnya. Klu boleh,kita sbg org Malaysia kene pandai buat sendiri benda tuh.
takkn nk harapkn import je...  please sesaper?
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:22 PM | Show all posts
makneng replied at 5-5-2016 01:47 PM
Suar tu apa uolls, mak google tp gambor vavi yg kuar
#jgnbashmak

dh jumpa sis. "cloud seeding flare" namernye..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:27 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 5-5-2016 02:05 PM
Samer sy pon nk tau... aper benda tuh. apa englishnya. Klu boleh,kita sbg org Malaysia kene pandai ...

Ianya dipanggil "cloud seeding flare". Awak cuba google.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:32 PM | Show all posts
insulin replied at 5-5-2016 02:27 PM
Ianya dipanggil "cloud seeding flare". Awak cuba google.

dh dpt..thank you...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2016 02:39 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 5-5-2016 02:05 PM
Samer sy pon nk tau... aper benda tuh. apa englishnya. Klu boleh,kita sbg org Malaysia kene pandai ...

Orang malaysia main suar tanda protes kat padang bola boleh la...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:41 PM | Show all posts
namirulmukminin replied at 5-5-2016 02:39 PM
Orang malaysia main suar tanda protes kat padang bola boleh la...

kita ada kapasiti R&D yg hebat kot kt Malaysia nh. Musim kemarau nh tiap tahun..
sepatutnya kita dh boleh tackle lamer dh. Buat sendiri..
Sy kecewa sgt2x smpi suar2x tuh pon kene import... malu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 02:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Tak dek ker jutawan/jutawanita yang berminat sponsor juta-jutaan ringgit cloud seeding ni???

Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:45 PM | Show all posts
Lollipop111 replied at 5-5-2016 02:41 PM
kita ada kapasiti R&D yg hebat kot kt Malaysia nh. Musim kemarau nh tiap tahun..
sepatutnya kita  ...

Isssyyy... Jangan cakap kuat2... Kang masuk minah indon tu kang, 4 page kita kena kondem ni kang..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:52 PM | Show all posts
catalina replied at 5-5-2016 02:42 PM
Tak dek ker jutawan/jutawanita yang berminat sponsor juta-jutaan ringgit cloud seeding ni???

...

kan.... bola jugak yg nk di sponsor. "berkat" sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 02:59 PM | Show all posts
mana bas kami cityliner tak masuk forum pulak. sorry ot.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 03:11 PM | Show all posts
Benda lain boleh plak belanja juta2...tp benih awan nii gigih aku dgr berita duk sebut kos berulang2 kali..mcm nk bgtau hampa ingat buat bnih awan ni freee?? Gituu...
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 06:53 PM From the mobile phone | Show all posts
Lollipop111 replied at 5-5-2016 02:22 PM
dh jumpa sis. "cloud seeding flare" namernye..

Thanks dik lolli.. Hah tgk pon dh tau mesti mahal.  Betul kata2 dik lolli kat malaysia perlu ada teknologi and kilang buat suar ni.  Sebab malaysia ni sering kemarau n jerebu.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:07 PM | Show all posts
makneng replied at 5-5-2016 01:47 PM
Suar tu apa uolls, mak google tp gambor vavi yg kuar
#jgnbashmak

entah2 memang babi pun?
untuk elakkan ummah sunni menggelupor kena guna ganti nama suar???
apa2 pun halal ke dek suar itu??
pasti acik2 tudung kepam kat IG dan facebook akan pertikaikan halal haram nya kelak
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:21 PM From the mobile phone | Show all posts
alieyrina replied at 5-5-2016 03:11 PM
Benda lain boleh plak belanja juta2...tp benih awan nii gigih aku dgr berita duk sebut kos berulang2 ...

Khenn... Padahal penting kot benda ni.. Dah sah2 la malaysia ni kerap dilanda jerebu n skrg kemarau yg berpanjangan.  Smlm dgr kat tv suruh 4 negeri yg dah nak kontang ni,  cari sumber air sendiri... Pfffffftttt
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 07:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 5-5-2016 07:07 PM
entah2 memang babi pun?
untuk elakkan ummah sunni menggelupor kena guna ganti nama suar???
apa ...

Halahhhh Sis ni pun. Mak kan inesen x tau istilah in English dah ada porumer kat atas sebut, cloud seeding flare namonye
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:30 PM From the mobile phone | Show all posts
Changa replied at 5-5-2016 07:07 PM
entah2 memang babi pun?
untuk elakkan ummah sunni menggelupor kena guna ganti nama suar???
apa ...

Nah ni mak tempek utk uolls...kalo ini pon acik2 persoal halal haram,  mak sagat mulut diorg kat jalan tar panas lit lit tu.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:38 PM From the mobile phone | Show all posts
suar tu flare laaa,  tak kisah apa jenis flare pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 07:47 PM | Show all posts
Changa replied at 5-5-2016 07:07 PM
entah2 memang babi pun?
untuk elakkan ummah sunni menggelupor kena guna ganti nama suar???
apa ...

sis kan berpengetahuan luas.


Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 02:28 PM GMT+8 , Processed in 0.077672 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list