CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3727|Reply: 10

Cegah ulser mulut daripada berlarutan

[Copy link]
Post time 11-5-2016 05:41 PM | Show all posts |Read mode

ULSER di bahagian mulut mungkin perkara biasa bagi sesetengah orang. Sesiapa sahaja tidak kira jantina dan umur boleh dijangkiti ulser sama ada di bahagian lidah, dinding dalam mulut atau sekitar tekak.
Walaupun ulser boleh diubati dan tidak berlarutan untuk tempoh lama, namun faktor penyebab masih tidak dikenal pasti. Ada beberapa kajian perubatan menyatakan tekanan atau kecederaan adalah antara sebab berlaku ulser.
Ada pula berpendapat beberapa makanan seperti sitrus atau buah-buahan berasid boleh mengakibatkan ulser atau menjadikannya lebih teruk. Dalam pada itu, berus gigi yang tidak bersesuaian atau berkualiti kadangkala boleh menjadi penyebab ulser.
Apabila berlaku ulser, seseorang akan mengalami beberapa tanda seperti bengkak-bengkak kecil yang pedih di bahagian mulut terutamanya di sekitar lidah, dinding mulut, lelangit atau tekak. Bengkak tersebut berwarna keputih-putihan atau kelabu dan terdapat lingkaran merah sekitarnya.
Ulser amat memedihkan dan kadangkala kesakitan dialami memberi kesan produktiviti seharian. Bagi jangkitan yang teruk, ia datang bersama demam dan kelesuan.
Oleh yang demikian, amat penting bagi seseorang itu menjaga kebersihan dan keselamatan di bahagian mulut agar tidak dijangkiti ulser yang boleh mengakibatkan rasa tidak selesa.
Ruangan Kesihatan kali ini berkongsi beberapa kaedah mudah bagi mengatasi ulser di mulut. Kaedah-kaedah ini dipercayai berkesan merawat masalah tersebut. – AL FAIZAL
Air garam
Kaedah tradisional ini amat popular dan telah dilaksanakan sejak zaman dahulu lagi. Anda boleh berkumur dengan air garam dua atau tiga kali sehari bagi mengurangkan kesakitan atau mematikan kuman yang mengakibatkan ulser.
Air kelapa
Kenaikan suhu tubuh manusia juga merupakan salah satu penyebab berlaku ulser. Oleh yang demikian, adalah penting bagi seseorang itu minum air mencukupi atau amalkan minum air kelapa untuk mengimbangi suhu badan.
Marjerin
Mungkin ramai tidak tahu marjerin berupaya menyembuhkan ulser mulut. Anda hanya perlu letakkan marjerin di sekitar kawasan terkena ulser dan ulangi sehingga ulser betul-betul sembuh. Petua ini sesuai bagi kanak-kanak kerana tidak menyakitkan.
Madu
Umum mengetahui kebaikan dan manfaat madu terhadap kesihatan. Agen pembunuh bakteria yang terkandung dalam madu mampu menyembuhkan luka dan jangkitan dengan cepat. Begitu juga ulser, madu mampu merawat penyakit tersebut dengan berkesan.
Soda penaik
Soda penaik dipercayai mampu menyembuhkan luka termasuk ulser. Dengan campuran bersama sedikit air suam, ia boleh di letakkan di bahagian yang dijangkiti ulser untuk penyembuhan pantas.



sumber info : utusan malaysia

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-5-2016 05:46 PM | Show all posts
letak colgate pun boleh..
tapi iols tepek garam je..
mengalir jugak la airmata..
Reply

Use magic Report

Post time 11-5-2016 09:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku pakai oral aid je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:36 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 11-5-2016 05:46 PM
letak colgate pun boleh..
tapi iols tepek garam je..
mengalir jugak la airmata..

Hola evie...
Aa aku pun sapu garam gak Bagi mati.
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Super-M replied at 12-5-2016 12:36 PM
Hola evie...
Aa aku pun sapu garam gak Bagi mati.

hehe.. dah sapu garam tu nampak berlubang je..
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2016 12:45 PM | Show all posts
EvieWanKenobi replied at 12-5-2016 12:42 PM
hehe.. dah sapu garam tu nampak berlubang je..

Aku tak tengok lah,sbb mmg Jenis penakut.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2016 12:52 PM | Show all posts
madu pun boleh
cepat jugak sembuh
x pedih pun..manis ada
Reply

Use magic Report

Post time 13-5-2016 07:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Penah kene ulser kt lidah ya ampun bercakap pun pelat sakit gile babeng makan ari gak nak baik.byk pulak tu bawah and atas lidah smpai menjejes2 air liur kalo nak bercakap
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-5-2016 11:59 PM | Show all posts
Sedikit info psal oral ulcer..

Oral ulcer ni sampai sekerang punca sebenar tidak dapat diketahui lagi..bnyk penyebab nya..Viral, stress, idiopathic, kurang vit, kurang air dlm badan..etc2..

Ada sesetengah org tiap2 bulan akan naik oral ulcer ni..panggil recurrent apthous ulcer..ada minor atau major..

kaedah rawatan banyk..dri tradisional sampai ke medication..
Air garam, soda bikarbonat, madu..atau klo medication..oral aid, orrepaste, difflam, gingicel..

yg paling PENTING kalo ulcer tu tak SEMBUH dlam masa 2 MINGGU sila jumpa Dr.gigi yg berdekatan..mungkin ULCER tu bukan yang BIASA..

Sekadar info..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 04:26 PM | Show all posts
ha..ni mmg penyakit azali saya..sejak kecik sampai umur sy 37 tahun.
every week..almost..wajib ada ulcer. kat bibir..kat lidah..kat tekak (giler sakit nak telan lior pun skit).
bila dah kawen selalu suami komplen sbb selalu sakit mulut kan..x best la sakit mulut ni mengganggu byk hal..mood pun jd x ok.

dah try segala mcm..minum air byk..bonjela..garam..vitamin
semua x jd apa..baii pun naik semula..

until one day sy mula join shaklee n start mkn vitamin c sebiji sehari..mmg gigih la..masa tu x tau pun vitamin c ni blh cure ulcer.
tp after a month, baru sedar ulcer x naik langsung. kdg ada juga tergigit lidah or pipi (yg biasanya wajib naik ulcer esoknya) tp dah x naik..relex je..
sampai lah skrg dah 2 tahun lebih...x pernah naik langsung..

dulu penah mkn vitamin c sintetik yg kat farmasi..xde efek camni..so i thot ni mesti sbb vita c natural yg shaklee, since then i share dgn adik bradik n kwn2..n never get  negative feedback.

sape ulcer tegar tu korang cubalah..sy jamin x rugi..
Reply

Use magic Report

Post time 16-5-2016 04:49 PM | Show all posts
iols xpenah lg kene ulser bibir. kalau gusi tu selalu sangat gara2 gosok gigi pastu kepala berus gigi tergelincir hentak kat gusi... menangis jap dlm bilik air.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

7-6-2024 10:08 PM GMT+8 , Processed in 0.097727 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list