CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10715|Reply: 102

[Tempatan] #update pic post18,28,29,67 Shopping sakan dgn duit derma RM13.85juta

[Copy link]
Post time 5-5-2016 08:50 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Edited by aHoi83 at 6-5-2016 02:18 PM

Sydney: Seorang wanita Malaysia ditahan di lapangan terbang Sydney semalam, ketika hendak meninggalkan Australia kerana didakwa membelanjakan jutaan ringgit membeli barangan mewah menggunakan A$4.6 juta (RM13.85 juta) wang tersilap dimasukkan ke dalam akaunnya.

Wang berkenaan dikatakan tersilap dimasukkan ke dalam akaun Bank Westpac milik Christine Jiaxin Lee, 21, pelajar kejuruteraan kimia, sebagai overdraf pada 2012.


Dia yang ditahan Polis Persekutuan Australia di lapangan terbang itu malam tadi (waktu tempatan), sudah membelanjakan A$3.3 (RM9.9) juta membeli beg tangan serta barangan mewah lain.

Hari ini, dia dihadapkan di Mahkamah Tempatan Waverley bagi menghadapi tuduhan dengan curang mengambil kesempatan kewangan walaupun tahu ia adalah kesalahan jenayah.


Menurut dokumen mahkamah, Christine yang beberapa kali melakukan kesalahan itu antara Julai 2014 hingga Mac 2015, didakwa gagal memaklumkan kepada bank bahawa dia tidak berhak memilik wang terbabit.

Polis memulakan siasatan pada 2012 namun waran tangkap terhadapnya hanya dikeluarkan Mac tahun ini.

Mahkamah diberitahu, wanita itu sedar polis cuba menghubunginya menyebabkan dia memohon pasport kecemasan Malaysia dalam usahanya meninggalkan Australia. Bagaimanapun, peguamnya menyatakan wanita itu mahu pulang untuk melawat ibu bapanya.

Ketika membenarkan Christine diikat jamin A$1,000 (RM3,000), Majistret Lisa Stapleton berkata: “Ia tidak sampai ke tahap jenayah. Ia mengenai wang yang kita semua inginkan.

“Dia tidak mengambilnya daripada bank. Mereka yang memberi kepadanya.”

Menurut majistret itu, jika itu keadaannya, Christine hanya berhutang wang yang sudah dibelanjakannya tetapi tidak melanggar undang-undang.

Christine yang mendakwa memohon pasport kecemasan kerana kehilangan pasport asal, tidak dibenar memasuki sebarang lapangan terbang antarabangsa atau pelabuhan serta perlu melapor diri kepada polis dua kali sehari.

Wanita itu yang tinggal di Australia sejak lima tahun lalu bersama teman lelakinya di Rhodes, utara Sydney, sekali lagi akan dihadapkan ke mahkamah 21 Jun depan.

http://www.hmetro.com.my/node/135731?m=1#foto

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 08:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Minah ni mesti main judi sekali
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh...dpt durian runtuh katanya!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 09:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah belanja RM9.9 j. Mesti feeling2 g kelas ade driver hantar dgn kereta panjang
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Hubby iols masa kt NZ dulu penah jd camni gak. JPA salah masuk duit biasiswa sape ntah. Tp heols sungguh jujur gi maklumkan balik kt JPA
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:05 PM From the mobile phone | Show all posts
Pasport kecemasan pe tu
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-5-2016 09:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Bangkem pon pernah tetiba ada duit tetiba masuk dalam akaun..

Check punya check, rupanya duit gaji
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Wuiiii aiiii cemane nak membayar balik tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 09:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Haish,tengok tajuk ingat ke 'yg tu'
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:16 PM | Show all posts
Nak kata satu je.......CASH.

Sampai ke tua pon x abis bayar semula duit tu agaknya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 5-5-2016 09:05 PM
Pasport kecemasan  pe tu

Kalo tgk kt web imegresen maksudnya permohonan utk passport yg hilang, tamat tempoh or validity less then 6 month. Mgkin selama ni dia tak hirau pun pasal passport dia yg hilang. Dh polis cari br terkujat
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:23 PM From the mobile phone | Show all posts
giler la...dia berbelanje dh tinggal lg 3 juta lbh je.menjawab la ko.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 09:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Glass_shoes replied at 5-5-2016 09:16 PM
Haish,tengok tajuk ingat ke 'yg tu'

Sesungguhnya i olls tiada niat langsung kearah itu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 09:30 PM From the mobile phone | Show all posts
aHoi83 replied at 5-5-2016 09:23 PM
Kalo tgk kt web imegresen maksudnya permohonan utk passport yg hilang, tamat tempoh or validity le ...


Owhhh, jadi nak buat benda tu kena ada report polis, so p balai, nama dah black list, apa lagi, soping ar
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 09:33 PM From the mobile phone | Show all posts
shamsadis replied at 5-5-2016 09:30 PM
Owhhh, jadi nak buat benda tu kena ada report polis, so p balai, nama dah black list, apa lagi,  ...

Siap ade balance 3j+ bercita2 bole beli rumah kat sini gamaknya hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 10:07 PM | Show all posts
Jenuh le nak bayor balik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-5-2016 11:15 PM | Show all posts
honesty is the best policy

terkangkang2 la nak ganti balik duit yg dah hampir rm10juta tuh.
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 11:29 PM | Show all posts
Memalukan
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3573906/Woman-arrested-Sydney-Airport-trying-board-flight-Malaysia-4-6-million-wrongly-transferred-2012.html




This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2016 11:33 PM From the mobile phone | Show all posts
ultra78 replied at 5-5-2016 11:29 PM
Memalukan
http://www.dailymail.co.uk/news/article-3573906/Woman-arrested-Sydney-Airport-trying-boar ...

Wahhhh siap motor besaq naaa
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2016 11:37 PM | Show all posts
contohi ler boss
tak dibelanjakan perkara2 peribadi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:28 AM GMT+8 , Processed in 0.087503 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list